Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2018

My First Umrah Part 5

Alhamdulillah, berada di Madinah kita akan di bawa ziarah ke ladang kurma, dekat sini memang rambang mata bagi suka membeli makanan sunnah. Selain itu kita akan di bawa ke satu-satunya taman yang hijau di tengah-tengah bandar Madinah, namanya Saqifah Bani Saidah. Taman ini adalah tempat di mana Khalifah Abu Bakar dilantik selepas wafatnya Rasulullah.

Kita juga akan dibawa ke pasar Madinah, di sini kita boleh tawar menawar dengan penjual. Sekitar Masjid Nabawi, ada masjid Abu Bakar, masjid Saidina Ali, masjid Ghamamah namun kesemua masjid ini tidak digunakan. Hanyalah tinggalan sejarah sahaja. Kita juga boleh ke perkuburan Baqi.

Sebelum pergi ke masjid Quba, pastikan kita berwudhuk terlebih dahulu kerana hadis Nabi berpesan untuk kita berwudhuk dan solat sunat di masjid ini pahalanya seperti kita mengerjakan umrah. Dekat sini banyak penjual jalanan seperti kurma, jubah, minyak wangi, tasbih, coklat yang harganya berpatutan.

Rasa kurma muda sangat rangup dan manis tapi sedikit kelat. Lebih kurang rasanya macam buah ciku, sekilo 10 riyal ada warna merah muda dan kuning.

Berada di Jabal Uhud, kita di bawa ziarah ke perkuburan para Syuhada. Paling jelas kubur Saidina Hamzah yang panjang, di sini kita boleh melihat dari jauh sahaja. Bukit tempat para pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah, kita boleh ke sana. Dari sana boleh lihat betapa lebarnya Jabal Uhud yang berwarna merah.

Sedikit tips, penjual di Madinah boleh sedikit berbahasa Melayu dan apabila kita nak beli kurma Ajwa, tanyalah di mana ia di tanam. Kalau di Madinah, kita sebut Wallahi? Kalau dia cakap Wallahi bermakna betul tanam di Madinah.

Khamis, 19 April 2018

My First Umrah Part 4

Antara tips untuk mendapat saf atau tempat yang terbaik untuk kita solat sama ada di Madinah atau Mekah adalah kita pergi ke masjid kalau boleh awal satu jam dari waktu solat. Waktu di Arab Saudi lambat 5 jam dari negara kita. Contoh kalau waktu Isyak di Mekah, waktu di Malaysia adalah dalam sekitar pukul 1 pagi. Kalau hari Jumaat, sebaiknya kita pergi lebih awal dalam dua jam sebelum solat Jumaat. Walaupun berada lama di masjid, kita takkan berasa lama.

Alhamdulillah, kami dibekalkan spray wudhuk jika terbatal namun sepanjang penulis berada di dalam masjid Mekah dan Madinah, Allah berikan kita tak terasa nak kentut. Cuma sekali je pada waktu subuh, perut memulas minta dibuang ketika baru sampai di masjid. Tandas di Mekah agak jauh berbanding di Madinah, tapi tandas di sana bersih cuma bila nak cebuk tu airnya agak suam-suam panas.

Ketika berada di sana kita banyak berjalan kaki dan ustaz yang menjadi mutawif dah pesan supaya bawa multivitamin untuk badan kita. Dekat farmasi kita ada jual, multivitamin warna coklat namanya pharmaton, harga RM1 untuk sebiji. Bagi orang yang suka shopping, Madinah adalah tempat terbaik untuk kita berbelanja kerana di sana lebih murah berbanding di Mekah dan boleh tawar menawar. Harga kurma Ajwaf gred A sekilo 50 riyal di Madinah.

Tempat untuk wanita solat memang dikhaskan di Madinah bagi memudahkan mereka solat dan ada waktu tertentu untuk masuk ke Raudhah bagi wanita. Biasanya setiap travel akan menyediakan seorang ustazah untuk menjadi mutawif yang membawa jemaah wanita masuk ke Raudhah. Jemaah akan berada di Madinah selama 3 hari sebelum bertolak ke Mekah kalau turun di Madinah dahulu. Alhamdulillah, mak saudara penulis ada rezekinya dapat masuk ke Raudhah walaupun bersesak,

Sedikit tips untuk jemaah lelaki jika ingin masuk ke Raudhah, jika mampu pergilah ke masjid dalam pukul 2 pagi kerana pada waktu itu hanya pintu no.21 sahaja yang dibuka dan pintu ini laluannya terus menuju ke Raudhah. Pada waktu ini kita akan melihat manusia akan berlari selaju-lajunya untuk masuk ke Raudhah, satu-satunya taman Syurga yang ada di dunia ini.

Rabu, 18 April 2018

My First Umrah Part 3

Alhamdulillah, ketika menjejakkan kaki di bumi Madinah, kami disambut baik oleh pihak Juara dan petugas mereka banyak membantu. Ustaz yang menjadi mutawif jemaah kami juga amat menjaga waktu solat ketika dalam kapal terbang. Kami diajar untuk berwuduk menggunakan spray dan juga cara bertayamum di dalam kapal terbang.

Berada di Madinah suasana yang penulis rasa begitu tenang dan rasa tak sabar untuk menziarahi Rasulullah. Di dalam perjalanan ustaz banyak memberi maklumat dan bercerita tentang sejarah di Madinah. Rasa rindu untuk menziarahi Rasulullah amat mendalam ketika nampak masjid Nabawi. Kelihatan kubah hijau dari jauh...

Alhamdulillah, hotel kami dengan masjid Nabawi tidaklah berapa jauh dalam 150 meter sahaja. Setelah check in hotel, ustaz terus membawa kami menziarahi masjid Nabawi dan solat di sana. Saat melihat masjid Nabawi di depan mata, terasa takjub dan indahnya. Selama ini kita hanya mampu melihat di tv sahaja.

Kami masuk melalui pintu pagar no. 15 dan ustaz memberi petunjuk di pintu masjid no. 18 untuk berkumpul sekiranya terpisah dari jemaah buat kali pertama. Alhamdulillah, kami semua tetap bersama dan selesai solat, ustaz terus membawa kami untuk menziarahi makam Rasulullah melalui pintu Babus Salam no.1, melalui pintu tersebut kami nampak kawasan Raudhah dan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Suasana berada di makam Rasulullah, manusia begitu ramai namun ada laluan untuk kami semua kesana. Setelah memberi salam kepada Rasulullah, kami terus bersiap untuk solat Asar dan alhamdulillah kami dapat bersolat di belakang kawasan makam Rasulullah. Berada di dalam masjid Nabawi begitu tenang dan damai. Walaupun dalam keadaan penat kerana baharu sampai, tapi kami berasa tenang. Berada di masjid Nabawi, kita tidak risau kerana boleh memilih di mana tempat untuk solat.

In Shaa Allah, bersambung...

Sedikit tips, untuk wanita digalakkan memakai jubah dan tudung hitam ketika hendak masuk ke Raudhah, kerana waktu untuk wanita masuk ke sana adalah terhad.

Selasa, 17 April 2018

My First Umrah ( Part 2 )

Alhamdulillah rezeki penulis dapat tajaan dari mak saudara disebabkan beliau tidak mempunyai mahram. Penulis pergi umrah melalui Juara Travel dan memang rezeki dengan syarikat ini di saat akhir. Setelah berserah dengan Allah SWT di mana penulis telah bertanya dengan semua travel yang popular dan semuanya telah penuh koutanya.

Harga umrah ketika musim cuti sekolah agak mahal berbanding hari biasa. Musim bulan Ramadhan juga sama. Perancangan  dan jadual perjalanan Juara Travel membawa jemaah teratur dan kemas, hampir semua jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan nya.

Selain dari pakaian, ubat-ubatan seperti Panadol, ubat batuk, ubat selsema, minyak angin, losyen dan pelembab bibir sebaiknya kita beli dan bawa dari Malaysia sahaja kerana harga ubat di sana agak mahal. Cermin mata hitam digalakkan untuk dibawa kerana cuaca di sana menyebabkan mata kita menjadi silau. Semua barangan ini dibenarkan untuk dibawa naik dalam kapal terbang dalam kuantiti yang sedikit.

Tentang charger telefon jangan risau, setiap kerusi dalam kapal terbang dan bas di sana memang ada plug untuk kita cas. Rasanya kalau tak bawa Powerbank pun takpe. Plug charging USB pun ada. Di dalam kapal terbang setiap seorang ada skrin untuk kita menonton filem atau pun melihat panorama dari kamera luar kapal terbang.

Setiap checkpoint, sebaiknya kita mengikut apa sahaja arahan petugas dan jangan risau pegawai Arab yang bertugas ada yang boleh berbahasa Melayu. Apabila melihat orang Malaysia, mereka sangat mudah berurusan dan jangan lupa berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan.

Sedikit tips, nak bawa balik air Zamzam hendaklah kita isi dalam botol yang kecil dan botol tersebut kita balut dengan salotape dan gulung dalam baju. In Shaa Allah lepas...

Bersambung part 3

My First Umrah

Alhamdullillah... Memang rezeki kita kalau dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu nya, In Shaa Allah urusan kita akan dipermudahkan. Penulis memang tidak ada pengalaman tetapi In Shaa Allah akan berkongsi serba sedikit untuk tatapan semua.

Permulaan sebelum kita ke sana adalah persediaan kita seperti pasport. Alhamdulillah urusan pasport sekarang cukup cepat dan siap dalam masa sehari sahaja. Kosnya adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun. Kita cuma bawa diri dan duit sahaja, gambar akan diambil di sana.

Kos untuk vaksin untuk umrah adalah RM140, kalau haji adalah percuma ditanggung oleh kerajaan. Tempoh vaksin adalah 5 tahun dimana mana klinik swasta. Kos mungkin berbeza di setiap klinik.

Selain daripada itu kos gambar untuk visa RM12. Untuk orang lelaki rasanya tidak perlu membawa banyak pakaian, rasanya bawa seluar 2 helai, baju t-shirt berzip 2 helai, baju melayu 2 helai serta kain ihram sepasang pun dan mencukupi. Bagi wanita perlu membawa jubah dan tudung labuh hitam.

Berada di sana kita membeli jubah dengan harga 3 helai 50 riyal atau 1 helai 50 riyal. Ajaib nya berada di sana, pakaian yang kita pakai tidak berbau lansung selama berada di sana. Cuma kotor peluh sahaja.

In Shaa Allah bersambung...

Rabu, 29 November 2017

Sedikit pencerahan Pitiscoin

Apakah Pitiscoin?
Pitiscoin adalah token digital yang dihasilkan oleh Kodinar Berhad. Ianya boleh dimiliki dengan harga serendah RM50. Ia boleh digunakan untuk sistem jual beli ataupun simpanan.

Dimana Pitiscoin disimpan?
Pitiscoin boleh disimpan seperti kita menyimpan duit di dalam Maybank2u, CimbClicks, i rakyat dll. Cuma Pitiscoin ni kita simpan di E-wallet yang dinamakan kodinar berhad wallet (KBW).

Dimana direkodkan?
Setiap transaksi yang dilakukan akan direkodkan dalam sistem Blockchain. Blockchain adalah sistem yang sangat telus dan tidak boleh diubah setelah dilakukan. Sistem Blockchain juga boleh digunakan untuk pilihanraya.

Apakah miner?
Miner adalah super komputer yang digunakan untuk mengesahkan setiap transaksi yang berlaku antara penghantar dan penerima. Setiap transaksi yang berjaya dikenakan upah (fee) dan fee tersebut diserahkan kepada pemiliknya. Seperti sistem MEPS, setiap transaksi akan dicas apabila pengguna menggunakan nya.

Adakah Pitiscoin Halal?
Kita mendapatkannya dengan cara jual beli kerana ia mempunyai harga. Seperti emas, untuk ada emas, kita boleh membelinya. Cuma dengan harga RM50 kita mungkin dapat emas yang sedikit berbanding Pitiscoin. Di dalam Al-Quran ada menyebut bahawa jual beli dihalalkan dan riba diharamkan.

Dimana boleh dilihat?
Pitiscoin boleh dilihat melalui smartphone ataupun komputer melalui laman web kodinar berhad. Seperti kita melihat baki kredit prepaid telefon kerana ia berbentuk digital. Klik di sini Pitiscoin

Isnin, 13 November 2017

How to use Start Miner

Macam mana nak guna Start Miner ni? Pertama kita kena ada adress Bitcoin. Mana nak dapat adress Bitcoin ni? Caranya senang sahaja.

Kita kena dapatkan app Luno dan boleh download di playstore, ianya adalah percuma! Di dalam Luno, kita copy adress Bitcoin dekat bahagian receive.

Setelah dapat adress Bitcoin tadi, kita masuk laman web Start Miner dan paste kan di ruang yang telah disediakan dan tekan je start mining. Dah siap...

Kita boleh cek hasilnya daripada 0.0000000 akan naik sedikit demi sedikit. Untuk lebih cepat, kita boleh share link kita pada bahagian account dekat mana-mana laman sosial.

Selamat mencuba!

Selasa, 24 Oktober 2017

Halal ke Pitiscoin ni?

Soalan pertama yang saya terfikir bila join Pitiscoin ni. Setelah membuat beberapa kaji selidik dan Google, kesimpulan yang boleh saya beri adalah HALAL (ini pendapat saya sendiri). Jadi terpulang pada masing-masing untuk terima atau tidak.

Kita balik pada asas, biasa untuk memiliki sesuatu kita mestilah membelinya dan ini menggunakan duit. Dalam Islam kita dihalalkan untuk berjual beli dan diharamkan riba. Jadi untuk memiliki Pitiscioin ni kita kenalah membelinya dan ianya ada HARGA. Jika sesuatu barang tu tidak ada harga, barulah dikira meragukan ataupun GHARAR.

Selagi ia tidak melibatkan unsur PENIPUAN, PERJUDIAN dan RIBA maka ia adalah HALAL dan kita mendapatkan Pitiscoin ni dengan cara membelinya. Jadi sedikit sebanyak dapat menjernihkan apa yang tidak jelas sebelum ini.

Dari mana datangnya Pitiscoin ni?

Sebenarnya Pitiscoin ini adalah inovasi yang dicipta oleh Kodinar Berhad menggunakan Sistem Super Computer dan menghasilkan token digital. Token tersebut juga dapat disimpan di dalam wallet digital yang dinamakan KBW (Kodinar Berhad Wallet) yang mempunyai sistem yang terkini iaitu Blockchain.

Sekarang kita dah jelas dari mana datangnya Pitiscoin ni dan ianya adalah Halal kerana melibatkan proses jual beli serta mempunyai harga. Memilikinya adalah mubah kerana ianya seperti kita memiliki kredit topup prepaid. Di mana nak mendapatkan Pitiscoin?

Boleh layari kodinarberhad.com

Isnin, 23 Oktober 2017

Apa Pitiscoin ni?

Apabila ada yang bertanya, apa pitiscoin ni? Saya akan menjawab ia adalah token digital yang dicipta oleh orang kita. Ianya digunakan untuk sistem kewangan secara online.
Adakah Pitiscoin ni selamat? Jawab saya adalah YA! Kerana ianya menggunakan sistem blockchain. Boleh Google apa dia sistem blockchain ni.
Pitiscoin adalah salah satu produk yang dihasilkan oleh kodinar berhad selain dari kodinar berhad wallet (KBW) dan ladang digital rakyat 1 Malaysia (LADR1M).
Untuk lebih mudah faham apa dia token digital ni (Pitiscoin) cuba kita lihat satu produk yang kita guna sekarang iaitu Topup prepaid. Biasa kita akan guna topup ni untuk prepaid yang kita guna contohnya ONEXOX.
Walaupun kita tak dapat tengok nilai fizikal dia tetapi kita tahu dia ada apabila check balance dan kita tahu dia adalah nilai. Inilah namanya digital value dan inilah persamaan pitiscoin kerana ia Digital money.
Kita boleh check Pitiscoin ni melalui telefon sahaja! Sekarang nilai Pitiscoin masih rendah dan mampu dimiliki. Jadikan ia simpanan masa hadapan kita! Kerana sedikit masa lagi dia akan naik dan naik...
Sila layari kodinarberhad.com

Sistem Kewangan Terkini

Sekarang kita menuju era digital, dari manual kepada komputer dan sekarang kita ke smart phone. Ini juga berlaku kepada sistem kewangan juga kepada sistem digital ataupun online.
Dahulu kita menggunakan duit kertas untuk pembayaran dan sekarang kita masih juga menggunakan nya. Tapi sekarang kita telah diperkenalkan dengan sistem online.
Kita membuat pembayaran menggunakan sistem online dan paling popular adalah Lazada, Zalora dll. Walaupun duit tu kita tak nampak fizikal dia tetapi kita tahu dia ada dan bernilai.
Terkini kita dikejutkan dengan satu nama iaitu Bitcoin. Apa dia Bitcoin ni?
Bitcoin adalah duit digital pertama dicipta pada tahun 2007 dan mula digunakan pada tahun 2009. Pada tahun 2009 ia berharga satu unit 0.05 sen usd.
Tahun demi tahun ia mula meningkat naik dan terkini bulan 10 tahun 2017 ianya telah mencecah RM24k!! Untuk satu unit. Sekarang Bitcoin telah diterima seluruh dunia sebagai salah satu currency.
Selepas Bitcoin, akhirnya banyak lahir coin-coin terbaharu dan salah satunya adalah coin pertama Asia yang dicipta di negara kita adalah Pitiscoin!
Pitiscoin telah dilancarkan pada 1 Oktober 2017 dengan harga 0.25sen usd, kalau ditukar mengikut RM lebih kurang RM1. Ianya 100 peratus ciptaan anak tempatan kita sama seperti Bitcoin.
Dimana kita nak dapatkan Pitiscoin ni? Sila layari kodinarberhad.com untuk keterangan lanjut. Terima kasih kepada yang sudi membaca...

Ahad, 22 Oktober 2017

Jom ber Pitiscoin

ok now mcmn cara utk kita tambah pitiscoin kita  :

1. beli tambah laaa...hehehe

2. kalau kita ada sebarang produk, kita boleh jual dan terima digital blockchain token pitiscoin sebagai bayaran..pamer jer logo "pitiscoin accepted" share kat sini dan kita akan blastkan ke semua grup network kita..

3. promo kodinar blockchain wallet dan anda akan di bayar 0.1% dr setiap crypto yg dibeli melalui KBW - cth = seseorang yg daftar wallet KBW menggunakan referral email anda beli btc r eth r xrp maka anda akan d bayar komisyen atas belian tersebut - kalau seseorang beli RM1000 mana2 crypto dlm KBW anda akan d bayar RM10 dlm pitiscoin

4. setiap belian pitiscoin melalui KBW yg d buka menggunakan referral email anda maka sekali lagi anda akan di beri komisyen seperti berikut :

3 % jumlah pitis yg dia beli bg akaun yg menggunakan referral email anda - cth : belian 10k pts anda dapat 300 pts

2% jumlah pitis yg kawan kepada kawan anda beli

1% jumlah pitis yg kawan kepada kawan kepada kawan anda beli..

inilah reward yg kita dapat yg boleh tambahkan jumlah pitiscoin kita..

nilai RM bagi setiap pitiscoin yg kita terima adalah bergantung kepada nilai pitiscoin semasa..kalau masa tu nilai pitiscoin 1 usd maka nilai komisyen anda pun mantapppp lahhh..

💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻😋😋😋😋😋💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰

Sabtu, 21 Oktober 2017

Why Pitiscoin?

semakin ramai orang yg faham dan teruja dgn crypto currencies dan mula mengenal bitcoin, ada yg kenal bitcoin tanpa faham tentang blockchain ada yg paham blockchain dan ekosistem blockchain..

apa pun tahniah kerana sudah mula memahami potensi dan masa depan blockchain terutamanya crypto currency..anda kini sudah 1000 langkah kehadapan..

now soalan skrg ni..kenapa pitiscoin???

1. pitiscoin adalah ciptaan anak Malaysia -bukti bahawa anak Malaysia juga mampu mencipta dan membangunkan teknologi blockchain sendiri!! setanding teknologi mat salleh..malah lebih baik lagi.. 💪🏻💪🏻💪🏻
- jadi kalau bukan saya yang menyokong ciptaan anak Malaysia siapa lagi?? kalau bukan sekarang? bila lagi..???

2. pitiscoin d bangunkan dgn mengambilkira semua ekosistem blockchain, bermula drpd whitepaper, ICO, project, token, wallet, - now kini fasa selepas ICO, exchanger dan komuniti semua sudah tersedia!!! 🔥🔥🔥🔥

3. pitiscoin berpotensi besarrr sebagaimana hasrat dan tujuan pitiscoin dicipta- mengembalikan kegemilangan pitis yg pernah menjadi matawang nusantara (seperti euro d eropah) now dlm bentuk digital blockchain (yg terulung) bagi menjamin keselamatan transaksi - dan usaha2 kerjasama dan promosi peringkat Asia Tenggara sedang giat dbangunkan oleh pembangun teknologi ini iaitu kodinar - ini terserlah bilamana pitiscoin berani d dagangkan dlm open market d exchanger pertama  yg urusniagakan pitiscoin iaitu C-CEX pada harga Usd13.5 pada hari pertama selepas tempoh ICO yang jauh melangkaui sasaran iaitu sebanyak usd0.25 sahaja - dan sekarang berlegar d sekita harga usd0.3 -0.7 selepas hampir 3 minggu sahaja d urusniagakan d pasaran terbuka..!!💰💰💰💰💰💰

4. harga pitiscoin masih muuurahhhh...WAJIB BELI SEKARANG!!!!!!
contoh perkiraan :
- bulan 2 saya beli 1 btc RM4200 selepas 4 bulan naik nilai kepada RM19k = saya untung RM14,800
- bulan 2 saya beli ethereum  RM50 x 55 = RM2750 selepas 4 bulan yg sama saya dia naik nilai RM1850 saya untung RM148,500!!!!
= sy belanja hanya separuh dr nilai 1 btc tapi sy berjaya buat untung RM148,500 berbanding dgn hanya RM14,800 kerana hanya memiliki 1btc 😬😱

maka skrg ni jika saya belanja RM3k /RM3 usd0.7 (lebih kurang harga pts skrg ni) =1000 pitis
- maka jika 1 pitis berjaya naik ke harga 1 usd maka sy untung usd0.3 (RM1.20) saya akan untung bersih RM1200
- kalau saya ada 10k pitis maka saya akan untung bersih RM12k
kalau saya ada 100k pitis saya akan untung bersih RM120k

kalau harga naik 2 usd?????????? 😋😋😋😍😍😍💰💰💰💰💰💰💰

#blockchain #cryptocurrency #pitiscoin #madeinmalaysia #sayamestisokong!!!!

Kredit : kodinar berhad

KELEBIHAN PITISCOIN

Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh PITISCOIN:

a) Cepat dan pantas

Transaksi PITISCOIN adalah cepat dan pantas kerana ia mengambil masa hanya 10 minit untuk wang itu tiba di wallet penerima. (Untuk pengetahuan anda, masa 10 minit itu diperlukan untuk transaksi tersebut disahkan oleh para miner.) Ya, itulah masa yang diperlukan untuk PITISCOIN tiba di wallet penerima walaupun dia berada di Eropah, Amerika Selatan dan malah di penghujung dunia sekali pun! Jika tempat itu mempunyai internet, transaksi PITISCOIN boleh berlaku.

Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk menghantar atau menerima PITISCOIN. Malah anda tak perlu membawa kad pengenalan, pasport, surat beranak atau surat daripada penghulu! Dan sudah tentunya anda tak perlu hadir dimana-mana pejabat untuk melakukan transaksi PITISCOIN

KELEBIHAN BITCOIN

b) Kos yang rendah

Transaksi PITISCOIN juga murah jika dibandingkan dengan transaksi matawang kertas fi yang dikenakan oleh pihak syarikat adalah rendah jika dibandingkan dengan fi yang dikenakan oleh bank dan institusi kewangan.

Kos menghantar PITISCOIN ke luar negara juga adalah jauh lebih rendah kerana anda tidak dihentam dengan kadar pertukaran matawang yang tinggi seperti yang berlaku sekarang.

KELEBIHAN PITISCOIN

c) Selamat

PITIScoin dikunci dalam sistem kriptografi awam yang amat canggih. Dan sistem kriptografi yang canggih ini menjadikannya mustahil untuk sesiapa membolos skema sistem ini.

Penghantaran PITISCOIN pula hanya boleh dilakukan oleh pemilik private key. Tidak ada orang lain yang boleh melakukannya.

Ini bermakna tahap sekuriti PITISCOIN adalah amat tinggi dan ini menjadikannya selamat.

‬ KELEBIHAN PITISCOIN

d) Tak ada chargeback

Peniaga juga gembira menerima PITISCOIN kerana konsep chargeback atau pulangan wang tidak wujud dalam PITISCOIN. Selepas pembelian berlaku, sipembeli tidak boleh membatalkan transaksi atau menuntut wangnya kembali sepertimana yang berlaku dalam pembelian kad kredit sekarang.

Ini tidak bermakna bisnes tidak boleh menawarkan ‘money back guarantee’ dalam PITISCOIN. Mereka masih boleh menawarkan konsep ini. Tetapi sekarang semuanya dalam tangan sipenjual.

Jika mereka menawarkan konsep ini, mereka boleh memulangkan PITISCOIN tersebut kepada sipembeli jika perlu.

‬ KELEBIHAN PITISCOIN

e) Tak ada cukai

Apabila anda membuat pembelian menggunakan matawang kertas dikebanyakkan negara, anda akan dikenakan cukai. Ini termasuklah cukai perkhidmatan dan cukai GST.

Bagaimanapun, cukai tidak wujud dalam dunia bitcoin! Ya, tak ada cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai GST dalam PITISCOIN.

Ini sudah tentu satu keuntungan kepada pengguna kerana mereka membayar harga yang lebih rendah apabila mereka menggunakan PITISCOIN

KELEBIHAN PITISCOIN

f) Telus

Sistem kewangan yang wujud dalam dunia sekarang menggunakan sistem lejar yang tertutup. Maklumat yang direkodkan disembunyikan untuk tujuan sekuriti. Malangnya sistem ini mengundang penyelewengan dan penipuan. Kita tak tahu sama ada semua transaksi direkodkan. Maklumat juga boleh diedit, diubah serta dimanipulasi. Oleh kerana itu, banyak penipuan dan salahlaku yang berlaku. Dan penipuan ini bukan saja dilakukan oleh pekerja tetapi malah oleh pemimpin, peneraju syarikat dan ahli majlis teringgi sekali!

Operasi PITISCOIN yang menggunakan sistem blockchain yang merupakan lejar yang telus dan terbuka sudah tentu lebih baik daripada sistem lejar yang tertutup. Semua transaksi direkodkan dan perlu diluluskan sebelum boleh ditambah dalam sistem blockchain. Dan transaksi serta kelulusan ini dilakukan oleh ribuan manusia dan komputer! Rekod transaksi ini juga kekal buat selamanya dan boleh diperiksa oleh sesiapa saja yang berminat.

Jika sistem telus sebegini dipraktikkan dalam sistem kewangan dunia sekarang, saya rasa lebih 50 peratus daripada insiden pecah amanah dan penipuan tidak akan berlaku.

KELEBIHAN PITISCOIN

g) Tahap privasi

Dalam masa yang sama, walaupun semua transaksi PITISCOIN direkodkan dalam lejar blockchain dan boleh dilihat oleh semua mata, identiti mereka yang melakukan transaksi tersebut – penghantar dan penerimanya – adalah tersembunyi. Jika mereka tidak memberitahu pihak ketiga, tidak ada siapa yang akan tahu identiti mereka.

Jadi ini bermakna tahap privasi dalam PITISCOIN adalah amat tinggi.

Informasi pengguna PITISCOIN juga tidak boleh dijual atau dicuri sepertimana yang berlaku sekarang. Jika anda tak tahu, banyak bisnes termasuklah institusi kewangan menjual data anda kepada pihak yang berminat. Tetapi oleh kerana identiti pengguna PITISCOIN adalah tersembunyi, bisnes tidak boleh menjual identiti anda.

BUATAN ANAK MALAYSIA DIPERSADA DUNIA!!

Kredit : kodinar berhad

LADR1M

Kepada yg bertanya apa itu LADR1M, apa itu Kodinar Blockchain, apa itu Pitis Coin.
boleh baca info2 di www.kodinarberhad.com

LADR1M adalah LADANG DIGITAL RAKYAT 1MALAYSIA

Ladang digital yg diusahakan oleh Kodinar Berhad di mana mereka membina super komputer berteknologi dan ditempatkan di dalam premis yg bersekuriti tinggi.

Super Komputer tersebut berperanan untuk menyelesaikan masalah matematik dalam penghasilan Crypto dan mampu menghasilkan pelbagai token digital seperti BTC, ETH, ZCash dll lagi.

Aktiviti perladangan digital ini dicipta berlandaskan teknologi Blockchain sebenar dan dibina oleh pasukan jurutera Kodinar Berhad sendiri yg terdiri daripada anak2 malaysia. Kepakaran mereka adalah setanding dengan kepakaran luar negara.

Kodinar Berhad melalui Pertubuhan Crypto Republik (Pertubuhan berdaftar yg berperanan menyebar ilmu matawang biasa dan digital) telah menawarkan kepada rakyat Malaysia yg mahu terlibat sama untuk menerokai potensi ekonomi digital melalui teknologi Blockchainnya seperti membuka wallet digital Blockchain pelbagai crypto pertama Malaysia iaitu Kodinar Blockchain Wallet (KBW), menyewa kelengkapan perladangan digital dalam LADR1M atau memiliki aset token digital pada harga mampu milik Pitis Coin (PTS) dan bersama sama menyokong hasil inovasi buatan anak tempatan Malaysia ini.

Kodinar Berhad adalah koperasi pertama di dunia menggunakan Blockchain sebagai asas dalam aktiviti perniagaannya dan sudah pun memiliki ladang digital sendiri bernilai lebih RM5 juta pada masa sekarang dan sedang giat membina Ladang Digital Meganya pula yg bernilai lebih RM100 juta yg dijangka akan siap sepenuhnya dan dapat memulakan operasi pada bulan November nanti.

Anda boleh menyokong dan terlibat sama di dalam inovasi teknologi buatan tempatan ini dengan melayari www.pitiscoin.com

Sapa kata buatan Malaysia tak 👍👍👍👍

cuba dulu baru tahu
🌟🌟🌟🌟🌟

terima kasih.

PITIS COIN : MENGHUBUNGKAN TEKNOLOGI MASA DEPAN

Haji Mohd Razaimie Hj Abd Rahim
9 September 2017
Kuala Lumpur

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Kodinar Berhad (www.kodinarberhad.com) telah memperkenalkan sesuatu yang istimewa buat rakyat Malaysia khasnya dan warga rantau nusantara amnya. Ramai yang pernah bertanya sama ada projek ICO Malaysia yang benar-benar 100% buatan Malaysia ada di lancarkan?

Kodinar Berhad melalui kajian dan pembangunan teknologinya telah berjaya menghasilkan produk-produk berteraskan blockchain, 100% dibangunkan sendiri oleh Kodinar Berhad.

Dalam perjuangan memperkenalkan teknologi blockchain di Malaysia, Kodinar Berhad telah melancarkan projek ICO buatan Malaysia, iaitu Pitis Coin pada 1 September 2017 di https://www.pitiscoin.com

Sejarah Pitis : matawang pilihan di laluan perdagangan Selat Melaka

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang ICO ini, kita harus mengetahui sejarah pemilihan nama Pitis Coin sebagai aset digital kripto pertama Kodinar Berhad. Nama Pitis mempunyai makna dan sejarahnya yang tersendiri di nusantara.

Bagi mereka yang belum pernah mendengar tentangnya, Pitis adalah sejenis matawang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu dahulukala. Negeri Melaka di bawah naungan Sultan Muzaffar Shah, pemerintah ke-5 Kesultanan Melayu Melaka, dicatatkan sebagai negeri pertama yang menggunakan sistem wang syiling di dalam perdagangan dan transaksi jual belinya di Tanah Melayu.

Sebelum itu, kebanyakkan saudagar yang berdagang di Tanah Melayu menggunakan emas urai, perak dan timah jongkong sebagai duit. Manakala di pasar, rakyat jelata masih lagi menggunakan siput gerus, beras dan biji saga sebagai alat untuk melakukan transaksi dalam sistem barter. Pada tahun 1445, duit syiling pertama telah dibentuk menggunakan kepingan timah yang dikenali sebagai Pitis atau Caxas atau Cashas.

Matawang yang dicipta ini mula digunakan seiring dengan emas dan perak dari Kesultanan Melayu Melaka dan ianya kemudian berkembang sehingga ke Kesultanan Melayu Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pitis di negeri-negeri tersebut lebih kepada matawang berunsur tumbuhan dan dapat dilihat dalam bentuk pokok Pitis.

Lama-kelamaan matawang Pitis dijadikan pilihan dalam perdagangan di sepanjang Selat Melaka sehingga penggunaan Pitis tersebar ke wilayah Palembang, Sumatera, Indonesia. Pitis muncul di Palembang semasa awal pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam pada tahun 1659.

Matawang Pitis banyak digunakan dalam sistem perdagangan, percukaian dan ekonomi di tanah Melayu dan nusantara sehingga menjadi matawang utama ketika zaman itu. Sejarah penggunaan Pitis ada direkodkan di dalam sejarah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.

^Pitis Coin menyambung legasi matawang silam Nusantara ke dunia digital masa hadapan^

Apakah kaitan sejarah matawang Pitis dengan projek ICO Pitis Coin ini?

Sebelum itu, sedikit latar belakang tentang penciptaan Pitis Coin, ianya adalah nama bagi aset digital kripto pertama yang dikeluarkan oleh sebuah koperasi berdaftar di Malaysia, Kodinar Berhad.

Matlamat utama Kodinar Berhad adalah untuk menggunakan teknologi blockchain dan mencipta aplikasi serta produk yang berinovasi tinggi untuk kegunaan komunitinya dan pengguna awam yang lain. Penciptaan produk berteraskan teknologi blockchain ini bakal menjadikan Kodinar Berhad sebagai peneraju teknologi blockchain di Malaysia.

Pitis Coin dicipta menggunakan teknologi blockchain 2.0 Ethereum ERC 20 dan boleh disemak kesahihannya di dalam lejer blockchain Etherscan.io . Pitis Coin adalah aset digital kripto yang mempunyai matlamat serupa dengan aset digital kripto Bitcoin (BTC). Melalui penggunaan Pitis Coin, pengguna tidak perlu melalui pihak ketiga untuk menguruskan transaksi mereka. Konsep disentralisasi, teragih dan Peer-To-Peer di dalam teknologi blockchain adalah menjadi teras penciptaan Pitis Coin.

Kodinar Berhad ingin menjadikan Pitis Coin sebagai aset digital kripto pilihan utama di Malaysia dan digunakan juga oleh negara-negara di Asia Tenggara khasnya serta di seluruh dunia amnya. Pada masa sekarang Pitis coin boleh di simpan di dalam Kodinar Blockchain Wallet(KBW) milik Kodinar Berhad dan juga di MyEtherWallet(MEW) milik Ethereum.

Pitis Coin bakal dimasukkan ke dalam senarai Coin Market Capitalization pada bila-bila masa selepas dilancarkan pada 1 Oktober 2017 nanti.

Apakah Pitis Coin mampu meneruskan kecemerlangan legasi Pitis dahulukala? Mungkinkah sejarah Pitis akan berulang kembali?

^Nilai Pitis Coin bersandarkan projek yang menguntungkan^

Merujuk whitepaper Pitis Coin, objektif utama Kodinar Berhad adalah untuk mencipta satu aset digital kripto baru yang bukan sahaja mempunyai fungsi-fungsi tertentu, tetapi juga mampu memberikan nilai kepada penggunanya.

Kebanyakan projek ICO mencipta aset digital kripto mereka untuk mempunyai fungsi tertentu, seperti Ether yang digunakan sebagai ‘minyak’ di Ethereum atau Ripple yang digunakan untuk transaksi antara bank berlaku dengan pantas.

Bagi Pitis Coin pula, fungsi utamanya adalah sebagai kaedah bayaran yang sama seperti BTC, tetapi transaksinya berlaku dengan lebih pantas berbanding BTC.

Apa yang membuatkan ia berbeza dengan aset digital kripto lain adalah pemegang Pitis Coin bukan sahaja boleh menyimpan dan membelanjakan Pitis Coin yang dimilikinya, tetapi juga boleh memperolehi keuntungan daripada Pitis Coin walau tidak digunakan.

Ini adalah kerana Pitis Coin dicipta khas oleh Kodinar Berhad untuk membantu di dalam merealisasikan pembinaan projek-projek berteraskan Blockchain oleh Kodinar Berhad. Kejayaan projek-projek tersebut bakal menjadi tanda aras dalam menentukan kestabilan dan peningkatan nilai Pitis Coin dalam pasaran terbuka.

Justeru, pembeli, penyimpan dan pengguna aset digital kripto Pitis Coin adalah berpotensi mendapat keuntungan berganda apabila membeli Pitis Coin semasa tawaran ICOnya berlangsung (1.9.2017-30.9.2017).

Penciptaan Pitis Coin adalah berpandukan matlamat yang telah digariskan dalam Plan Perancangan Strategik Organisasi (PPSO) 2017 - 2021 Kodinar Berhad.

Terdapat 3 matlamat utama yang mahu dicapai seiring dengan penawaran aset digital kripto Pitis Coin milik Kodinar Berhad untuk pegangan orang awam. Hasil penawaran ICO Pitis Coin akan digunakan untuk membangunkan projek-projek seperti di bawah:

1. Melakukan kajian dan pembangunan Teknologi Blockchain berterusan Kodinar Berhad.

Kodinar Berhad telah menggariskan 3 projek khusus dalam pembangunan sistemblockchainnya:

(i) Teknologi Kodinar BlockchainWallet (KBW) iaitu projek penciptaan wallet digital blockchainyang memiliki berbilang aset digital kripto di dalamnya dan 100% dibangunkan oleh kepakaran tempatan, serta ditawarkan secara percuma kepada ahli dan masyarakat seluruh dunia;

(ii) KBW Wassiyah Contract (KWC)iaitu projek membina sistem Wassiyah di dalam blockchain, cara baru menjaga kepentingan pengguna KBW apabila aset digital kripto diiktiraf sebagai harta pemilik KBW dan dilindungi oleh Kodinar Berhad serta boleh diwariskan kepada penerima wasiat sekiranya berlaku kematian kepada pemilik KBW tersebut;

(iii) Kodinar Blockchain 3.0 (KB 3.0)iaitu projek membina landasanblockchain milik Kodinar Berhad sendiri, sama seperti Blockchain1.0 Bitcoin dan Blockchain 2.0 Ethereum yang memiliki landasan blockchain mereka sendiri. KB 3.0 bakal menyaksikan Pitis Coin bertukar daripada Proof of State(PoS) kepada Proof of Work(PoW) dan boleh di mining pada nilai harga pasarannya yang sudah tinggi.

2. Membina Ladang Digital berskala Mega.

Kodinar membangunkan kajian dan pembangunan teknologi pembuatan ladang digitalnya sendiri yang diberi nama LADR1M. Ianya adalah projek mining berskala besar dan sepertimana yang kita tahu, aktiviti mining adalah salah satu cara mencipta aset digital kripto baru.

Memperolehi pendapatan dalam bentuk aset digital kripto ini adalah antara perancangan Kodinar Berhad untuk meningkatkan nilai aset digital kripto Pitis Coinnya sendiri yang boleh ditukarkan nilainya semula dengan aset-aset digital kripto yang dimining di ladang digital LADR1M milik Kodinar Berhad.

Misi LADR1M adalah untuk menjadi ladang mining aset digital kripto terbesar di Malaysia, dan antara aset digital krypto yang akan dimining adalah Ether, Zcash, Monero, LBRY dan banyak lagi. Bagi mencapai tujuan tersebut, 150 nod LADR1M sudah dibina dan sedang beroperasi pada masa sekarang.

1,000 nod pula bakal dibina untuk projek Mega LADR1M yang akan bermula pada bulan November 2017. Projek Mega LADR1M bakal menempatkan sehingga 5,000 nod dalam satu tempat dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan pembinaannya dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 2 tahun.

3. Mencipta Prasarana Teknologi Kewangan Digital Baru Melalui Aset Digital Kripto.

Bagi melengkapkan pembangunan teknologi blockchain dan berdiri sebagai peneraju blockchain di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, Kodinar Berhad menggariskan 7 usaha dalam pembinaan prasarana teknologi kewangan digital baru aset digital kripto yang bakal menyokong perkembangan teknologi dan industri blockchainnya.

Penciptaan sistem dan platform baru untuk mengembangkan perniagaan dan menambah pemilikan berbilang aset digital kripto oleh pengguna dalam teknologi blockchainKodinar Berhad ini cuba direalisasikan melalui usaha-usaha berikut :

(i) Kodinar Crypto Debit Card (KCDC),

iaitu pembangunan teknologi kad debit gabungan kerjasama Kodinar Berhad dengan pengeluar kad debit terkemuka dunia, ianya bakal memungkinkan Pitis Coin dan lain-lain aset digital kripto yang disimpan di dalam KBW dapat digunakan di mesin ATM untuk pengeluaran tunai dan di premis-premis perniagaan yang menerima kad debit dalam transaksi pembayarannya pada bila-bila masa;

(ii) Kodinar Escrow (KE),

merupakan satu projek pembangunan sistem jual beli kendiri oleh Kodinar Berhad yang mampu mencegah penipuan transaksi di dalam penjualan dan pembelian aset digital kripto secara dalam talian.

Ia melibatkan 2 pihak yang berurusniaga di dalam KBW dan KE hadir di tengahnya sebagai penjaga integriti kepada transaksi tersebut. Sistem ini mampu menghalang berlakunya penipuan daripada mana-mana pihak yang melakukan transaksi urusniaga.

(iii) Kodinar Crypto Exchanger (KCex),

merupakan projek pembangunan platform pertukaran aset digital di dalam KBW. Ianya akan menggalakkan pemilikan berbilang aset digital kripto yang mampu ditukar dan disimpan mengikut kehendak pemilik KBW.

Kemungkinan di masa depan, apabila penerimaan kepada aset digital sudah menjadi resam kebiasaan, keperluan kepada sistem pertukaran ini akan menjadi sangat relevan dan pergantungan pertukaran kripto kepada fiat pula akan mengalami pengurangan. Pitis Coin boleh ditukar kepada aset-aset digital kripto yang lain melalui KCex pada bila-bila masa sahaja;

(iv) Kodinar Auto Teller Vending Machine (KATVM),

merupakan satu projek usahasama Kodinar Berhad dengan rakan strategiknya untuk membawa penggunaan Pitis Coin ke dunia mainstream. Kodinar Berhad akan memulakan kajian dan bakal membina KATVM untuk kegunaan komunitinya sendiri pada peringkat permulaan sebagai projek pilot.

Teknologi ini kemudiannya akan dikembangkan ke seluruh negara melalui kerjasama strategik tadi dan pemasangan KATVM untuk kemudahan transaksi Pitis Coin akan ditambah dari semasa ke semasa;

(v) Kodinar Crypto Trading Platform (KCTP),

merupakan projek sasaran usaha oleh Kodinar Berhad untuk membina platform perdagangan aset digital kriptonya sendiri. Pitis Coin akan digunakan sebagai aset digital kripto yang boleh didagangkan bersama aset-aset digital kripto popular yang lain.

KCTP bakal menjadi platform perdagangan aset digital kripto yang popular dari Malaysia dan digunakan secara aktif oleh komuniti aset digital kripto di Asia Tenggara;

(vi) Kodinar Loyalty Gift (KLG),

merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk meraikan kesetiaan pengguna KBW. Setiap pembelian aset digital kripto di dalam KBW akan diberikan mata ganjaran yang boleh dikumpulkan dan layak ditukar atau ditebus dengan Pitis Coin;

(vii) Kodinar Point Of Sale System (KPOS),

adalah satu projek membangunkan teknologi untuk memudahkan pembayaran menggunakan Pitis Coin di premis-premis jualan.

