Haji Mohd Razaimie Hj Abd Rahim
9 September 2017
Kuala Lumpur
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Kodinar Berhad (www.kodinarberhad.com) telah memperkenalkan sesuatu yang istimewa buat rakyat Malaysia khasnya dan warga rantau nusantara amnya. Ramai yang pernah bertanya sama ada projek ICO Malaysia yang benar-benar 100% buatan Malaysia ada di lancarkan?
Kodinar Berhad melalui kajian dan pembangunan teknologinya telah berjaya menghasilkan produk-produk berteraskan blockchain, 100% dibangunkan sendiri oleh Kodinar Berhad.
Dalam perjuangan memperkenalkan teknologi blockchain di Malaysia, Kodinar Berhad telah melancarkan projek ICO buatan Malaysia, iaitu Pitis Coin pada 1 September 2017 di https://www.pitiscoin.com
Sejarah Pitis : matawang pilihan di laluan perdagangan Selat Melaka
Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang ICO ini, kita harus mengetahui sejarah pemilihan nama Pitis Coin sebagai aset digital kripto pertama Kodinar Berhad. Nama Pitis mempunyai makna dan sejarahnya yang tersendiri di nusantara.
Bagi mereka yang belum pernah mendengar tentangnya, Pitis adalah sejenis matawang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu dahulukala. Negeri Melaka di bawah naungan Sultan Muzaffar Shah, pemerintah ke-5 Kesultanan Melayu Melaka, dicatatkan sebagai negeri pertama yang menggunakan sistem wang syiling di dalam perdagangan dan transaksi jual belinya di Tanah Melayu.
Sebelum itu, kebanyakkan saudagar yang berdagang di Tanah Melayu menggunakan emas urai, perak dan timah jongkong sebagai duit. Manakala di pasar, rakyat jelata masih lagi menggunakan siput gerus, beras dan biji saga sebagai alat untuk melakukan transaksi dalam sistem barter. Pada tahun 1445, duit syiling pertama telah dibentuk menggunakan kepingan timah yang dikenali sebagai Pitis atau Caxas atau Cashas.
Matawang yang dicipta ini mula digunakan seiring dengan emas dan perak dari Kesultanan Melayu Melaka dan ianya kemudian berkembang sehingga ke Kesultanan Melayu Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pitis di negeri-negeri tersebut lebih kepada matawang berunsur tumbuhan dan dapat dilihat dalam bentuk pokok Pitis.
Lama-kelamaan matawang Pitis dijadikan pilihan dalam perdagangan di sepanjang Selat Melaka sehingga penggunaan Pitis tersebar ke wilayah Palembang, Sumatera, Indonesia. Pitis muncul di Palembang semasa awal pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam pada tahun 1659.
Matawang Pitis banyak digunakan dalam sistem perdagangan, percukaian dan ekonomi di tanah Melayu dan nusantara sehingga menjadi matawang utama ketika zaman itu. Sejarah penggunaan Pitis ada direkodkan di dalam sejarah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.
^Pitis Coin menyambung legasi matawang silam Nusantara ke dunia digital masa hadapan^
Apakah kaitan sejarah matawang Pitis dengan projek ICO Pitis Coin ini?
Sebelum itu, sedikit latar belakang tentang penciptaan Pitis Coin, ianya adalah nama bagi aset digital kripto pertama yang dikeluarkan oleh sebuah koperasi berdaftar di Malaysia, Kodinar Berhad.
Matlamat utama Kodinar Berhad adalah untuk menggunakan teknologi blockchain dan mencipta aplikasi serta produk yang berinovasi tinggi untuk kegunaan komunitinya dan pengguna awam yang lain. Penciptaan produk berteraskan teknologi blockchain ini bakal menjadikan Kodinar Berhad sebagai peneraju teknologi blockchain di Malaysia.
Pitis Coin dicipta menggunakan teknologi blockchain 2.0 Ethereum ERC 20 dan boleh disemak kesahihannya di dalam lejer blockchain Etherscan.io . Pitis Coin adalah aset digital kripto yang mempunyai matlamat serupa dengan aset digital kripto Bitcoin (BTC). Melalui penggunaan Pitis Coin, pengguna tidak perlu melalui pihak ketiga untuk menguruskan transaksi mereka. Konsep disentralisasi, teragih dan Peer-To-Peer di dalam teknologi blockchain adalah menjadi teras penciptaan Pitis Coin.
