Selasa, 13 Januari 2009

Peristiwa Lucu Ketika Perhimpunan Pagi


Peristiwa ini berlaku ketika kami semua ( pelajar nurul iman ) menyanyikan lagu dalam perhimpunan pagi di Dataran Nurul Iman. Ketika itu setiap hari akan dilantik seorang pelajar untuk ke hadapan sebagai "kondakter" untuk setiap lagu yang dinyanyikan oleh semua pelajar. Mula2 lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan selepas itu barulah lagu Nurul Iman.

Tugas kondakter tersebut adalah untuk memimpin pelajar2 untuk menyanyikan ketiga-tiga lagu tersebut (seperti orang yang memimpin orkestra). Cuma dalam hati penulis masih terbayang-bayang bagaimana perkara tersebut berlaku, hati ini masih rasa nak ketawa dan lucu walaupun ianya dah lama berlaku ( ha3 ketawa dalam hati ).

Ceritanya begini, kami (pelajar lelaki) ingin sangat mendengar suara pelajar putri ketika menyanyi bersama-sama, jadi kami pun bersepakat bersama-sama merancang sesuatu... (he3). Sebelah malam kami semua berkumpul di surau atas (kini menjadi pejabat guru2) dan kebetulan pada waktu itu penulis yang akan menjadi kondakter untuk pagi esok. Kami semua telah berbincang dan mendapat idea untuk membuat isyarat tangan yang hanya difahami oleh kami sendiri...(he3)

Setelah semua isyarat2 itu difahami, kami pun berlatih sehinggalah betul2 faham dan menangkap apa sahaja (peka) isyarat yang diberi oleh kondakter melalui tangan. Setelah semuanya berpuas hati, maka kami pun tak sabar untuk melaksanakan misi kami pada pagi esok. Masing-masing dah bercakap sesama sendiri dan ada yang tergelak, ketawa dan macam2 lagi lagak masing2.

Esok pagi, kami semua bersiap seawal mungkin kerana tidak sabar untuk menjalankan rancangan dan selepas bersarapan kami terus beratur di dataran. Selalunya kami (pelajar lelaki) lambat datang untuk beratur tapi pada hari tu, kami pula yang awal. Semuanya dah stanby dekat dataran, jadi bila pelajar putri datang, dia orang jadi pelik kenapa pelajar lelaki hari ni semua dah ada, selalunya lambat jer...(kami beratur lelaki di depan dan perempuan di belakang) sebab tula lambat datang.

Mula kami semua dalam keadaan seperti biasa, menyanyikan lagu Negaraku. Penulis juga tak sabar untuk memulakan operasi, setelah selesai lagu tersebut penulis mula memberikan isyarat kepada pelajar lelaki ( yang bestnya diaorang ni semuanya spoting dan bekerjasama). Guru-guru juga tidak tahu rancangan kami ini. Penulis memberikan isyarat untuk menurunkan suara, diaorang ikut....Rancangan kami menjadi. Seterusnya isyarat untuk sebelah kanan diam, yg sebelah kiri jer yg nyanyi. Lepas tu tukar yg sebelah kanan pula yg nyanyi agar guru-guru tak sampai perasan plan kami ni.

Akhirnya sampailah pada lagu Nurul Iman. Kami mula menurunkan suara dan dari kiri ke kanan perlahan-lahan senyap dan tidak menyanyi tapi sekejap jer waktu tu. Rupa-rupanya selama ni barulah kami tahu yang pelajar putri ni juga tidak menyanyi, hanya beberapa orang je yang dengar suaranya. Mereka bergantung suara pada kami (pelajar lelaki) ketika menyanyi. Akhirnya rahsia mereka bocor apabila kami senyap seketika...

Setelah itu kami sambung balik nyanyian lagu Nurul Iman setelah mendapat isyarat daripada kondakter lagu. Dalam hati penulis masa tu nak ketawa je rasa sebab plan kami berjaya dan memerangkap pelajar putri yang tidak menyanyi bersama-sama dan untuk mendengar suara mereka. Kami semua pada masa tu dah senyum-senyum walaupun dalam keadaan menyanyi. Nasib baik guru-guru tak perasan sangat.

Begitulah ceritanya...hanya kami (pelajar lelaki) yang tahu rahsia ini selama bertahun sehinggalah penulis mencoretnya di dalam blog ini untuk tatapan semua...

Sekian. ha3..

Tiada ulasan: