Selasa, 29 Disember 2009

Kenanganku di Nurul Iman

Dari terengganu sampai ke bukit cherakah, meru klang. Jauhkan? tapi itulah kuasa Tuhan yang maha Esa lagi berkuasa. Mula-mula sampai ke Nurul Iman, tengok jalan je dh fikir macam-macam dalam kepala. Betulke ada sekolah dekat atas bukit ni? Dengan jalan yang berlubang-lubang, takde tar masa nak naik tu.

Macam mana boleh sampai ke sini. Macam ni ceritanya... Penulis mempunyai seorang kawan yang sama-sama belajar dekat pondok dulu. lepas habis dekat sana kami still kontek2 lagi. Nama dia razif, dekat kampung dia (banting) tu dia pon ada kawan jugak nama dia Ismail. Jadi Ismail ni yang ajak razif belajar sekali dekat Nurul Iman. Sekali si razif ni sajes kat ayah dia bagi taula saper2 yang nk belajar dekat Nurul Iman sekali dengan dia. Pastu ayah razif ni kenal pada kawan kepada kakak penulis.

Yang kawan kepada kakak penulis ni pon bagi taula dekat kami yang ada sekolah agama yang bagus dekat klang. Kakak pon tanya, nak sekolah dekat sana ker? Penulis ni memang kaki jalan dan suka jalan2, apa lagi setuju jelaaa. Lupa nk bagi tau yang ismail ni dia tahu Nurul Iman daripada kawannya nama Anas. Ayah anas ni ada kawan yang tahu tentang pondok Nurul Iman. Begitula salasilah penulis boleh sampai ke Nurul Iman ni.

Masa mula-mula sampai, memang sedihla sebab Nurul Iman masih lagi baru dan sepi. Masa tu jalan pon tanah merah lagi, dataran Nurul Iman pon xder lagi. Hanya ada surau kelas, asrama lelaki dan beberapa bangunan lagi. Bangunan dua tingkat dekat atas tu pon tkde lagi. Tapi masa penulis rasa seronok sangat sebab suasana masa tu tenang sangat... Nyaman jer... Masa sampai tu sumer mata-mata yang ada dekat dalam kelas tengok dekat luar... he3 malu jugak.

Lepas daftar, penulis pon masuk asrama dapat bilik dekat tengah. Masa tu ada 3 bilik, yg no. 1 untuk senior2 la, yg tengah ni biasa2 dan yang no.3 untuk budak kecik. Masa tu pelajar takla berapa ramai sangat kira boleh bilang dengan jarila. Memang seronok belajar masa tu, setiap hari sabtu kakak dari ITM mesti datang buat tusyen untuk kami2 ni sebab kekurangan guru masa tu. Kami dibahagi setiap kumpulan dan kumpulan yang paling bez adalah kumpulan Kak Deena. Sampai sekarang kami x jumpa lagi dengan kak deena ni sebab orang cakap dia jadi pramugari...

Hehehe kalau sebut tempat baru ni memang tak lepas dari gangguan. Histeriala... Benda2 tu rasuk budak pompuan jer... seingat penulis masa tu ada 4 orang yang kena rasuk. Nama2 mereka tak payahla dibagi tau sebab nak jaga aib orang kan. Kesian diaorang tau, pernah sekali 3 orang sekali kena rasuk, masa tu tengah2 malam pulak. Kami2 ni (budak lelaki) memang tak takut lansung sebab suka tengok diaorang kena rasuk, sebab suka kacau balik ha3. Masa tau diaorang kena rasuk, kami semua di arah untuk mencari mereka sebab bila kena rasuk je mesti diaorang lari naik atas bukit yang atas sekali tu. yang dekat dengan kelapa sawit tu...

Seram? he3 entahla sebab kami ni ramai-ramai jadi rasa takut tu hilang. Kami pon carila sampai nak masuk subuh tak jumpa lagi, bila orang tarhim barula jumpa. Tu pun ustaz kami yang jumpa (Ustaz Mukhlas) dekat bawah pokok dekat belakang tandas perempuan. Kami ni habis pusing satu Nurul Iman cari diaorang, last2 ada kat situ je. Diaorang ni nampak kita tengah cari tapi tak dapat buat apa2 macam seolah-olah disorok oleh benda tu. Ni cakap2 diaorang masa tu.

Yang kami ni cari sampai satu bukit dekat atas tu pon tak jumpa, habis semua tempat kami cari tapi tak jumpa masa sebab masa lari tu orang nampak menghala ke bukit. Memang dah putus harapan masa tu sebab dh nk subuh, letih lagi campur mengantuk jugak. Tapi akhirnya dapat jumpa jugak bila waktu tarhim, tiga2 sekali ada dekat tempat tu. Belakang tandas perempuan ada macam kebun tempat diaorang jemur kain. He3 kami taula sebab dah tawaf satu Nurul Iman masa tu.

Ada lagi nk cerita ni, tapi sambung nantila yer sebab penulis nak wat kerja dulu...
Tunggu yer...

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri ...kenangan itu indah kan menjadi memori...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...