Kodinar Berhad ingin menjadikan Pitis Coin sebagai aset digital kripto pilihan utama di Malaysia dan digunakan juga oleh negara-negara di Asia Tenggara khasnya serta di seluruh dunia amnya. Pada masa sekarang Pitis coin boleh di simpan di dalam Kodinar Blockchain Wallet(KBW) milik Kodinar Berhad dan juga di MyEtherWallet(MEW) milik Ethereum.
Pitis Coin bakal dimasukkan ke dalam senarai Coin Market Capitalization pada bila-bila masa selepas dilancarkan pada 1 Oktober 2017 nanti.
Apakah Pitis Coin mampu meneruskan kecemerlangan legasi Pitis dahulukala? Mungkinkah sejarah Pitis akan berulang kembali?
^Nilai Pitis Coin bersandarkan projek yang menguntungkan^
Merujuk whitepaper Pitis Coin, objektif utama Kodinar Berhad adalah untuk mencipta satu aset digital kripto baru yang bukan sahaja mempunyai fungsi-fungsi tertentu, tetapi juga mampu memberikan nilai kepada penggunanya.
Kebanyakan projek ICO mencipta aset digital kripto mereka untuk mempunyai fungsi tertentu, seperti Ether yang digunakan sebagai ‘minyak’ di Ethereum atau Ripple yang digunakan untuk transaksi antara bank berlaku dengan pantas.
Bagi Pitis Coin pula, fungsi utamanya adalah sebagai kaedah bayaran yang sama seperti BTC, tetapi transaksinya berlaku dengan lebih pantas berbanding BTC.
Apa yang membuatkan ia berbeza dengan aset digital kripto lain adalah pemegang Pitis Coin bukan sahaja boleh menyimpan dan membelanjakan Pitis Coin yang dimilikinya, tetapi juga boleh memperolehi keuntungan daripada Pitis Coin walau tidak digunakan.
Ini adalah kerana Pitis Coin dicipta khas oleh Kodinar Berhad untuk membantu di dalam merealisasikan pembinaan projek-projek berteraskan Blockchain oleh Kodinar Berhad. Kejayaan projek-projek tersebut bakal menjadi tanda aras dalam menentukan kestabilan dan peningkatan nilai Pitis Coin dalam pasaran terbuka.
Justeru, pembeli, penyimpan dan pengguna aset digital kripto Pitis Coin adalah berpotensi mendapat keuntungan berganda apabila membeli Pitis Coin semasa tawaran ICOnya berlangsung (1.9.2017-30.9.2017).
Penciptaan Pitis Coin adalah berpandukan matlamat yang telah digariskan dalam Plan Perancangan Strategik Organisasi (PPSO) 2017 - 2021 Kodinar Berhad.
Terdapat 3 matlamat utama yang mahu dicapai seiring dengan penawaran aset digital kripto Pitis Coin milik Kodinar Berhad untuk pegangan orang awam. Hasil penawaran ICO Pitis Coin akan digunakan untuk membangunkan projek-projek seperti di bawah:
1. Melakukan kajian dan pembangunan Teknologi Blockchain berterusan Kodinar Berhad.
Kodinar Berhad telah menggariskan 3 projek khusus dalam pembangunan sistemblockchainnya:
(i) Teknologi Kodinar BlockchainWallet (KBW) iaitu projek penciptaan wallet digital blockchainyang memiliki berbilang aset digital kripto di dalamnya dan 100% dibangunkan oleh kepakaran tempatan, serta ditawarkan secara percuma kepada ahli dan masyarakat seluruh dunia;
(ii) KBW Wassiyah Contract (KWC)iaitu projek membina sistem Wassiyah di dalam blockchain, cara baru menjaga kepentingan pengguna KBW apabila aset digital kripto diiktiraf sebagai harta pemilik KBW dan dilindungi oleh Kodinar Berhad serta boleh diwariskan kepada penerima wasiat sekiranya berlaku kematian kepada pemilik KBW tersebut;
(iii) Kodinar Blockchain 3.0 (KB 3.0)iaitu projek membina landasanblockchain milik Kodinar Berhad sendiri, sama seperti Blockchain1.0 Bitcoin dan Blockchain 2.0 Ethereum yang memiliki landasan blockchain mereka sendiri. KB 3.0 bakal menyaksikan Pitis Coin bertukar daripada Proof of State(PoS) kepada Proof of Work(PoW) dan boleh di mining pada nilai harga pasarannya yang sudah tinggi.
