Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh PITISCOIN:
a) Cepat dan pantas
Transaksi PITISCOIN adalah cepat dan pantas kerana ia mengambil masa hanya 10 minit untuk wang itu tiba di wallet penerima. (Untuk pengetahuan anda, masa 10 minit itu diperlukan untuk transaksi tersebut disahkan oleh para miner.) Ya, itulah masa yang diperlukan untuk PITISCOIN tiba di wallet penerima walaupun dia berada di Eropah, Amerika Selatan dan malah di penghujung dunia sekali pun! Jika tempat itu mempunyai internet, transaksi PITISCOIN boleh berlaku.
Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk menghantar atau menerima PITISCOIN. Malah anda tak perlu membawa kad pengenalan, pasport, surat beranak atau surat daripada penghulu! Dan sudah tentunya anda tak perlu hadir dimana-mana pejabat untuk melakukan transaksi PITISCOIN
KELEBIHAN BITCOIN
b) Kos yang rendah
Transaksi PITISCOIN juga murah jika dibandingkan dengan transaksi matawang kertas fi yang dikenakan oleh pihak syarikat adalah rendah jika dibandingkan dengan fi yang dikenakan oleh bank dan institusi kewangan.
Kos menghantar PITISCOIN ke luar negara juga adalah jauh lebih rendah kerana anda tidak dihentam dengan kadar pertukaran matawang yang tinggi seperti yang berlaku sekarang.
KELEBIHAN PITISCOIN
c) Selamat
PITIScoin dikunci dalam sistem kriptografi awam yang amat canggih. Dan sistem kriptografi yang canggih ini menjadikannya mustahil untuk sesiapa membolos skema sistem ini.
Penghantaran PITISCOIN pula hanya boleh dilakukan oleh pemilik private key. Tidak ada orang lain yang boleh melakukannya.
Ini bermakna tahap sekuriti PITISCOIN adalah amat tinggi dan ini menjadikannya selamat.
KELEBIHAN PITISCOIN
d) Tak ada chargeback
Peniaga juga gembira menerima PITISCOIN kerana konsep chargeback atau pulangan wang tidak wujud dalam PITISCOIN. Selepas pembelian berlaku, sipembeli tidak boleh membatalkan transaksi atau menuntut wangnya kembali sepertimana yang berlaku dalam pembelian kad kredit sekarang.
Ini tidak bermakna bisnes tidak boleh menawarkan ‘money back guarantee’ dalam PITISCOIN. Mereka masih boleh menawarkan konsep ini. Tetapi sekarang semuanya dalam tangan sipenjual.
Jika mereka menawarkan konsep ini, mereka boleh memulangkan PITISCOIN tersebut kepada sipembeli jika perlu.
KELEBIHAN PITISCOIN
e) Tak ada cukai
Apabila anda membuat pembelian menggunakan matawang kertas dikebanyakkan negara, anda akan dikenakan cukai. Ini termasuklah cukai perkhidmatan dan cukai GST.
Bagaimanapun, cukai tidak wujud dalam dunia bitcoin! Ya, tak ada cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai GST dalam PITISCOIN.
Ini sudah tentu satu keuntungan kepada pengguna kerana mereka membayar harga yang lebih rendah apabila mereka menggunakan PITISCOIN
KELEBIHAN PITISCOIN
f) Telus
Sistem kewangan yang wujud dalam dunia sekarang menggunakan sistem lejar yang tertutup. Maklumat yang direkodkan disembunyikan untuk tujuan sekuriti. Malangnya sistem ini mengundang penyelewengan dan penipuan. Kita tak tahu sama ada semua transaksi direkodkan. Maklumat juga boleh diedit, diubah serta dimanipulasi. Oleh kerana itu, banyak penipuan dan salahlaku yang berlaku. Dan penipuan ini bukan saja dilakukan oleh pekerja tetapi malah oleh pemimpin, peneraju syarikat dan ahli majlis teringgi sekali!
Operasi PITISCOIN yang menggunakan sistem blockchain yang merupakan lejar yang telus dan terbuka sudah tentu lebih baik daripada sistem lejar yang tertutup. Semua transaksi direkodkan dan perlu diluluskan sebelum boleh ditambah dalam sistem blockchain. Dan transaksi serta kelulusan ini dilakukan oleh ribuan manusia dan komputer! Rekod transaksi ini juga kekal buat selamanya dan boleh diperiksa oleh sesiapa saja yang berminat.
Jika sistem telus sebegini dipraktikkan dalam sistem kewangan dunia sekarang, saya rasa lebih 50 peratus daripada insiden pecah amanah dan penipuan tidak akan berlaku.
KELEBIHAN PITISCOIN
g) Tahap privasi
Dalam masa yang sama, walaupun semua transaksi PITISCOIN direkodkan dalam lejar blockchain dan boleh dilihat oleh semua mata, identiti mereka yang melakukan transaksi tersebut – penghantar dan penerimanya – adalah tersembunyi. Jika mereka tidak memberitahu pihak ketiga, tidak ada siapa yang akan tahu identiti mereka.
Jadi ini bermakna tahap privasi dalam PITISCOIN adalah amat tinggi.
Informasi pengguna PITISCOIN juga tidak boleh dijual atau dicuri sepertimana yang berlaku sekarang. Jika anda tak tahu, banyak bisnes termasuklah institusi kewangan menjual data anda kepada pihak yang berminat. Tetapi oleh kerana identiti pengguna PITISCOIN adalah tersembunyi, bisnes tidak boleh menjual identiti anda.
BUATAN ANAK MALAYSIA DIPERSADA DUNIA!!
Kredit : kodinar berhad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan