Sabtu, 3 September 2011
Ni daun kapal terbang ke?
Setelah menggoogle intenet, sah la daun dalam gambar ni memang daun kapal terbang. Apa cerita tentang daun ni? Penulis nak berkongsi kepada yang belum tau dan yang dah tau tu sebagai ulang-ulangan. Mengikut cerita orang tua-tua dulu, daun ni asal dari Jepun. Dia orang bawa sini menggunakan kapal terbang dan ditabur melalui udara semasa menjajah Malaya dahulu. Sebab tu nama dia daun kapal terbang.
Kegunaannya adalah untuk cepatkan darah berhenti kalau luka. Jadi kalau ada tentera Jepun yang luka semasa perang dalam hutan, dia orang cari la daun ni untuk buat ubat. Sekarang Jepun dah lama balik, tinggal daun ni je, memang banyak. Dekat mana-mana pun ada, tak caya cuba tengok belakang rumah mesti ada. Tapi kalau dekat bandar, tak taula ada ke tak...
Penulis pernah cuba daun kapal terbang ni, memang menjadi. Kalau kita luka ke cepat-cepat cari daun ni. Caranya ambillah beberapa helai daun tu pastu keronyok ke, tenyeh ke dengan tangan sampai lumat dan letak pada tempat yang luka. Kejap je nanti darah berhenti. Pastu ambik handiplas ke balut. Selamat mencuba...! Ada juga yang panggil daun ni daun jepun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
mcm pernah tgk pokok nie...
betul la.. aku slalu guna pukok ni, bila aku kena gigit oleh pacat dulu..
kat blakang rumah aku banyak oe pokok ni..
sy buta daun hehe..pnh dgr n rs cam pnh tgk..
Mmg daun ni mujarab..kat kampung banyak dihalaman rumah,kalau luka ambil je daun atau batang pokok ni..
Catat Ulasan