Selasa, 17 April 2018

My First Umrah ( Part 2 )

Alhamdulillah rezeki penulis dapat tajaan dari mak saudara disebabkan beliau tidak mempunyai mahram. Penulis pergi umrah melalui Juara Travel dan memang rezeki dengan syarikat ini di saat akhir. Setelah berserah dengan Allah SWT di mana penulis telah bertanya dengan semua travel yang popular dan semuanya telah penuh koutanya.

Harga umrah ketika musim cuti sekolah agak mahal berbanding hari biasa. Musim bulan Ramadhan juga sama. Perancangan  dan jadual perjalanan Juara Travel membawa jemaah teratur dan kemas, hampir semua jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan nya.

Selain dari pakaian, ubat-ubatan seperti Panadol, ubat batuk, ubat selsema, minyak angin, losyen dan pelembab bibir sebaiknya kita beli dan bawa dari Malaysia sahaja kerana harga ubat di sana agak mahal. Cermin mata hitam digalakkan untuk dibawa kerana cuaca di sana menyebabkan mata kita menjadi silau. Semua barangan ini dibenarkan untuk dibawa naik dalam kapal terbang dalam kuantiti yang sedikit.

Tentang charger telefon jangan risau, setiap kerusi dalam kapal terbang dan bas di sana memang ada plug untuk kita cas. Rasanya kalau tak bawa Powerbank pun takpe. Plug charging USB pun ada. Di dalam kapal terbang setiap seorang ada skrin untuk kita menonton filem atau pun melihat panorama dari kamera luar kapal terbang.

Setiap checkpoint, sebaiknya kita mengikut apa sahaja arahan petugas dan jangan risau pegawai Arab yang bertugas ada yang boleh berbahasa Melayu. Apabila melihat orang Malaysia, mereka sangat mudah berurusan dan jangan lupa berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan.

Sedikit tips, nak bawa balik air Zamzam hendaklah kita isi dalam botol yang kecil dan botol tersebut kita balut dengan salotape dan gulung dalam baju. In Shaa Allah lepas...

Bersambung part 3

1 ulasan:

Susan berkata...

Very useful info. Hope to see more posts soon!. This is the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.