Isnin, 4 November 2013

Nak download subtitle filem?


Bila kita tengok sesuatu filem atau cerita,, peranan subtitle ataupun sarikata amatlah penting untuk kita lebih menghayati dan memahami jalan ceritanya. Kalau orang yang memang faham bahasa inggeris ataupun bahasa lain tak menjadi masalah bagi mereka. Bagi penulis yang kurang faham bahasa inggeris ni amatlah membantu apabila ada sarikata.

Mungkin ada yang sudah tahu di mana kita boleh download subtitle sesebuah cerita. Bagi yang belum tahu, penulis akan berkongsi dengan semua. Kita boleh download di laman web Subscene.com, dekat sini boleh dikatakan semua subtitle filem, boleh kita dapat dan dalam semua bahasa ada.

Subtitle bahasa Melayu ada tapi tak banyak sangat, cuma penulis biasa ambil subtitle cerita dari terjemahan MOR dan Apiq Ader. Dua orang ni memang rajin dan best, sebab kalau ada filem baharu je mesti ada subtitle dari salah seorang dari  mereka. Puas hatilah...

Cuma kalau tak ada subtitle dari mereka, penulis akan ambil subtitle dari Indonesia sebab bahasa mereka lebih kurang je dengan kita. Penterjemah dari Indonesia ramai sangat,, cuma yang biasa penulis download adalah dari Sang Pangeran, Lebah Ganteng dan Geraldine. Subtitle mereka Sync dan sangat bagus! Terbaiklah...

Oklah, itu sahaja perkongsian kali ini. selamat mencuba...

Tiada ulasan: