Rabu, 4 Februari 2009

Senyuman...


Senyuman ia percuma tapi amat berharga. Ia menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskn. Ringkasnya seperti kilat tetapi berlegar di ingatan sepanjang masa tidak ada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya. Dan tidak ada sesiapa yg terlalu miskin hingga tidak mampu memperolehinya. Ia menjadikan sesebuah rumah tangga bahagia, kebaikan dalam prniagaan dan kemesraan dalam persahabatan. Ia memberi kekuatan kepada yang keletihan, memulihkan semangat yang kecewa, menggembirakan yang dalam kesedihan dan ubat yang mujarab kepada kerungsingan, ia tidak boleh dibeli, dipinta, dipinjam atau dicuri kerana ianya berharga hanya bila diberi sebagai hadiah dan tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yg tidak lagi memilikinya untuk diberi kepada orang lain. Ia adalah sedekah yang paling mudah diberikan tanpa memerlukan sebarang modal.

Tiada ulasan: