Khamis, 26 November 2009

Nasyid Sempena Iduladha


Di sini, penulis menyenaraikan beberapa buah lagu nasyid untuk dimuaturun sempena hari raya Iduladha kali ini. Selamat mendengar...

1) Haji akhir zaman : Downlaod

2) Nabi Ibrahim membina Kaabah : Download

3) Sejarah pengorbanan : Download

4) Sofa dan Marwah : Download

Rabu, 18 November 2009

Doa Seorang Kekasih...


"Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... Amin..

Rabu, 11 November 2009

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan November

Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Hepi besday to my fren Izwan Shahri Shahdin... May Allah bless you.

Ahad, 1 November 2009

Road To Nurul Iman ...


Simpang masuk ke Jalan Paip

Dulu Pasaraya Meru kecik jer. Dekat sebelah kiri simpang ni ada kedai makan, nama dia Kedai Makan Maimun. Penulis selalu pesan mi hailam sebab kuahnya banyak pastu orang cakap kalau nak makan murah dan kenyang pergilah kedai ni. Memang betul pun sebab bila makan nasi ayamnya penuh satu pinggan. Memang kenyangla bila makan. Masa harganya dalam RM2.50 lagi tapi sekarang tak taula berapa...


Ni permulaan nak masuk ke Jalan Paip, dekat sini kalau hari Jumaat ke Sabtu ada pasar pagi, penulis pon dh tak ingat sebab dah lama tak pergi sana. Bila sampai dekat pasar tu mesti kita akan dengar orang cakap macam ni : Bocor bocor bocor tampaaal.


Jalan Paip Meru

Penulis pernah berjalan kaki dari sini bila nak masuk ke Nurul Iman dan mengambil masa dalam 2 jam, tu pun dh ikut jalan shortcut. Dulu ada bas masuk ke sini sampai ke Kampung Budiman jer. Tapi sekejap je pastu dh takde dah mungkin orang kurang kot. Kalau kita jalan kaki mesti ada orang berhenti dan bagi tumpang.


Jalan Kem Bina Negara

Dekat tepi jalan ni dulu ada anak sungai dan empangan air, selalu jugak kitaorang mandi dekat sini bila habis jungle tracking. Besss air dia sejuuukk.


Jalan Kampung Bukit Cherakah

Jauhkan... sayup jer mata memandang dari sini. Pernah jugak jalan kaki kat sini bila balik dari solat Jumaat dekat masjid kampung budiman bila tertinggal van. Masa tu masjid al-barokah belum ada lagi jadi kami semua sembahyang dekat sana.


Kampung Bukit Cherakah

Dekat sebelah kiri jalan ni, ada kilang air mineral tau, nama dia Bleu kalau tak percaya cuba beli satu pastu tengok label dia. Lokasi punca air cuba baca kat situ mesti adalaa. Kilang air pernah memberi sumbangan ikhlas dekat Nurul Iman, berkaton-katon dapat air mineral free. Masa tu air paip mana ada lagi, kami pakai air hujan, air dalam tanah dan air sungai jer untuk kegunaan harian. Bila dapat air mineral ni sukaa sangat.


Jalan masuk ke Nurul Iman

Masa mula-mula penulis sampai ke sini, jalan ni masih lagi bertanah merah dan berlubang-lubang. Kiri dan kanan penuh dengan lalang dan rumah yang ada masa tu dalam dua tiga buah jer. Masa tu fikir betul ke jalan ni? dan betul ke ada sekolah dekat sini?...



Keadaan Nurul Iman ketika mula-mula penulis sampai ke sana. Hanya beberapa bangunan sahaja yang ada dan bangunan sekolah dua tingkat yang di atas bukit masih lagi belum dibina.