Selasa, 18 Mac 2014

Teknik SCAMPER


Kali ini penulis ingin berkongsi tentang teknik ataupun formula SCAMPER. Entri sebelum ini penulis ada tuliskan satu persatu-satu perkataan SCAMPER tersebut. Teknik ini hasil dari pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau menjadikan sesuatu lebih baik.

Penulis ada terlibat dalam kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) ketika bekerja. Jadi teknik ini digunakan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja. Untuk lebih difahami apa maksud SCAMPER ni, penulis akan menerangkannya dengan cara yang mudah.

Bagaimana kita nak gunakan nasi putih yang tak habis. Nak dibuang sayang, jadi apa yang perlu kita lakukan? Penulis ambil contoh nasi ni sebab semua orang suka makan,. Dengan Formula SCAMPER ni, kita gunakan pada nasi putih tadi iaitu :

S - (Subtitute) Kita tukar nasi putih yang biasa menjadi nasi goreng

C - (Combine) Kita gabungkan dalam nasi goreng tu dengan sotong, udang, daging ayam selain dari perencah yang kita gunakan

A - (Adapt) Kita mengadaptasi cara menggoreng nasi dengan cara yang lebih baik. Yang lama pun pakai, cara yang baru pun pakai.

M - (Modify) Kita ubahsuai nasi goreng ni dengan rasa yang yang lebih sedap. Jadi nasi goreng kampong ke, ikan masin ke, nasi goreng USA ke.

P - (Put to Other Use) Nasi ni kita selain dari goreng, kita jadikan nasi air pun boleh. Atas kreativiti kita sendiri.

E - (Eliminate) Sebelum ni nasi yang tak habis kita mungkin bagi ayam ke, buang ke. Sekarang gunakan untuk buat nasi goreng yang sedap…

R - (Rearrange) Kita susun atur semula cara kita hidangkan nasi goreng agar nampak lebih sedap macam chef yang dekat hotel buat. Nampak cantik dan sedap...

Begitulah serba sedikit tentang SCAMPER ni, semoga ada yang dapat faham kalau sebelum ni masih lagi samar-samar tentang teknik ni.

Tiada ulasan: