Alhamdulillah, ketika menjejakkan kaki di bumi Madinah, kami disambut baik oleh pihak Juara dan petugas mereka banyak membantu. Ustaz yang menjadi mutawif jemaah kami juga amat menjaga waktu solat ketika dalam kapal terbang. Kami diajar untuk berwuduk menggunakan spray dan juga cara bertayamum di dalam kapal terbang.
Berada di Madinah suasana yang penulis rasa begitu tenang dan rasa tak sabar untuk menziarahi Rasulullah. Di dalam perjalanan ustaz banyak memberi maklumat dan bercerita tentang sejarah di Madinah. Rasa rindu untuk menziarahi Rasulullah amat mendalam ketika nampak masjid Nabawi. Kelihatan kubah hijau dari jauh...
Alhamdulillah, hotel kami dengan masjid Nabawi tidaklah berapa jauh dalam 150 meter sahaja. Setelah check in hotel, ustaz terus membawa kami menziarahi masjid Nabawi dan solat di sana. Saat melihat masjid Nabawi di depan mata, terasa takjub dan indahnya. Selama ini kita hanya mampu melihat di tv sahaja.
Kami masuk melalui pintu pagar no. 15 dan ustaz memberi petunjuk di pintu masjid no. 18 untuk berkumpul sekiranya terpisah dari jemaah buat kali pertama. Alhamdulillah, kami semua tetap bersama dan selesai solat, ustaz terus membawa kami untuk menziarahi makam Rasulullah melalui pintu Babus Salam no.1, melalui pintu tersebut kami nampak kawasan Raudhah dan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Suasana berada di makam Rasulullah, manusia begitu ramai namun ada laluan untuk kami semua kesana. Setelah memberi salam kepada Rasulullah, kami terus bersiap untuk solat Asar dan alhamdulillah kami dapat bersolat di belakang kawasan makam Rasulullah. Berada di dalam masjid Nabawi begitu tenang dan damai. Walaupun dalam keadaan penat kerana baharu sampai, tapi kami berasa tenang. Berada di masjid Nabawi, kita tidak risau kerana boleh memilih di mana tempat untuk solat.
In Shaa Allah, bersambung...
Sedikit tips, untuk wanita digalakkan memakai jubah dan tudung hitam ketika hendak masuk ke Raudhah, kerana waktu untuk wanita masuk ke sana adalah terhad.
1 ulasan:
I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. Thanks.. Pictaram is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.
Catat Ulasan