Khamis, 19 April 2018

My First Umrah Part 4

Antara tips untuk mendapat saf atau tempat yang terbaik untuk kita solat sama ada di Madinah atau Mekah adalah kita pergi ke masjid kalau boleh awal satu jam dari waktu solat. Waktu di Arab Saudi lambat 5 jam dari negara kita. Contoh kalau waktu Isyak di Mekah, waktu di Malaysia adalah dalam sekitar pukul 1 pagi. Kalau hari Jumaat, sebaiknya kita pergi lebih awal dalam dua jam sebelum solat Jumaat. Walaupun berada lama di masjid, kita takkan berasa lama.

Alhamdulillah, kami dibekalkan spray wudhuk jika terbatal namun sepanjang penulis berada di dalam masjid Mekah dan Madinah, Allah berikan kita tak terasa nak kentut. Cuma sekali je pada waktu subuh, perut memulas minta dibuang ketika baru sampai di masjid. Tandas di Mekah agak jauh berbanding di Madinah, tapi tandas di sana bersih cuma bila nak cebuk tu airnya agak suam-suam panas.

Ketika berada di sana kita banyak berjalan kaki dan ustaz yang menjadi mutawif dah pesan supaya bawa multivitamin untuk badan kita. Dekat farmasi kita ada jual, multivitamin warna coklat namanya pharmaton, harga RM1 untuk sebiji. Bagi orang yang suka shopping, Madinah adalah tempat terbaik untuk kita berbelanja kerana di sana lebih murah berbanding di Mekah dan boleh tawar menawar. Harga kurma Ajwaf gred A sekilo 50 riyal di Madinah.

Tempat untuk wanita solat memang dikhaskan di Madinah bagi memudahkan mereka solat dan ada waktu tertentu untuk masuk ke Raudhah bagi wanita. Biasanya setiap travel akan menyediakan seorang ustazah untuk menjadi mutawif yang membawa jemaah wanita masuk ke Raudhah. Jemaah akan berada di Madinah selama 3 hari sebelum bertolak ke Mekah kalau turun di Madinah dahulu. Alhamdulillah, mak saudara penulis ada rezekinya dapat masuk ke Raudhah walaupun bersesak,

Sedikit tips untuk jemaah lelaki jika ingin masuk ke Raudhah, jika mampu pergilah ke masjid dalam pukul 2 pagi kerana pada waktu itu hanya pintu no.21 sahaja yang dibuka dan pintu ini laluannya terus menuju ke Raudhah. Pada waktu ini kita akan melihat manusia akan berlari selaju-lajunya untuk masuk ke Raudhah, satu-satunya taman Syurga yang ada di dunia ini.

1 ulasan:

Susan berkata...

Positive site, where did u come up with the information on this posting? If you're looking for the best Things to do in the world, this list has something for everybody! From adventure to culture, food to history .