2. Membina Ladang Digital berskala Mega.
Kodinar membangunkan kajian dan pembangunan teknologi pembuatan ladang digitalnya sendiri yang diberi nama LADR1M. Ianya adalah projek mining berskala besar dan sepertimana yang kita tahu, aktiviti mining adalah salah satu cara mencipta aset digital kripto baru.
Memperolehi pendapatan dalam bentuk aset digital kripto ini adalah antara perancangan Kodinar Berhad untuk meningkatkan nilai aset digital kripto Pitis Coinnya sendiri yang boleh ditukarkan nilainya semula dengan aset-aset digital kripto yang dimining di ladang digital LADR1M milik Kodinar Berhad.
Misi LADR1M adalah untuk menjadi ladang mining aset digital kripto terbesar di Malaysia, dan antara aset digital krypto yang akan dimining adalah Ether, Zcash, Monero, LBRY dan banyak lagi. Bagi mencapai tujuan tersebut, 150 nod LADR1M sudah dibina dan sedang beroperasi pada masa sekarang.
1,000 nod pula bakal dibina untuk projek Mega LADR1M yang akan bermula pada bulan November 2017. Projek Mega LADR1M bakal menempatkan sehingga 5,000 nod dalam satu tempat dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan pembinaannya dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 2 tahun.
3. Mencipta Prasarana Teknologi Kewangan Digital Baru Melalui Aset Digital Kripto.
Bagi melengkapkan pembangunan teknologi blockchain dan berdiri sebagai peneraju blockchain di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, Kodinar Berhad menggariskan 7 usaha dalam pembinaan prasarana teknologi kewangan digital baru aset digital kripto yang bakal menyokong perkembangan teknologi dan industri blockchainnya.
Penciptaan sistem dan platform baru untuk mengembangkan perniagaan dan menambah pemilikan berbilang aset digital kripto oleh pengguna dalam teknologi blockchainKodinar Berhad ini cuba direalisasikan melalui usaha-usaha berikut :
(i) Kodinar Crypto Debit Card (KCDC),
iaitu pembangunan teknologi kad debit gabungan kerjasama Kodinar Berhad dengan pengeluar kad debit terkemuka dunia, ianya bakal memungkinkan Pitis Coin dan lain-lain aset digital kripto yang disimpan di dalam KBW dapat digunakan di mesin ATM untuk pengeluaran tunai dan di premis-premis perniagaan yang menerima kad debit dalam transaksi pembayarannya pada bila-bila masa;
(ii) Kodinar Escrow (KE),
merupakan satu projek pembangunan sistem jual beli kendiri oleh Kodinar Berhad yang mampu mencegah penipuan transaksi di dalam penjualan dan pembelian aset digital kripto secara dalam talian.
Ia melibatkan 2 pihak yang berurusniaga di dalam KBW dan KE hadir di tengahnya sebagai penjaga integriti kepada transaksi tersebut. Sistem ini mampu menghalang berlakunya penipuan daripada mana-mana pihak yang melakukan transaksi urusniaga.
(iii) Kodinar Crypto Exchanger (KCex),
merupakan projek pembangunan platform pertukaran aset digital di dalam KBW. Ianya akan menggalakkan pemilikan berbilang aset digital kripto yang mampu ditukar dan disimpan mengikut kehendak pemilik KBW.
Kemungkinan di masa depan, apabila penerimaan kepada aset digital sudah menjadi resam kebiasaan, keperluan kepada sistem pertukaran ini akan menjadi sangat relevan dan pergantungan pertukaran kripto kepada fiat pula akan mengalami pengurangan. Pitis Coin boleh ditukar kepada aset-aset digital kripto yang lain melalui KCex pada bila-bila masa sahaja;
(iv) Kodinar Auto Teller Vending Machine (KATVM),
merupakan satu projek usahasama Kodinar Berhad dengan rakan strategiknya untuk membawa penggunaan Pitis Coin ke dunia mainstream. Kodinar Berhad akan memulakan kajian dan bakal membina KATVM untuk kegunaan komunitinya sendiri pada peringkat permulaan sebagai projek pilot.