Penciptaan alat bantuan peniaga yang mampu melancarkan transaksi pembayaran hanya dengan mengimbas QR code sahaja, bakal menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga dan usahawan yang mahu menggunakan Pitis Coin sebagai salah satu kaedah transaksi pembayaran.

^IMPAK PENAWARAN PITIS COIN KEPADA MASYARAKAT^

Aktiviti dalam merealisasikan matlamat penciptaan Pitis Coin tersebut akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan bakal merangsangkan ;

1. Pembangunan Ekonomi Digital Komuniti;

di mana lebih ramai orang awam akan mampu terlibat di dalam teknologi blockchain ini. Jika orang awam memahami tentang peluang yang dicipta dalam blockchain dan mampu terlibat pula secara aktif, mereka berpotensi untuk memiliki pendapatan baru di dalam aktiviti perdagangan dan penggunaan aset digital kripto yang wujud di dalam sistem Kodinar Blockchain melalui Pitis Coin.

2. Penyebaran Ilmiah tentang Blockchain dan kesahihannya;

apabila keterlibatan masyarakat berlaku secara langsung di dalam industri ekonomi digital yang baru ini, ia akan memberikan pendedahan sebenar tentang blockchain dan isinya.

Pada masa sekarang, banyak berlaku penipuan di luar sana yang dengan sewenangnya mencipta aset digital palsu atas nama blockchain. Banyak program kripto dicipta, sedang sistemnya tidak disentralisasi, hanya menggunapakai server yang boleh dipersoal akan integriti dan ketelusannya jika tidak diblockchainkan. Dikhuatiri, kriptonya tidak wujud dan pembeli akan tertipu, tiada rekod di ledger blockchain untuk dipantau dan diperiksa kesahihannya.

Program penipuan seperti ini akan berkurangan dengan sendirinya apabila masyarakat mula berilmu dan memahami tentang proses pembuatan aset digital kripto blockchain yang sebenar. Penyebaran ilmiah ini mampu mengekang penipuan dan kewujudan program-program scam dapat dibanteras oleh masyarakat sendiri kerana mereka sudah celik teknologi blockchain dan faham akan ciri-ciri kesahihannya.

Bertolak dari hakikat ini, penciptaan Pitis Coin datang tepat pada masanya. Memiliki Pitis Coin merupakan satu proses pendedahan ilmiah kepada para pemiliknya. ICOnya ditawarkan dalam keadaan tidak seperti kebiasaan ICO-ICO lain yang menawarkan idea di dalam whitepaper, tetapi hanya idea kerana prasarana yang mahu dicipta oleh ideanya itu masih belum ada semasa penawaran ICOnya. Jika ramai membeli, belum tentu lagi projeknya akan berjalan kerana apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, terserah kepada pemilik ICO tersebut, sama ada mahu meneruskan idea di dalamwhitepapernya atau pun tidak.

Berbeza dengan Pitis Coin, aset digital kriptonya sudah diwujudkan sebelum penawaran ICOnya lagi. Walaupun dibeli semasa berlangsungnya proses ICO, Pitis Coin terus dimasukkan ke dalam wallet pembelinya tanpa penangguhan. Projek yang dinyatakan di dalam whitepapernya adalah projek sebenar dan sudah pun wujud malah boleh dilawati.

Kodinar Berhad memiliki ibu pejabat operasi yang boleh dilawati dan berurusniaga secara fizikal bukan terhad kepada laman sesawang sahaja.

3. Penyatuan Teknologi dan Kemanusian;

adalah suatu perkara baru apabila teknologi blockchain mampu digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan menjaga kebajikan manusia sejagat.

Sebagai contoh, di Finland teknologi blockchain telah digunakan untuk menguruskan urusan kewangan pelarian (refugees). Pitis Coin pula akan digunakan untuk projek pembiayaan pembinaan Pusat Latihan Autisme melalui penyatuan teknologi dengan kemanusian. Sebanyak 1 juta Pitis Coin akan di tawarkan untuk dimiliki oleh mereka yang mahu bersama-sama merealisasikan projek kebajikan ini yang akan dikendalikan secara kerjasama oleh Projek Waqfeya dan PasarWafa.

Pitis Coin juga bakal digunakan sebagai aset digital kripto utama untuk sumbangan kebajikan melalui KBW dan mampu menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk memindahkan sumbangan sepantas emel ke seluruh dunia.

^ICO melancarkan 1 Bilion UNIT Pitis COIN^

ICO Pitis Coin (PTS) yang baru sahaja dilancarkan pada 1 September 2017 akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama akan berakhir pada 15 September, di mana nilai 1 PTS bersamaan USD 0.07 dan dalam fasa kedua yang akan bermula pada 16 September, Pitis Coin akan dijual pada harga bersamaan USD 0.09 untuk setiap 1 PTS.

Merujuk kepada whitepaper, setiap pemegang PTS boleh menerima hibah/hadiah sehingga 20% dikira daripada simpanan PTS yang tidak dikeluarkan atau yang berbaki minima 1,000 PTS dan terhad kepada PTS yang dibeli semasa ICO sahaja.

Hibah / Hadiah tersebut akan dibayar dengan unit PTS sahaja. Punca pembayaran hibah / hadiah tersebut adalah diambil daripada hasil keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti perladangan digital yang dijalankan oleh Kodinar Berhad. Hibah/Hadiah ini akan diberikan selama 5 tahun, sehingga tahun 2022, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kodinar Berhad.

Sesiapa yang pernah terlibat di dalam aktiviti mining pasti boleh menganggarkan keuntungannya. Dengan sandaran projek mega LADR1M, bayangkan potensi keuntungan yang bakal diperolehi hanya dengan memegang unit PTS yang bernilai tidak sampai RM1 pada masa sekarang.

Pitis Coin bukanlah program pelaburan, anda tidak perlu membeli PTS sehingga berpuluh-puluh ribu, anda hanya perlu membeli jumlah PTS yang anda mampu dan anda akan menerima pulangan berdasarkan potensi PTS itu sendiri (PTS boleh dibeli serendah 1 PTS). PTS adalah 100% bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran dan Kodinar berhad mempunyai rancangan masa panjang untuk meransangkan pertumbuhan nilainya. Pelbagai usahasama dan projek bakal dibangunkan oleh Kodinar Berhad untuk menaikkan nilai PTS di pasaran terbuka.

Kodinar Berhad juga sudah mempunyai perkongsian (partnership) dengan pelbagai usahawan online yang bakal menerima PTS sebagai kaedah pembayaran dalam sistem mereka. Pada masa ini Kodinar Berhad sedang giat mempromosikan penggunaan PTS dengan menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara untuk mengembangkan lagi penggunaan PTS secara lebih meluas.

Mungkinkah Pitis Coin bakal menjadi Bitcoin Asia Tenggara?

Idamkan Bintang, kira tak tercapai, kita masih tinggi!

Jadi, tunggu apa lagi, lawat www.pitiscoin.com dan dapatkan Pitis Coin anda sekarang!

Pitiscoin...

Apa kelebihan ICO pitiscoin :

1. di tawarkan pada harga sangat   rendah usd0.05 semasa tempoh pre order - berakhir pada 31 August 2017
2. harga tawaran meningkat semasa pre launch 1-15/9 usd0.07 dan 16-30/9 usd0.09
3. harga apungan d coin market cap d anggarkan sekitar usd0.25
4. token tersedia sebanyak 1 billion akan di pindahkan ke wallet kodinar blockchain bagi semua pembeli
5. wallet berteknologi tinggi multi crypto siap utk menyimpan aset crypto blockchain anda termasuk pitiscoin dan lain2 crypto utama termasuk bitcoin, ethereum dan ripple dll
6. beberapa konglomerat dan online bussines sudah bersetuju utk menggunakan pitiscoin sbg digital blockchain payment seperti KLIX yg merupakan media content provider terbesar d Asia Tenggara, apps UmraHajj yg merupakan Agoda, Traveloka, Booking.com kpd umat islam yg hendak mengerjakan Haji dan Umrah, dan banyak lagi seperi yg disenaraikan di dalam whitepaper pitiscoin
7. Pitiscoin di sokong oleh beberapa projek yg akan memastikan kestabilan dan peningkatan nilai tokennya seperti Mega LADR1M dan bbrp projek lain yg akan d umumkan nanti
8. Pitiscoin di jangka utk berubah drpd protokol POS ke POW pada satu hari nanti.                      

Apa kelebihan Kodinar Blockchain Wallet (KBW)

1. ianya PERCUMA!!!!
2. terdapat multi crypto aset yg boleh d simpan disini didalam satu wallet sahaja
3. boleh jual dan beli sebarang crypto yg ada didalam KBW dlm satu applikasi sahaja
4. dibangunkan dgn fungsi ESCROW dimana jika kita hendak menjual aset crypto pada harga yg kita tentukan dgn pihak kedua, KBW akan bertindak sbg trusstee yg akan hanya menghantar crypto yg kita parking melalui fungsi ESCROW tadi kepada pihak kedua setelah BAYARAN d buat..BEGITU JUGA SEBALIKNYA..so kita x payah risau kita bayar duit cryptonya tidak d hantar
5. di sokong oleh VISA sebagai gateway kewangan bagi kemudahan kecairan di seluruh dunia (available semasa pelancaran pitiscoin pada bulan oktober)
6. disokong oleh vending2 mesin (ATM) sendiri (sdg dalam pembangunan sistem)
7. aset2 crypto yg disimpan di dalam wallet KBW di beri kemudahan hibah wasiat di mana aset2 crypto yg disimpan di sini akan d transferkan ke akaun waris yg d letakkan sebagai penama
8. wallet KBW dilindungi dgn sistem keselamatan pelbagai lapis yg canggih melindungi aset2 crypto anda drpd d cerobohi..maksudnya anda boleh bina pw bagi setiap address blockchain crypto anda secara berasingan..jadi walaupun seseorang tahu login pw anda dia tetap x boleh transfer aset crypto anda jika dia x tahu pw utk blockchain address anda
9. wallet ini d bangunkan dgn kepakaran ANAK MALAYSIA!!! apa lagiii..kalau yg mat salleh pun teruja amat dgn ciri2 kelebihan KBW kenapa kita tidakkk???

Kredit : kodinar berhad

Khamis, 1 Januari 2015

Fuhh! selamat....


Nasib baik dapat diselamatkan lagi akaun Facebook penulis. Ada juga orang nak cuba pecah masuk dalam facebook ni, takde kerja agaknya...banyak gambar penulis uplod masa sekolah dulu-dulu...

Isnin, 21 Julai 2014

Menarik juga cerita ni...

ehsan Google

Tanya seorang anak kepada ayahnya. " kenapa mak tak puasa ayah...?" Bila melihat ibunya sedang makan di dapur pada bulan puasa. Jawab ayah, " Mak dapat ABC...". Lagilah pening anaknya bila ayah jawab macam tu. Tanya lagi anaknya, "ABC tu apa ayah...?, macam ABC dekat sekolah tu ke, adik pun belajar ABC. Kalau macam tu adik pun nak ABC jugaklah..."

Jawab ayahnya dengan lembut, " ABC tu Allah Bagi Cuti, sebab tu mak tak puasa. Nanti adik dah besar, baru dapat ABC...""Ooo macam tu..."Anaknya menjawab sambil memegang pipinya... (macam gambar di atas)

p/s : Penulis dapat cerita ni dari kawan sekerja...

Ahad, 22 Jun 2014

Hadiah Jam Untuk Hari Lahir

Balik dari sekolah, anak penulis yang sulung bertanyakan mana hadiah untuk hari lahirnya. Ini disebabkan ada kawannya di sekolah menyambut hari lahir di kelas mereka.Penulis memang ada tefikir hal ini tapi tak tahu nak belikan hadiah apa.

Akhirnya dengan bajet yang ada, penulis belikan hadiah jam untuknya. Penulis pergi dengan isteri waktu ambil anak balik dari sekolah, dalam kereta penulis minta isteri yang berikan kepadanya. Wajah keceriaan terpancar pada wajah anak penulis... Tiba-tiba ada suara berbunyi macam ni...

"Adik tak dapat hadiah ke...?" Anak penulis yang kedua berumur 5 tahun bertanya. Penulis memang dah agak perkara ini akan terjadi dan sudah buat persiapan awal. Isteri penulis pun menjawab pertanyaan tadi, "Untuk adik pun ada...". Penulis belikan jam digital yang biasa-biasa je warna hitam kuning sesuailah untuk budak lelaki. Yang adik pula warna Pink sebab dia memang suka Pink!

Mula-mula ingat nak beli jam Ben 10 tapi takde tapi bila nampak jam yang duduk dalam kotak, harga pun boleh tahan jadi penulis rasa ini yang terbaik untuknya. Yang adik hari lahir dia dah lepas tapi takpela untuk anak sekali sekala. Jamnya lebih kurang macam dalam gambar di bawah ini...


Sabtu, 15 Februari 2014

Mesin Basuh Samsung WA91U3 7kg


Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman tentang masin basuh Samsung jenis ini. Mesin basuh ni penulis dah pakai hampir 6 tahun. Mungkin dah tiba masanya ia rosak, jadi penulis cuba lihat-lihat apa kerosakannya. Dalam pemerhatian yang dilakukan, penulis dapati PC Boardnya rosak dan ada yang terbakar dan cair. Gambar seperti di bawah


Penulis dapatkan alat ganti mesin ini dengan harga RM 160 dan cuba memasangnya sendiri. Harapan semoga mesin ini pulih semula, namun setelah di ON kan butangnya ternyata tidak menjadi. PC Boardnya hidup tetapi motornya tidak berpusing. Hampa rasanya...

Akhirnya penulis serahkan pada yang pakar sahaja. Panggil pomen ke rumah dan tak sampai 15 minit, mesin basuh ini ok semula seperti biasa. Rupanya ada benda lain yang perlu ditukar selain PC Board. Nasihat pomen tersebut " Kalau mesin samsung ni, kalau dia rosak kena tukar 2 benda (PC Board dan Water Inlet). Kalau tak tukar dua-dua nanti tak jadi. Katanya ini adalah nasihat dari pomen Samsung sendiri. Gambar water inlet seperti di bawah


Oleh kerana penulis tak tukar dahulu water inlet ni, akhirnya pc board yang baru pun dah shock (rosak). Burn la RM 160....huhuhu rugi. Kos menukar untuk kedua barang ni termasuk upah RM 250. Kopak penulis bulan ni, dari 160 jadi 410. Nasihat penulis, kalau rosak nak senang cerita kita panggil je pomen datang rumah dan suruh dia baiki kerana mereka lebih pakar. Jimat masa dan fulus!

Jangan macam penulis ni seperti tikus membaiki labu... Terima kasih kerana sudi membaca.