Jumaat, 9 Oktober 2026

Bacaan Talqin Di Kubur


1. Pembukaan & Bacaan Al-Quran
 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

 قَالَ اللَّهُ تَعَالَى:
 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (Surah Ali 'Imran: 185)

2. Terjemahan & Peringatan Awal

> Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Tiap-tiap makhluk semuanya akan rosak dan binasa. Sesungguhnya di hari kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa bagi kamu. Berbahagialah sesiapa yang dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka Jahannam. Penghidupan dunia adalah palsu belaka.

3. Panggilan Kepada Si Mati & Peringatan Barzakh

> Wahai Ihsan bin Zainab,
> Kamu sekarang sedang berada di sempadan akhirat dan menuju ke alam baqa’. Tinggallah di sini hingga hari kiamat.
> Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu.
> Sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu.
> Kamu tinggalkan harta kekayaan, pangkat, derajat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yang engkau banggakan di dunia.
> Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang engkau bawa untuk menghadap Allah Azza Wa Jalla:
>  * Sedekah jariah yang engkau berikan dengan ikhlas hati semata-mata kerana Allah.
>  * Ilmu bermanfaat yang engkau amalkan di dunia.
>  * Anak yang soleh mendoakan bagi kamu.
 
4. Peringatan Ujian Kubur & Soalan Malaikat

> Wahai Ihsan bin Zainab,
> Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gulita ini. Setelah tujuh langkah kami meninggalkan kamu, maka akan datang dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah.
> Maka jangan kamu takut serta gentar. Jawablah dengan lidah yang fasih lagi lancar kerana mereka juga makhluk Allah seperti engkau.
> Mereka akan bertanya:
>  * مَنْ رَبُّكَ؟ (Man Rabbuka?) — Siapakah Tuhan yang engkau sembah dengan sebenar-benarnya?
>  * وَمَنْ نَبِيُّكَ؟ (Wa Man Nabiyyuka?) — Siapakah Nabi kamu?
>  * وَمَا دِينُكَ؟ (Wa Ma Dinuka?) — Apakah agama kamu?
>  * وَمَا قِبْلَتُكَ؟ (Wa Ma Qiblatuka?) — Ke manakah kiblat dan penghadapan kamu?
>  * وَمَا إِمَامُكَ؟ (Wa Ma Imamuka?) — Apakah ikutan kamu?
>  * وَمَنْ إِخْوَانُكَ؟ (Wa Man Ikhwanuka?) — Dan siapakah saudara-saudara kamu?

5. Jawapan Keimanan

> Ketika itu jawablah dengan lidah yang lancar lagi yakin:
>  * اللَّهُ رَبِّي (Allahu Rabbi) — Allah Tuhan yang aku sembah dengan sebenar-benarnya.
>  * وَمُحَمَّدٌ نَبِيِّي (Wa Muhammadun Nabiyyi) — Muhammad صلى الله عليه وسلم Nabiku.
>  * وَالْإِسْلَامُ دِينِي (Wal Islamu Dini) — Islam agamaku.
>  * وَالْكَعْبَةُ قِبْلَتِي (Wal Ka'batu Qiblati) — Kaabah itu kiblat dan penghadapanku.
>  * وَالْقُرْآنُ إِمَامِي (Wal Qur'anu Imami) — Al-Quran itu padoman dan ikutanku.
>  * وَالْمُسْلِمُونَ وَالْمُؤْمِنُونَ إِخْوَانِي (Wal Muslimuna wal Mu'minuna Ikhwani) — Dan tiap-tiap orang-orang Islam adalah saudara-saudaraku.

6. Peringatan Hakikat Kematian & Azab/Nikmat Kubur

> Wahai Ihsan bin Zainab,
> Jangan sekali-kali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia, yaitu lafaz dua kalimat syahadah dengan perkataan:
> أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
> (Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah).
> Wahai sekalian hamba Allah, ketahuilah oleh kamu bahawa:
>  * Mati itu benar.
>  * Soal Munkar dan Nakir itu benar.
>  * Azab dan nikmat kubur itu benar.
>  * Semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat itu benar.
>  * Dan akan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar.
> Siksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi. Jika kamu berdosa, ular Suja'ul Aqra' akan patuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu.
> Nikmat kubur pula, diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, dihimpit bumi umpama anak kecil di dalam pelukan ibu kamu.
 
7. Penutup & Doa

> Maka tinggallah kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga hari kiamat. Kami serahkan kamu kepada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk memberi balasan di atas apa yang telah kamu lakukan.
> Wahai Ihsan bin Zainab,
> Mudah-mudahan dicucurinya rahmat dan keampunan ke atas kamu.

 آِمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ • ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً • فَادْخُلِي فِي عِبَادِي • وَادْخُلِي جَنَّتِي  (Surah Al-Fajr: 27-30)

Tiada ulasan: