Ahad, 22 Jun 2014

Hadiah Jam Untuk Hari Lahir

Balik dari sekolah, anak penulis yang sulung bertanyakan mana hadiah untuk hari lahirnya. Ini disebabkan ada kawannya di sekolah menyambut hari lahir di kelas mereka.Penulis memang ada tefikir hal ini tapi tak tahu nak belikan hadiah apa.

Akhirnya dengan bajet yang ada, penulis belikan hadiah jam untuknya. Penulis pergi dengan isteri waktu ambil anak balik dari sekolah, dalam kereta penulis minta isteri yang berikan kepadanya. Wajah keceriaan terpancar pada wajah anak penulis... Tiba-tiba ada suara berbunyi macam ni...

"Adik tak dapat hadiah ke...?" Anak penulis yang kedua berumur 5 tahun bertanya. Penulis memang dah agak perkara ini akan terjadi dan sudah buat persiapan awal. Isteri penulis pun menjawab pertanyaan tadi, "Untuk adik pun ada...". Penulis belikan jam digital yang biasa-biasa je warna hitam kuning sesuailah untuk budak lelaki. Yang adik pula warna Pink sebab dia memang suka Pink!

Mula-mula ingat nak beli jam Ben 10 tapi takde tapi bila nampak jam yang duduk dalam kotak, harga pun boleh tahan jadi penulis rasa ini yang terbaik untuknya. Yang adik hari lahir dia dah lepas tapi takpela untuk anak sekali sekala. Jamnya lebih kurang macam dalam gambar di bawah ini...


1 ulasan:

Knor berkata...

Wah, mesti diorg hppy sgt..kan

sesekali kita wajib sgt bg anak2 hppy..

selamat hri lahir bt anak..semoga jdi anak2 yg soleh dn solehah