Selasa, 16 Julai 2013
Bagaimana nak mencari malam Lailatul Qadar...
Salam hormat buat semua, sedar tak sedar Ramadhan dah beberapa hari berlalu. Agaknya banyak tak amalan yang kita tambah pada bulan ini (peringatan untuk diri sendiri) kerana amalan yang dibuat pahalanya berganda.
Sebut tentang malam lailatul qadar, mesti kita akan ingat 10 malam terakhir Ramadhan dan malam-malam yang ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 ramadhan. Kalau kita perhatikan hadis Nabi Muhammad S.A.W, menyuruh kita perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan. Kenapa ye?
Kadang kita berpuasa lambat dari Arab Saudi, bermakna tarikh di sana sudah 1 Ramadhan. Esoknya barulah kita berpuasa jadi mungkin tarikh juga berbeza dengan mereka. Jadi kalau di Arab Saudi malam ke-21, mungkin kita baru ke-20. Kalau kita malam ke-25 mungkin mereka sudah malam ke-26.
Sebab itulah Nabi menyuruh kita perbanyakkan amalan pada 10 malam yang terakhir kerana kita tidak tahu jatuhnya malam Lailatul Qadar itu bila. Cuma Nabi memberi petunjuk malam-malam yang ganjil sahaja. Mungkin bagi kita malam ganjil tapi di tempat lain malam genap. Ini pendapat penulis sendiri dan jika ada yang tidak bersetuju, itu hak masing-masing.
Wallahu A'lam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Betul juga tu.. kalau sana ganjil sini genap. hmmm.. kalau macam tu fokus saja untuk melipat gandakan amalan pada sepuluh malam terakhir ni. :)
hmm ada logik nya di situ.. thanks atas perkongsian ^^
Lailatul Qadr ni anugerah Allah, selain usaha kena banyakkan merintih dan berdoa, moga Allah mendengar rintihan kita, kerana Dia sangat suka hambaNya merintih dan bercakap-cakap kepadaNya
istiqamah ..moga hati tetap jgn dibolak balikkan..
tq atas ingatan dan perkongsian...
p/s terima kasih
betul tu santri...semoga amalan kita diterima
Senang crt kita kn bt dr 1hingga30 ramadhan
Catat Ulasan