Sign up for Luno and get MYR 5.00 worth of Bitcoin when you buy or sell MYR 250.00 (exchange excluded), using https://www.luno.com/invite/ZWJ49
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Sabtu, 2 Disember 2017
Isnin, 13 November 2017
How to use Start Miner
Macam mana nak guna Start Miner ni? Pertama kita kena ada adress Bitcoin. Mana nak dapat adress Bitcoin ni? Caranya senang sahaja.
Kita kena dapatkan app Luno dan boleh download di playstore, ianya adalah percuma! Di dalam Luno, kita copy adress Bitcoin dekat bahagian receive.
Setelah dapat adress Bitcoin tadi, kita masuk laman web Start Miner dan paste kan di ruang yang telah disediakan dan tekan je start mining. Dah siap...
Kita boleh cek hasilnya daripada 0.0000000 akan naik sedikit demi sedikit. Untuk lebih cepat, kita boleh share link kita pada bahagian account dekat mana-mana laman sosial.
Selamat mencuba!
Selasa, 15 Julai 2014
Cara Deactivate VoiceMail
Celcom ##002#
Tune Talk ##002#
Digi *128#
Maxis ##109#
Kredit : Facebook
p/s : Penulis dah pun buat dan sukses!
How to deactivate voicemail... Sharing Is Caring
Ahad, 13 Julai 2014
Cara untuk selamatkan data yang penting!
![]() |
Mini Window XP |
Kali ini penulis ingin kongsikan cara untuk selamatkan data atau file yang penting ketika window komputer rosak tanpa perlu memformatnya terlebih dahulu. Kebiasaannya kita perlu cabut hard disk untuk selamatkan data kerana komputer tidak hidup. Tapi kali ini kita tak perlu cabut hard disk kerana takut silap cabut nanti benda lain pula yang rosak.
Sebelum ini penulis ada post kan entri tentang Mini Window XP (klik SINI), tapi belum cerita apa kegunaannya jadi kali ini penulis akan beritahu. Senang je guna guna Mini Window XP ni, caranya gunakan pendrive yang kecik je dalam 256MB pun dah cukup sebab saiz window ni 38MB je. Jadi mana-mana pendrive yang lama tak guna tu boleh guna semula.
Formatkan pendrive tadi menggunakan Ghost 32 (cara buat) dan masukkan image Window XP ke dalam pendrive tersebut. Dah siap digunakan...! Cuma cucukkan je dekat komputer dan dia akan ditect pendrive lepas tu tekan Enter. Akan keluar seperti gambar di atas...
Bolehlah kita save mana-mana data atau file penting yang dikehendaki. Selamat mencuba! Nak download software ni, boleh klik di SINI.
Rabu, 2 Julai 2014
Pasang aplikasi Whatsapp di Komputer
Caranya pun mudah sahaja. Download dan install Andy seperti biasa. Selepas itu kita boleh pergi Play Store Google dan download aplikasi ataupun game yang kita inginkan. Dah boleh guna android macam di smartphone melalui komputer kita.
Selamat mencuba...! Nak download Andy di SINI dan ia adalah PERCUMA!
Selasa, 13 Mei 2014
Software Tulisan Jawi
Salam hormat buat semua, kali ni penulis ingin berkongsi satu software yang amat beguna untuk menulis tulisan jawi menggunakn komputer. Software ni amat mudah digunakan, klik sahaja terus boleh guna dan tak perlu di install.
Cara untuk menulisnya juga senang, huruf jawinya mengikut abjad seperti keyboard. Kalau huruf A sama dengan huruf Alif, huruf B sama dengan Baa, huruf F sama dengan Faa dan seterusnya boleh di explore sendiri.
Saiznya pun tak besar, dalam 48MB sahaja, untuk download software jawi ni boleh klik di SINI. Selamat Mencuba...
Selasa, 18 Mac 2014
Teknik SCAMPER
Kali ini penulis ingin berkongsi tentang teknik ataupun formula SCAMPER. Entri sebelum ini penulis ada tuliskan satu persatu-satu perkataan SCAMPER tersebut. Teknik ini hasil dari pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau menjadikan sesuatu lebih baik.
Penulis ada terlibat dalam kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) ketika bekerja. Jadi teknik ini digunakan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja. Untuk lebih difahami apa maksud SCAMPER ni, penulis akan menerangkannya dengan cara yang mudah.
Bagaimana kita nak gunakan nasi putih yang tak habis. Nak dibuang sayang, jadi apa yang perlu kita lakukan? Penulis ambil contoh nasi ni sebab semua orang suka makan,. Dengan Formula SCAMPER ni, kita gunakan pada nasi putih tadi iaitu :
S - (Subtitute) Kita tukar nasi putih yang biasa menjadi nasi goreng
C - (Combine) Kita gabungkan dalam nasi goreng tu dengan sotong, udang, daging ayam selain dari perencah yang kita gunakan
A - (Adapt) Kita mengadaptasi cara menggoreng nasi dengan cara yang lebih baik. Yang lama pun pakai, cara yang baru pun pakai.
M - (Modify) Kita ubahsuai nasi goreng ni dengan rasa yang yang lebih sedap. Jadi nasi goreng kampong ke, ikan masin ke, nasi goreng USA ke.
P - (Put to Other Use) Nasi ni kita selain dari goreng, kita jadikan nasi air pun boleh. Atas kreativiti kita sendiri.
E - (Eliminate) Sebelum ni nasi yang tak habis kita mungkin bagi ayam ke, buang ke. Sekarang gunakan untuk buat nasi goreng yang sedap…
R - (Rearrange) Kita susun atur semula cara kita hidangkan nasi goreng agar nampak lebih sedap macam chef yang dekat hotel buat. Nampak cantik dan sedap...
Begitulah serba sedikit tentang SCAMPER ni, semoga ada yang dapat faham kalau sebelum ni masih lagi samar-samar tentang teknik ni.
Sabtu, 15 Februari 2014
Mesin Basuh Samsung WA91U3 7kg
Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman tentang masin basuh Samsung jenis ini. Mesin basuh ni penulis dah pakai hampir 6 tahun. Mungkin dah tiba masanya ia rosak, jadi penulis cuba lihat-lihat apa kerosakannya. Dalam pemerhatian yang dilakukan, penulis dapati PC Boardnya rosak dan ada yang terbakar dan cair. Gambar seperti di bawah
Penulis dapatkan alat ganti mesin ini dengan harga RM 160 dan cuba memasangnya sendiri. Harapan semoga mesin ini pulih semula, namun setelah di ON kan butangnya ternyata tidak menjadi. PC Boardnya hidup tetapi motornya tidak berpusing. Hampa rasanya...
Akhirnya penulis serahkan pada yang pakar sahaja. Panggil pomen ke rumah dan tak sampai 15 minit, mesin basuh ini ok semula seperti biasa. Rupanya ada benda lain yang perlu ditukar selain PC Board. Nasihat pomen tersebut " Kalau mesin samsung ni, kalau dia rosak kena tukar 2 benda (PC Board dan Water Inlet). Kalau tak tukar dua-dua nanti tak jadi. Katanya ini adalah nasihat dari pomen Samsung sendiri. Gambar water inlet seperti di bawah
Oleh kerana penulis tak tukar dahulu water inlet ni, akhirnya pc board yang baru pun dah shock (rosak). Burn la RM 160....huhuhu rugi. Kos menukar untuk kedua barang ni termasuk upah RM 250. Kopak penulis bulan ni, dari 160 jadi 410. Nasihat penulis, kalau rosak nak senang cerita kita panggil je pomen datang rumah dan suruh dia baiki kerana mereka lebih pakar. Jimat masa dan fulus!
Jangan macam penulis ni seperti tikus membaiki labu... Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumaat, 27 Disember 2013
Panduan mudah sebelum membeli komputer
Kali ini penulis ingin berkongsi tip tentang panduan mudah sebelum membeli komputer ataupun laptop. Pertama sekali jangan terpedaya dengan kecantikan luaran laptop yang berkilat, licin, warna pink ataupun sebagainya kerana kita belum tahu dalamannya bagaimana.
Untuk mengetahui dalaman komputer yang baik, boleh gunakan tips yang penulis dapat dari kawan yang bekerja di kedai komputer. Jom baca :
- Lihat prosessor, kalau Intel Pentium itu yang ok. Terkini Pentium dah keluarkan i7 untuk prosessornya. Kalau AMD sesuai untuk komputer, bukannya laptop.
- Lihat RAM yang dipasang, kalau 2G DDR3 itu dah kira ok sebab sekarang banyak komputer dan laptop pakai Ram DDR3. Kalau Ram lebih dari 2G lagi bagus.
- Lihat kapasiti Harddisk kalau 500G keatas itu dah kira bagus sebab kapasiti harddisk sekarang dah sampai 1 Terabyte (1000G). Jenama harddisk biasanya WD dan Seagate.
- Bagi yang suka main game atau buat kerja grafik, pastikan laptop yang hendak dibeli ada Grafic Card. Contohnya laptop akan dilekatkan tanda Nvidia ataupun Radeon. Grafik yang digunakan bukan dari RAM komputer tetapi RAM grafik kad itu sendiri.
- Untuk memastikan komputer ataupun laptop yang dibeli mempunyai Window yang ASLI, boleh lihat dibawah laptop ada dilekatkan stiker Product Key seperti gambar di atas. Kalau tak ada, kemungkinan Window kita adalah pirate.
Komputer terkini menggunakan Window 8.1, penulis dah cuba guna window ni dan memang best sebab dia ringan dan laju. Cuma penggunaan window 8 ni lebih kepada touch screen seperti android tetapi itu tiada masalah kerana window 8 ni ada 2 dalam satu (Window 8 + Window 7). Terima kasih kerana sudi membaca...
Selasa, 17 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
Slip Gaji Online
Sebenarnya post ini untuk kemudahan penulis bila nak cek ataupun nak print slip gaji online. Tak perlu taip sana dan sini lagi. Senang klik-klik je terus ke sana. Kalau ada yang nak guna, dipersilakan. Penulis sebagai pemudahcara sahaja lagi pun apa salahnya tolong-menolong kan...?
Boleh klik di SINI ataupun gambar di atas. Terima kasih...
Jumaat, 22 November 2013
Perlu ke cabut bateri laptop?
Kali ini penulis ingin berkongsi satu amalan yang biasa orang buat bila beli laptop baharu. Kebiasaannya kita akan cas bateri laptop sehingga 8 jam. Kalau tak silap kalau beli telefon baharu pun begitu. Biasanya bateri laptop ni kita akan cabut dan hanya memakai wayar laptop sahaja kerana sayangkan bateri laptop untuk tahan lama.
Betulkan apa yang penulis bagi tahu tadi? Kerana nak bateri tahan lama, kita akan cabut dan tidak akan pakai ketika wayar laptop dipasang pada suis elektrik. Kalau pasang sekali nanti bateri cepat kondem ataupun kong. Mungkin itu yang salesman bagi tahu ketika membeli laptop.
Namun tahukah kita? Ada juga risiko yang akan berlaku jika kita tidak memakai bateri ketika wayar laptop dipasang pada suis elektrik. Ini pengalaman yang berlaku pada kawan penulis sendiri, kerana sayangkan bateri laptop, dia juga melakukan amalan yang penulis cakapkan tadi.
Ceritanya begini, kawan penulis baru sahaja membeli laptop dalam harga seribu lebih. Tak sampai pun setahun lagi dan masih dalam waranti. Kerana selalu mencabut bateri ketika menggunakan laptop, akhirnya laptopnya selalu HANG ataupun berhenti tiba-tiba. Ini disebabkan kita tak tahu kemungkinan akan terjadi elektrik terputus ataupun blackout.
Bila blackout, laptop kita akan mati secara mengejut. Ini akan menyebabkan motherboard kita akan mengalami tekanan. Bila dah beberapa kali blackout, akhirnya laptop kawan penulis rosak, nasib baik masih dalam waranti dan bila hantar baiki technician cakap motherboard dia rosak. Tak pasal-pasal kena bayar RM700 untuk order motherboard yang baru.
Kerana sayangkan bateri yang mungkin harganya dalam RM200 lebih dan lebih mudah untuk kita dapat, berbaloikan kita cabut kerana nak tahan lama dan tak cepat kong? Daripada kita kehilangan RM700 kalau motherboard kita akan mudah rosak?...
Khamis, 21 November 2013
Kalau komputer tak bunyi BEEP...
Mengenal tanda-tanda komputer kita ada masalah ialah salah satunya pada bunyi beep bila kita ON kan komputer. Boleh rujuk di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang bunyi BEEP ini. Ok berbalik tentang tajuk entri tadi, kalau komputer tak bunyi beep ada dua kemungkinan.
Pertama masalahnya ialah Power Supply rosak. Boleh cek power supply sama ada berfungsi ataupun tidak apabila kita ON kan komputer dan perhatikan kipasnya. Kalau tak berpusing, maknanya nak yang barula tu. Harga power supply yang baru sekitar RM60.
Yang kedua masalahnya ialah Mother Board. Untuk mengenalpasti mother board rosak ataupun tidak, cuba kita perhatikan kipas Prosessor akan berpusing apabila kita ON kan komputer. Kalau berpusing tetapi takde bunyi beep dan window tak keluar serta gelap je skrin, tandanya rosakla tu. Kemungkinan kapasitor dia rosak.
Kalau mother board yang baru harganya lebih kurang RM700, bergantung pada jenis dan jenamanya. Mungkin lebih mahal, kadang harganya lebih kurang CPU yang baru. Baik beli yang baru, semua dah lengkap.
Oklah, itu sahaja perkongsia untuk kali ini. Terima kasih sudi membaca...
Rabu, 6 November 2013
Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam
Berikut adalah Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 baru-baru ini. Pekeliling ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat yang terlibat.
Boleh klik dan dan download di SINI untuk senarai penuh. Pasti ada yang suka dan ada juga yang kecewa agaknya...
Subtitle tak keluar ketika tengok cerita?
Setelah kita mendownload cerita, biasanya ada filem yang ada subtitle sendiri dan ada yang tidak ada. Kalau yang takde tu kita boleh download di laman Subscene untuk mendapatkannya. Namun pernah tak terjadi sebegini? Bila kita tengok cerita atau filem, tetapi subtitlenya tak keluar padahal subtitlenya kita dah download.
Jangan risau, jalan penyelesaiannya senang sahaja.. Cerita dan subtitlenya kita letakkan dalam satu folder dan subtitlenya tu kita RENAME kan sama dengan tajuk filemnya. Kalau ceritanya Doraemon dan Nobita II, maka subtitlenya pun Doraemon dan Nobita II. Kena sama, baru subtitlenya sekali jalan dengan filemnya. Senangkan...?
Contohnya seperti gambar di bawah...
Selamat mencuba...
Jangan risau, jalan penyelesaiannya senang sahaja.. Cerita dan subtitlenya kita letakkan dalam satu folder dan subtitlenya tu kita RENAME kan sama dengan tajuk filemnya. Kalau ceritanya Doraemon dan Nobita II, maka subtitlenya pun Doraemon dan Nobita II. Kena sama, baru subtitlenya sekali jalan dengan filemnya. Senangkan...?
Contohnya seperti gambar di bawah...
Selamat mencuba...
Isnin, 4 November 2013
Nak download subtitle filem?
Bila kita tengok sesuatu filem atau cerita,, peranan subtitle ataupun sarikata amatlah penting untuk kita lebih menghayati dan memahami jalan ceritanya. Kalau orang yang memang faham bahasa inggeris ataupun bahasa lain tak menjadi masalah bagi mereka. Bagi penulis yang kurang faham bahasa inggeris ni amatlah membantu apabila ada sarikata.
Mungkin ada yang sudah tahu di mana kita boleh download subtitle sesebuah cerita. Bagi yang belum tahu, penulis akan berkongsi dengan semua. Kita boleh download di laman web Subscene.com, dekat sini boleh dikatakan semua subtitle filem, boleh kita dapat dan dalam semua bahasa ada.
Subtitle bahasa Melayu ada tapi tak banyak sangat, cuma penulis biasa ambil subtitle cerita dari terjemahan MOR dan Apiq Ader. Dua orang ni memang rajin dan best, sebab kalau ada filem baharu je mesti ada subtitle dari salah seorang dari mereka. Puas hatilah...
Cuma kalau tak ada subtitle dari mereka, penulis akan ambil subtitle dari Indonesia sebab bahasa mereka lebih kurang je dengan kita. Penterjemah dari Indonesia ramai sangat,, cuma yang biasa penulis download adalah dari Sang Pangeran, Lebah Ganteng dan Geraldine. Subtitle mereka Sync dan sangat bagus! Terbaiklah...
Oklah, itu sahaja perkongsian kali ini. selamat mencuba...
Khamis, 31 Oktober 2013
HRMIS Online
Bagi kakitangan awam, tambahan tugas yang diberikan adalah mengisi SKT secara online ataupun HRMIS. Kalau dahulu kita isi dalam borang sahaja, mungkin nak jimat kertas agaknya. Jadi bagi kakitangan awam, nak tak nak memang kena pandai komputer. Kena belajar...
Mula-mula tu memang susah sikit, tapi lama-lama tu oklah. Sebab kena klik tu, klik ni. Tapi yang tak bestnya isi SKT online (HRMIS) ni cuma boleh dilayari dengan Internet Explorer 8.0 ke bawah sahaja. Kalau pakai Mozilla ke, Google Chrome ke memang tak dapat masuk.
Itulah sedikit kekurangannya, jadi kalau sesiapa yang ada komputer baru, janganlah update Internet Explorer tu, stay je pakai yang lama. Mana tau dapat kerja kerajaan ke nanti, kena isi HRMIS ni setiap tahun.
Untuk ke laman web HRMIS ni, boleh copy link di bawah ni dan paste pada URL Internet Explorer. Selamat mencuba :
http://hrmis2.eghrmis.gov.my/
http://hrmisone.eghrmis.gov.my/
http://zontimur.eghrmis.gov.my/
Nota kecik : SKT (Sasaran Kerja Tahunan)
Khamis, 24 Oktober 2013
Kurma baik untuk wanita
Dalam Al-Quran pada surah Maryam ayat ke-25 ada menyebutkan bahawa Maryam memakan kurma ketika itu. Pada waktu tersebut Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa a.s. Berdasarkan pada ayat ini Allah memberitahu pada kita bahawa kurma itu baik untuk wanita yang sedang mengandung.
Kita semua pun sudah tahu kelebihan dan khasiat buah kurma, boleh baca di SINI lagi untuk lebih informasi. Salah satunya adalah walaupun kurma ini manis tetapi semut takkan dekat dengannya seperti gula.
Persoalan yang timbul adalah kurma yang bagaimana yang dimakan oleh Maryam ketika itu? Dalam ayat surah Maryam tersebut menyebutkan perkataan RUTOB. Maka kurma yang dimakan adalah kurma Rutob iaitu kurma yang segar dan separuh masak macam gambar dia atas.
Boleh rujuk surah Maryam di SINI. WALLAHUA'LAM...
Selasa, 17 September 2013
Nak main game android dekat komputer?
Salam hormat buat semua. Kali ni penulis nak share lagi satu software yang cukup BEST bagi penulisla, kalau orang lain tak taulah. Sekarang ni, mana-mana orang mesti pakai telefon android. Jarang dah orang pakai Nokia...
Bila pakai fon android, tengok orang game bestnya rasa... Kalau yang tak pakai android tengok-tengok jela. Nak beli al-maklumlah, harganya cukup cantik... Jadi bagi sesiapa yang takde fon android tapi ada laptop atau komputer, jangan risau... sekarang anda pun boleh main game android dalam komputer sendiri.
Penulis sudah mencubanya sendiri, rasa seronok sangat sebab dapat main faveret game. Hehehe nanti penulis uplod gambar snapshot untuk game tersebut sebagai bukti yang penulis telah berjaya menggunakannya.
Ops lupa nak bagi tahu, nama software ni adalah Bluestacks (boleh baca di sini) dan ianya competible dengan Window XP dan Win 7. Win 8 yang touch screen. Nak download software ni boleh klik di SINI. Tak besar pun, dalam 8MB je. Selamat mencuba... Terima kasih kerana sudi membaca.
Bila pakai fon android, tengok orang game bestnya rasa... Kalau yang tak pakai android tengok-tengok jela. Nak beli al-maklumlah, harganya cukup cantik... Jadi bagi sesiapa yang takde fon android tapi ada laptop atau komputer, jangan risau... sekarang anda pun boleh main game android dalam komputer sendiri.
Penulis sudah mencubanya sendiri, rasa seronok sangat sebab dapat main faveret game. Hehehe nanti penulis uplod gambar snapshot untuk game tersebut sebagai bukti yang penulis telah berjaya menggunakannya.
Ops lupa nak bagi tahu, nama software ni adalah Bluestacks (boleh baca di sini) dan ianya competible dengan Window XP dan Win 7. Win 8 yang touch screen. Nak download software ni boleh klik di SINI. Tak besar pun, dalam 8MB je. Selamat mencuba... Terima kasih kerana sudi membaca.
Rabu, 14 Ogos 2013
Langgan:
Catatan (Atom)