Khamis, 21 November 2013

Kalau komputer tak bunyi BEEP...


Mengenal tanda-tanda komputer kita ada masalah ialah salah satunya pada bunyi beep bila kita ON kan komputer. Boleh rujuk di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang bunyi BEEP ini. Ok berbalik tentang tajuk entri tadi, kalau komputer tak bunyi beep ada dua kemungkinan.

Pertama masalahnya ialah Power Supply rosak. Boleh cek power supply sama ada berfungsi ataupun tidak apabila kita ON kan komputer dan perhatikan kipasnya. Kalau tak berpusing, maknanya nak yang barula tu. Harga power supply yang baru sekitar RM60.

Yang kedua masalahnya ialah Mother Board. Untuk mengenalpasti mother board rosak ataupun tidak, cuba kita perhatikan kipas Prosessor akan berpusing apabila kita ON kan komputer. Kalau berpusing tetapi takde bunyi beep dan window tak keluar serta gelap je skrin, tandanya rosakla tu. Kemungkinan kapasitor dia rosak.

Kalau mother board yang baru harganya lebih kurang RM700, bergantung pada jenis dan jenamanya. Mungkin lebih mahal, kadang harganya lebih kurang CPU yang baru. Baik beli yang baru, semua dah lengkap.

Oklah, itu sahaja perkongsia untuk kali ini. Terima kasih sudi membaca...

Tiada ulasan: