Selasa, 18 Ogos 2009

Mutiara Kata...

Kalau anda arif bijaksana, anda akan mengetahui bahawa kegagalan anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan anda.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah.

Apabila orang yang dipandang sebagai ketua, mudah memarahi seseorang dengan tuduhan yang bukan-bukan, nilai hormat orang lain terhadapnya akan luntur.

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri.

Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai pengajaran dan pengalaman, yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan yang akan dating jangan diangan-angankan.

Gunung yang tinggi tidak dapat menakung air, tetapi lembah yang rendah dapat menakung air. Ini membawa erti bahawa orang yang meninggi diri tidak dapat memikat hati orang tetapi orang yang merendah diri dapat memikat hati orang.

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri...mudah2an dpt melakukn yg baik dan menjauhi yg tidak baik yer....:)