Teknologi ini kemudiannya akan dikembangkan ke seluruh negara melalui kerjasama strategik tadi dan pemasangan KATVM untuk kemudahan transaksi Pitis Coin akan ditambah dari semasa ke semasa;
(v) Kodinar Crypto Trading Platform (KCTP),
merupakan projek sasaran usaha oleh Kodinar Berhad untuk membina platform perdagangan aset digital kriptonya sendiri. Pitis Coin akan digunakan sebagai aset digital kripto yang boleh didagangkan bersama aset-aset digital kripto popular yang lain.
KCTP bakal menjadi platform perdagangan aset digital kripto yang popular dari Malaysia dan digunakan secara aktif oleh komuniti aset digital kripto di Asia Tenggara;
(vi) Kodinar Loyalty Gift (KLG),
merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk meraikan kesetiaan pengguna KBW. Setiap pembelian aset digital kripto di dalam KBW akan diberikan mata ganjaran yang boleh dikumpulkan dan layak ditukar atau ditebus dengan Pitis Coin;
(vii) Kodinar Point Of Sale System (KPOS),
adalah satu projek membangunkan teknologi untuk memudahkan pembayaran menggunakan Pitis Coin di premis-premis jualan.
Penciptaan alat bantuan peniaga yang mampu melancarkan transaksi pembayaran hanya dengan mengimbas QR code sahaja, bakal menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga dan usahawan yang mahu menggunakan Pitis Coin sebagai salah satu kaedah transaksi pembayaran.
^IMPAK PENAWARAN PITIS COIN KEPADA MASYARAKAT^
Aktiviti dalam merealisasikan matlamat penciptaan Pitis Coin tersebut akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan bakal merangsangkan ;
1. Pembangunan Ekonomi Digital Komuniti;
di mana lebih ramai orang awam akan mampu terlibat di dalam teknologi blockchain ini. Jika orang awam memahami tentang peluang yang dicipta dalam blockchain dan mampu terlibat pula secara aktif, mereka berpotensi untuk memiliki pendapatan baru di dalam aktiviti perdagangan dan penggunaan aset digital kripto yang wujud di dalam sistem Kodinar Blockchain melalui Pitis Coin.
2. Penyebaran Ilmiah tentang Blockchain dan kesahihannya;
apabila keterlibatan masyarakat berlaku secara langsung di dalam industri ekonomi digital yang baru ini, ia akan memberikan pendedahan sebenar tentang blockchain dan isinya.
Pada masa sekarang, banyak berlaku penipuan di luar sana yang dengan sewenangnya mencipta aset digital palsu atas nama blockchain. Banyak program kripto dicipta, sedang sistemnya tidak disentralisasi, hanya menggunapakai server yang boleh dipersoal akan integriti dan ketelusannya jika tidak diblockchainkan. Dikhuatiri, kriptonya tidak wujud dan pembeli akan tertipu, tiada rekod di ledger blockchain untuk dipantau dan diperiksa kesahihannya.
Program penipuan seperti ini akan berkurangan dengan sendirinya apabila masyarakat mula berilmu dan memahami tentang proses pembuatan aset digital kripto blockchain yang sebenar. Penyebaran ilmiah ini mampu mengekang penipuan dan kewujudan program-program scam dapat dibanteras oleh masyarakat sendiri kerana mereka sudah celik teknologi blockchain dan faham akan ciri-ciri kesahihannya.
Bertolak dari hakikat ini, penciptaan Pitis Coin datang tepat pada masanya. Memiliki Pitis Coin merupakan satu proses pendedahan ilmiah kepada para pemiliknya. ICOnya ditawarkan dalam keadaan tidak seperti kebiasaan ICO-ICO lain yang menawarkan idea di dalam whitepaper, tetapi hanya idea kerana prasarana yang mahu dicipta oleh ideanya itu masih belum ada semasa penawaran ICOnya. Jika ramai membeli, belum tentu lagi projeknya akan berjalan kerana apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, terserah kepada pemilik ICO tersebut, sama ada mahu meneruskan idea di dalamwhitepapernya atau pun tidak.
Berbeza dengan Pitis Coin, aset digital kriptonya sudah diwujudkan sebelum penawaran ICOnya lagi. Walaupun dibeli semasa berlangsungnya proses ICO, Pitis Coin terus dimasukkan ke dalam wallet pembelinya tanpa penangguhan. Projek yang dinyatakan di dalam whitepapernya adalah projek sebenar dan sudah pun wujud malah boleh dilawati.
Kodinar Berhad memiliki ibu pejabat operasi yang boleh dilawati dan berurusniaga secara fizikal bukan terhad kepada laman sesawang sahaja.
3. Penyatuan Teknologi dan Kemanusian;
adalah suatu perkara baru apabila teknologi blockchain mampu digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan menjaga kebajikan manusia sejagat.
Sebagai contoh, di Finland teknologi blockchain telah digunakan untuk menguruskan urusan kewangan pelarian (refugees). Pitis Coin pula akan digunakan untuk projek pembiayaan pembinaan Pusat Latihan Autisme melalui penyatuan teknologi dengan kemanusian. Sebanyak 1 juta Pitis Coin akan di tawarkan untuk dimiliki oleh mereka yang mahu bersama-sama merealisasikan projek kebajikan ini yang akan dikendalikan secara kerjasama oleh Projek Waqfeya dan PasarWafa.
Pitis Coin juga bakal digunakan sebagai aset digital kripto utama untuk sumbangan kebajikan melalui KBW dan mampu menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk memindahkan sumbangan sepantas emel ke seluruh dunia.
^ICO melancarkan 1 Bilion UNIT Pitis COIN^
ICO Pitis Coin (PTS) yang baru sahaja dilancarkan pada 1 September 2017 akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama akan berakhir pada 15 September, di mana nilai 1 PTS bersamaan USD 0.07 dan dalam fasa kedua yang akan bermula pada 16 September, Pitis Coin akan dijual pada harga bersamaan USD 0.09 untuk setiap 1 PTS.
Merujuk kepada whitepaper, setiap pemegang PTS boleh menerima hibah/hadiah sehingga 20% dikira daripada simpanan PTS yang tidak dikeluarkan atau yang berbaki minima 1,000 PTS dan terhad kepada PTS yang dibeli semasa ICO sahaja.
Hibah / Hadiah tersebut akan dibayar dengan unit PTS sahaja. Punca pembayaran hibah / hadiah tersebut adalah diambil daripada hasil keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti perladangan digital yang dijalankan oleh Kodinar Berhad. Hibah/Hadiah ini akan diberikan selama 5 tahun, sehingga tahun 2022, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kodinar Berhad.
Sesiapa yang pernah terlibat di dalam aktiviti mining pasti boleh menganggarkan keuntungannya. Dengan sandaran projek mega LADR1M, bayangkan potensi keuntungan yang bakal diperolehi hanya dengan memegang unit PTS yang bernilai tidak sampai RM1 pada masa sekarang.
Pitis Coin bukanlah program pelaburan, anda tidak perlu membeli PTS sehingga berpuluh-puluh ribu, anda hanya perlu membeli jumlah PTS yang anda mampu dan anda akan menerima pulangan berdasarkan potensi PTS itu sendiri (PTS boleh dibeli serendah 1 PTS). PTS adalah 100% bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran dan Kodinar berhad mempunyai rancangan masa panjang untuk meransangkan pertumbuhan nilainya. Pelbagai usahasama dan projek bakal dibangunkan oleh Kodinar Berhad untuk menaikkan nilai PTS di pasaran terbuka.
Kodinar Berhad juga sudah mempunyai perkongsian (partnership) dengan pelbagai usahawan online yang bakal menerima PTS sebagai kaedah pembayaran dalam sistem mereka. Pada masa ini Kodinar Berhad sedang giat mempromosikan penggunaan PTS dengan menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara untuk mengembangkan lagi penggunaan PTS secara lebih meluas.
Mungkinkah Pitis Coin bakal menjadi Bitcoin Asia Tenggara?
Idamkan Bintang, kira tak tercapai, kita masih tinggi!
Jadi, tunggu apa lagi, lawat www.pitiscoin.com dan dapatkan Pitis Coin anda sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan