Memaparkan catatan dengan label Video Pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video Pilihan. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

Untuk peminat kartun Barbie


Kali ni penulis nak share satu blog yang penuh dengan cerita kartun Barbie. Cerita yang ada boleh kita download menggunakan IDM (Internet Download Manager). Tak kisahla IDM versi berapa, yang penting software boleh mendownload video.

Penulis share sebab anak-anak perempuan mesti sangat suka cerita barbie ni, maklumlah wataknya comel dan anak penulis pun suka. Jadi kita sama-sama share. Banyak cerita yang ada, yang pernah ditayangkan di TV pun dan yang belum ditayang kita boleh download.

Oklah, cakap banyak pun tak guna, jom kita klik ke blog tersebut. Selamat menonton... Klik di sini : Free Barbie Movies

Isnin, 5 Ogos 2013

Seni menganyam ketupat


Video di atas adalah cara menganyam ketupat yang asal (tradisional). Biasa cara ni digunakan oleh orang-orang lama yang pandai menganyam, kalau orang yang jenis cepat pickup, bolehla ikut cara ni. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua...

Ahad, 4 Ogos 2013

Cara untuk menganyam ketupat


Cara untuk menganyam ketupat yang ditunjukkan dalam video ni sama dengan cara yang penulis guna. Teknik yang digunakan sedikit lain dari cara yang asal. Kalau cara yang lama agak berbelit-belit dan kena cepat sikit menganyamnya kerana takut terburai dan jari-jari kena cepat.

Cara yang ni boleh diajar dan ditunjukkan kerana anyamannya tidak cepat terburai. Kalau perasan, ekor ketupat yang keluar mungkin sebelah kanan dan anyaman ketupat yang asal keluar sebelah kiri. Selamat menonton dan mencuba...

Ahad, 28 Julai 2013

Maher Zain - Ramadhan Di Hati...


Sedap lagu ni... syahdunya. Memang tak rugi dengar... Lagu ni Maher Zain nyanyi dalam 4 bahasa kalau tak silap, kalau penulis salah sila betulkan yer. Terima kasih...

Sabtu, 22 Jun 2013

Cara senang nak download video dari You Tube

Salam hormat buat semua, hari ni santri rasa nak berkongsi satu lagi cara yang senang untuk kita mendownload video yang ada di You Tube tanpa menggunakan software yang perlu di install. Mungkin ada yang sudah tahu, namun yang belum tahu boleh ikuti langkah-langkah berikut. Caranya ialah kena copy URL ataupun link video dari You Tube yang kita inginkan, selepas itu kita buka laman web ini www.keepvid.com.

Kemudian paste kan URL atau link tadi seperti gambar di bawah.



Selepas paste, klik pada ikon downlod di sebelah kanan dan akan keluar window seperti ini :



Tandakan I Accept dan klik Run. Kemudian akan keluar gambar seperti di bawah.


Sekarang bolehlah kita memilih untuk mendownload video yang kita inginkan mengikut format yang tersedia seperti MP4, FLV dll. Selamat mencuba.... Terima kasih kerana sudi membaca.


Khamis, 17 Mei 2012

Jom layan lagu Sabah...



Bila dengar lagu ni, teringat pula pada Cikgu Kancil 8349... Selamat Hari Guru buat Kancil !

Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat Hari Ibu...


Al-Fatihah buat arwah ibuku... Hajah Zubaidah bt Haji Muda, dalam kenangan 15 Disember 1941 - 29 Disember 2011...

Selasa, 1 Mei 2012

Watery Desktop 3D


Nak jadikan skrin komputer kita bergerak-gerak seperti dalam video ni? Kalau nak, boleh download di SINI untuk mendapatkannya. Window 7 pun boleh pakai software ni, selamat mencuba... Tak besar pun, dalam 1.4 MB je.

Ahad, 22 April 2012

Loghat Kuala Berang


Kisah orang Kuala Berang, cerita ini cuma rekaan sahaja dan bukan untuk mempersendakan sesiapa.

Sebuah helikopter mendarat di kuala berang, penduduk di sana sangat gembira kerana dapat melihat helikopter tersebut dari dekat. Sebelum ini mereka hanya melihat dari jauh sahaja. Kebetulan pilotnya adalah orang putih dan hanya memahami bahasa inggeris.

Ada yang bertuah dapat menaiki helikopter tersebut, setelah terbang seketika orang kampung tersebut berasa pening dan ingin turun. Dia berkata pada pilot helikopter, " aku nok turoonn...!". Apabila pilot tersebut mendengar apa yang dikatakan oleh orang kampung tersebut, dia menjawab, " You want two round...?".

"No no no, aku nak turoonn..." Kata orang kampung. "Ok, you want two round?". Akhirnya pilot tersebut membawa helikopter tersebut sampai 2 kali round disebabkan mendengar kata orang kampung tersebut. Sampailah muntah-muntah orang kampung tu.

Sebenarnya lohgat orang kuala berang ni unik sikit... Terima kasih sudi membaca.

Rabu, 18 April 2012

Jom layan lagu Punjabi pulak...


Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu dah dah dah... (macam bunyi telur dadar jer) hehehe

Jom layan lagu tamil...


Best tak lagu ni? Siap dengan sarikata melayu lagi...

Rabu, 4 April 2012

Kenangan madrasah ku...


Nurul Iman pada tahun 2004, untuk tatapan buat semua Alumni Nurul Iman. Kenangan buat kita... Taman Pendidikan Islam Nurul Iman (TPINI)

Kredit to : Hamzah

Ahad, 11 Mac 2012

Final Perseorangan All England 2012


Malam ni Lee Chong Wei akan berdepan seteru utamanya iaitu Lin Dan dan kita semua mengharapkan Lee Chong Wei akan berjaya mengalahkannya dan seterus melakar rekod hatrik untuk All England kali ini.

Permainan Chong Wei malam tadi agak bersahaja setelah diberitakan yang Chong Wei mengalami sakit tangan namun tetap dapat mengalahkan Lee Hyun Ill. Semoga Chong Wei dapat bermain dengan baik malam nanti dan tidak berlaku kecederaan yang teruk kepada beliau.

Sama-sama kita sokong Chong Wei malam ini, kalau menang itu adalah hasil usaha beliau dan kalau kalah jangan kita lupa untuk terus menyokongnya. Kalah menang itu adalah adat sesuatu pertandingan. Suka tengok Chong Wei main badminton dalam beregu campuran baru-baru ini...