Alhamdulillah, berada di Madinah kita akan di bawa ziarah ke ladang kurma, dekat sini memang rambang mata bagi suka membeli makanan sunnah. Selain itu kita akan di bawa ke satu-satunya taman yang hijau di tengah-tengah bandar Madinah, namanya Saqifah Bani Saidah. Taman ini adalah tempat di mana Khalifah Abu Bakar dilantik selepas wafatnya Rasulullah.
Kita juga akan dibawa ke pasar Madinah, di sini kita boleh tawar menawar dengan penjual. Sekitar Masjid Nabawi, ada masjid Abu Bakar, masjid Saidina Ali, masjid Ghamamah namun kesemua masjid ini tidak digunakan. Hanyalah tinggalan sejarah sahaja. Kita juga boleh ke perkuburan Baqi.
Sebelum pergi ke masjid Quba, pastikan kita berwudhuk terlebih dahulu kerana hadis Nabi berpesan untuk kita berwudhuk dan solat sunat di masjid ini pahalanya seperti kita mengerjakan umrah. Dekat sini banyak penjual jalanan seperti kurma, jubah, minyak wangi, tasbih, coklat yang harganya berpatutan.
Rasa kurma muda sangat rangup dan manis tapi sedikit kelat. Lebih kurang rasanya macam buah ciku, sekilo 10 riyal ada warna merah muda dan kuning.
Berada di Jabal Uhud, kita di bawa ziarah ke perkuburan para Syuhada. Paling jelas kubur Saidina Hamzah yang panjang, di sini kita boleh melihat dari jauh sahaja. Bukit tempat para pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah, kita boleh ke sana. Dari sana boleh lihat betapa lebarnya Jabal Uhud yang berwarna merah.
Sedikit tips, penjual di Madinah boleh sedikit berbahasa Melayu dan apabila kita nak beli kurma Ajwa, tanyalah di mana ia di tanam. Kalau di Madinah, kita sebut Wallahi? Kalau dia cakap Wallahi bermakna betul tanam di Madinah.