Ahad, 13 Julai 2014

Cara untuk selamatkan data yang penting!

Mini Window XP

Kali ini penulis ingin kongsikan cara untuk selamatkan data atau file yang penting ketika window komputer rosak tanpa perlu memformatnya terlebih dahulu. Kebiasaannya kita perlu cabut hard disk untuk selamatkan data kerana komputer tidak hidup. Tapi kali ini kita tak perlu cabut hard disk kerana takut silap cabut nanti benda lain pula yang rosak.

Sebelum ini penulis ada post kan entri tentang Mini Window XP (klik SINI), tapi belum cerita apa kegunaannya jadi kali ini penulis akan beritahu. Senang je guna guna Mini Window XP ni, caranya gunakan pendrive yang kecik je dalam 256MB pun dah cukup sebab saiz window ni 38MB je. Jadi mana-mana pendrive yang lama tak guna tu boleh guna semula.

Formatkan pendrive tadi menggunakan Ghost 32 (cara buat) dan masukkan image Window XP ke dalam pendrive tersebut. Dah siap digunakan...! Cuma cucukkan je dekat komputer dan dia akan ditect pendrive lepas tu tekan Enter. Akan keluar seperti gambar di atas...

Bolehlah kita save mana-mana data atau file penting yang dikehendaki. Selamat mencuba! Nak download software ni, boleh klik di SINI.

Tiada ulasan: