Selasa, 17 April 2018

My First Umrah

Alhamdullillah... Memang rezeki kita kalau dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu nya, In Shaa Allah urusan kita akan dipermudahkan. Penulis memang tidak ada pengalaman tetapi In Shaa Allah akan berkongsi serba sedikit untuk tatapan semua.

Permulaan sebelum kita ke sana adalah persediaan kita seperti pasport. Alhamdulillah urusan pasport sekarang cukup cepat dan siap dalam masa sehari sahaja. Kosnya adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun. Kita cuma bawa diri dan duit sahaja, gambar akan diambil di sana.

Kos untuk vaksin untuk umrah adalah RM140, kalau haji adalah percuma ditanggung oleh kerajaan. Tempoh vaksin adalah 5 tahun dimana mana klinik swasta. Kos mungkin berbeza di setiap klinik.

Selain daripada itu kos gambar untuk visa RM12. Untuk orang lelaki rasanya tidak perlu membawa banyak pakaian, rasanya bawa seluar 2 helai, baju t-shirt berzip 2 helai, baju melayu 2 helai serta kain ihram sepasang pun dan mencukupi. Bagi wanita perlu membawa jubah dan tudung labuh hitam.

Berada di sana kita membeli jubah dengan harga 3 helai 50 riyal atau 1 helai 50 riyal. Ajaib nya berada di sana, pakaian yang kita pakai tidak berbau lansung selama berada di sana. Cuma kotor peluh sahaja.

In Shaa Allah bersambung...

3 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Pendek sangat ni, citer la lagi

عبده العمراوى berkata...




شركة كشف تسربات المياه فى الاحساء
رقم شركة كشف تسربات المياه بالاحساء


Susan berkata...

This was a really great contest and hopefully I can attend the next one. It was alot of fun and I really enjoyed myself.. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.