Rabu, 8 Jun 2011

Tarannum Al-Qur'an

Pada post yang terdahulu, penulis ada berkata untuk berkongsi Software Tarannum Al-Quran kepada semua. Jadi di sini, penulis telah menyediakannya untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya.

Lagu-lagu tarannum Al-Quran mempunyai 7 jenis bacaan. Lagu yang pertama adalah  Bayati yang mengandungi 6 jenis harakat bacaan. Kedua adalah Soba  yang mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Ketiga adalah Hijjaz dan lagu ini mengandungi 5 jenis harakat bacaan. Keempat, kelima dan keenam adalah Nahwand, Rast dan Sikah yang masing-masing mempunyai 5 jenis harakat bacaan. Yang ketujuh adalah Jiharkah dan ianya mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Setelah ketujuh jenis lagu tarannum tersebut dilagukan, bacaan hendaklah diakhiri dengan lagu Bayati penutup.

Untuk download, sila klik dan search pada link yg disediakan yer, alfu syukran... Di SINI

Tiada ulasan: