Memaparkan catatan dengan label Kelebihan dan Fadhilat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelebihan dan Fadhilat. Papar semua catatan
Isnin, 6 November 2017
Khamis, 24 Oktober 2013
Kurma baik untuk wanita
Dalam Al-Quran pada surah Maryam ayat ke-25 ada menyebutkan bahawa Maryam memakan kurma ketika itu. Pada waktu tersebut Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa a.s. Berdasarkan pada ayat ini Allah memberitahu pada kita bahawa kurma itu baik untuk wanita yang sedang mengandung.
Kita semua pun sudah tahu kelebihan dan khasiat buah kurma, boleh baca di SINI lagi untuk lebih informasi. Salah satunya adalah walaupun kurma ini manis tetapi semut takkan dekat dengannya seperti gula.
Persoalan yang timbul adalah kurma yang bagaimana yang dimakan oleh Maryam ketika itu? Dalam ayat surah Maryam tersebut menyebutkan perkataan RUTOB. Maka kurma yang dimakan adalah kurma Rutob iaitu kurma yang segar dan separuh masak macam gambar dia atas.
Boleh rujuk surah Maryam di SINI. WALLAHUA'LAM...
Selasa, 6 November 2012
Aidilfitri dan Aidiladha
Perbezaan antara dua hari raya ini adalah :
1. Solat aidilfitri dilambatkan sedikit kerana ingin memberi peluang kepada sesiapa yang belum membayar zakat fitrahnya dan waktu tersebut yang paling afdhal.
2. Solat aidiladha diawalkan sedikit kerana ingin memberi peluang kepada orang yang melakukan ibadah korban agar cepat selesai kerana kerja-kerja menyembelih, melapah, memotong daging mengambil masa yang lama.
3. Membaca takbir raya di aidilfitri hanya sehari sahaja. Bermula dari malam raya sehingga masuk waktu maghrib keesokkannya.
4. Manakala membaca takbir raya di aidiladha berlansung sehingga 4 hari.
1. Solat aidilfitri dilambatkan sedikit kerana ingin memberi peluang kepada sesiapa yang belum membayar zakat fitrahnya dan waktu tersebut yang paling afdhal.
2. Solat aidiladha diawalkan sedikit kerana ingin memberi peluang kepada orang yang melakukan ibadah korban agar cepat selesai kerana kerja-kerja menyembelih, melapah, memotong daging mengambil masa yang lama.
3. Membaca takbir raya di aidilfitri hanya sehari sahaja. Bermula dari malam raya sehingga masuk waktu maghrib keesokkannya.
4. Manakala membaca takbir raya di aidiladha berlansung sehingga 4 hari.
Selasa, 17 April 2012
Sedikit tazkirah pagi...
4 tanda-tanda orang yang celaka :
1) Selalu menyebut-nyebut tentang kebaikan yang telah dilakukannya.
2) Melupakan dosa-dosa atau kesalahan yang dilakukannya.
3) Selalu memandang atau membandingkan orang di atasnya di dalam masalah keduniaan.
4) Selalu memandang atau membandingkan orang yang di bawahnya di dalam masalah agama atau akhirat.
3 perkara yang akan mengangkat darjat :
1) Selalu memberi salam
2) Suka memberi makanan kepada yang memerlukan
3) Sembahyang malam
Peringatan khusus buat penulis...
Isnin, 2 April 2012
Tahukah anda...?
7 hari kejadian alam...
- Sabtu = Tanah dijadikan
- Ahad = Gunung ditancapkan
- Isnin = Pohon ditumbuhkan (Elok untuk menanam pokok)
- Selasa = Bahan-bahan mineral dijadikan
- Rabu = Cahaya dijadikan
- Khamis = Binatang ditebarkan (Elok untuk menternak haiwan)
- Jumaat = Nabi Adam dijadikan
Hebatkan...? Subhanallah...
Jumaat, 30 Mac 2012
Tazkirah Jumaat : 15 orang yang tidak disukai iblis
Ada 15 orang yang tidak disukai oleh iblis iaitu :
- Nabi Muhammad s.a.w
- Pemerintah yang adil
- Orang kaya yang dermawan dan tawadhuk
- Peniaga yang jujur
- Orang alim yang khusyuk
- Orang beriman yang suka beri nasihat
- Orang beriman hatinya lembut
- Orang yang selalu bertaubat dan kekal dengan taubatnya
- Orang yang warak dan menjaga daripada benda yang haram
- Orang yang selalu dalam keadaan bersih dan suci
- Orang yang banyak sedekah
- Orang beriman dan berakhlak baik
- Orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain
- Orang yang menghafaz Al-Quran dan selalu membacanya
- Orang yang suka bangun tengah malam dan beribadah ketika orang sedang tidur
Semoga kita termasuk dalam salah satu yang ada dalam senarai ini, amin...
Jumaat, 23 Mac 2012
Tazkirah Jumaat : Kelebihan bersugi
- Membersihkan mulut
- Menguatkan gusi
- Mencegah pendarahan
- Menguatkan penglihatan
- Mencegah gigi berlubang
- Menyihatkan pencernaan
- Menjernihkan suara
- Membantu penghadaman makanan
- Melancarkan saluran pernafasan
- Menggiatkan bacaan zikir dan solat
- Menahan tidur
- Diredhai Allah
- Dikagumi oleh malaikat
Banyakkan kelebihan bersugi atau pun gosok gigi ni kan? Anda buat anda dapat... Terima kasih sudi membaca.
Jumaat, 16 Mac 2012
Tazkirah Jumaat : Pernah tak kita kira...?
Satu hari satu malam kita sholat sebanyak :
- 17 Rakaat
- 34 Sujud
- 94 Takbir
- 9 Tahyat
- 10 Salam
- 153 Tasbih
Maka jumlah rukun kesemuanya 126 rukun. Sumber : Panduan Fardhu Ain karangan Ustaz Haji Ismail Kamus.
Selasa, 7 Februari 2012
Himah kenapa dilarang minum berdiri?
Kenapa kita dilarang minum sambil berdiri? Salah satunya adalah dari hadis Nabi yang melarang kita minum sambil berdiri kecuali air zam-zam sahaja. Kenapa yer...? Boleh rujuk pada artikel ini. Klik di SINI.
Setelah dikaji dari segi sains perubatan, ketika kita minum sambil duduk satu lapisan penapis akan terbuka dan penapis tersebut akan menapis dahulu air yang kita minum sebelum sampai ke perut. Jika kita minum sambil berdiri penapis tersebut akan tertutup dan air yang terus ke perut kita. Buah pinggang kita pula mengambil tugas yang berat untuk menapis semula air yang kita minum tadi sebelum di hantar ke organ lain.
Kalau air zam-zam takpe minum sambil berdiri sebab ia adalah air yang terbaik di dunia dan berada di ranking No. 1 air terbaik di dunia. Molekulnya pun cantik, macam dalam gambar entri ni.
Setelah dikaji dari segi sains perubatan, ketika kita minum sambil duduk satu lapisan penapis akan terbuka dan penapis tersebut akan menapis dahulu air yang kita minum sebelum sampai ke perut. Jika kita minum sambil berdiri penapis tersebut akan tertutup dan air yang terus ke perut kita. Buah pinggang kita pula mengambil tugas yang berat untuk menapis semula air yang kita minum tadi sebelum di hantar ke organ lain.
Kalau air zam-zam takpe minum sambil berdiri sebab ia adalah air yang terbaik di dunia dan berada di ranking No. 1 air terbaik di dunia. Molekulnya pun cantik, macam dalam gambar entri ni.
Jumaat, 23 Disember 2011
Tazkirah Jumaat : Puasa 10 Muharram
![]() |
| Selamat Tahun Baru 2012 !! |
Nak tahu apa kelebihannya...? Bagi sesiapa yang dapat berpuasa pada 10 Muharram, pahala baginya adalah seperti berpuasa selama setahun. Hebatkan...? Mana lagi kita nak cari pahala macam ni dapat pahala puasa setahun. Kalau ikut kebiasaan, manalah kita mampu untuk berpuasa selama itu.
Ada satu kisah yang sangat menarik tentang 10 Muharram ini, boleh baca di SINI untuk mengetahuinya. Kalau buat perkiraan sendirilah, dapat puasa 6 pada bulan Syawal juga dapat pahala setahun, lepas tu dapat lagi puasa pada 10 Muharram. Dah dapat pahala puasa selama 2 tahun free je, seronokkan...?
Jumaat, 28 Oktober 2011
Tazkirah Jumaat : Pahala Free...
![]() |
| Pinjam dari : http://mianglalang.blogspot.com/2011/05/baitullah.html |
- Pertama kita lihat wajah ibubapa kita. Pandanglah dengan kasih sayang selalu sementara masa masih ada ni.
- Kedua kita lihat Al-Quran. Baca lagi bagus sebab satu huruf pun dah dapat pahala. Yaa sin... dah dua perkataan dapat.
- Ketiga kita lihat kaabah walaupun dalam gambar. (seperti di atas)
Jumaat, 21 Oktober 2011
Tazkirah Jumaat : Kelebihan berpuasa di Bulan Zulhijjah
| Pinjam dari : http://islamiyya.xtgem.com/tanda/pic10/pic10.htm |
Bukan bulan Ramadhan sahaja ada ganjaran bila kita berpuasa, tetapi bulan Zulhijjah juga ada kelebihannya. Cuma pada bulan ini kita dianjurkan berpuasa sunat dari 1 Zulhijjah sehinggan 9 Zulhijjah sahaja. Cuma sembilan hari sahaja kita berpuasa jika mampu. Jom kita tengok apa rahsia ganjaran puasanya :
- Diampunkan dosanya seperti Nabi Adam a.s
- Seperti beribadah setahun
- Dikabulkan doanya
- Menghilangkan kefakiran dan sifat hipokrit (munafik)
- Terlepas dari siksa kubur
- Allah memandangnya dengan pandangan kasih sayang
- Ditutup untuknya 30 pintu kesusahan dan dibuka 30 pintu kesenangan
- Hari ke-8 hanya Allah yang tahu berapa ganjarannya
- Diampunkan dosanya yang telah dilalui setahun dulu dan setahun yang akan datang.
Sumber : Semasa penulis belajar di Nurul Iman dari kitab hasil tulisan Imam Abu Laith As-Samarkhandi.
Langgan:
Catatan (Atom)









