Rabu, 17 Julai 2013

Bacaan Sujud Syukur

Salam hormat buat semua teman dan rakan. Antara cara untuk kita bersyukur pada Allah adalah dengan mengamalkan amalan sujud syukur setiap kali selepas solat. Penulis mengamalkannya semenjak dari sekolah Nurul Iman lagi.

Setelah kami selesai solat fardhu dimestikan semuanya membaca doa sujud syukur ini. Lafaznya seperti gambar di bawah:


Alhamdulillah, ianya menjadi amalan harian pada penulis sehingga ke hari ini. Terima kasih Ustaz Haji T. Wahidin...

Bacaan rumi :

Niat : Nawaitu sajdatas syukri Lillahi taala
Lafaz : Sajada wajhiya lillazi kholaqohu wa sowwarohu wa syaqqo sam a'hu wa basorohu bihaulihi wa quwwatihi fatabarokallahu ahsanul kholiqin

10 ulasan:

  1. Kakak hari-hari buat selepas solat subuh. Tapi kakak biasa tak ada baca yg bihaulihi waquwwatihi itu. Lainnya sama dah biasa dari kecik..

    BalasPadam
  2. trimas sebab berkongsi.selalu buat hanya berdoa je dalam sujud

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, info yang bagus ^^

    BalasPadam
  4. perkongsian yang baik...terima kasih

    BalasPadam
  5. Terima kasih sebab ade entri ni.. dulu ada buat solat syukur tapi dah terlupa pula bacaannya. thanks!

    BalasPadam
  6. datang ke sini menanti entri terbaharu

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi membaca, nak komen sikit pun apa salahnya...