Antara pelajar yang bersama penulis ketika mengajar di Nurul Iman adalah Ustaz Robaen, Ustaz Mahalli, Ustaz Ali Rahmat, Ustaz Zaki dan Ustazah Abidah. Mereka adalah di antara banyak2 pelajar yang dipilih untuk mengajar di sini. Paling sedih waktu majlis perpisahan yang diadakan untuk penulis, waktu tu Tuhan sajer yg tahu. Sebelum itu penulis tidak menyangka yang majlis tersebut akan diadakan, kiranya suprise la ni...
Penulis sangat kagum dengan semangat adik-adik di Nurul Iman yang sanggup membuat persembahan pada malam itu. Ada yang nasyid, bersajak, hadrah, dan ada jugakla pentomen. Sebenarnya diaorng sumer ni kreatif sbb boleh berlakon lawak spontan dan on de spot. Penulis masih ingt dimana persembahan hadrah diadakan, waktu tu mereka blom ada lagi kompang yang khusus untuk persembahan. Tau apa yang mereka guna? Ha3 kalau difikirkan balik memang kelakar tol...
Ada yang guna baldi, gayung, tin kosong, besen, botol dan buluh. Pengetuk mereka modifaid sendiri tapi yang bestnya bunyinya sedap... Kira unikla persembahan mereka ni. Memang kreatif sebab guna barang-barang terpakai dan yang ada jer. Sumer guru yang ada pada malam tu rasa terhibur dengan persembahan mereka. Antara nama pelajar yang penulis masih ingt dlm persembahan hadrah tu adalah mustafa sebab dia yang pegang buluh.
Yang paling terkesan adalah hadiah-hadiah yg penulis terima daripada adik-adik Nurul Iman. Sampai sekarang penulis masih lagi menyimpannya dengan baik (ada masa nanti penulis akan tunjuk dlm blog ni gambarnya). Macam-macam yang penulis dapat antaranya Al-quran, duit, baju, surat, kain sarung, pen, poskad dan pelbagai lagi. Sabun mandi pon ada jgk... Penulis amat berterima kasih pada mereka semua. Bila ada masa terluang, penulis akan membaca semula semua surat-surat daripada adik-adik Nurul Iman. Masa tu terkenang semula peristiwa lama di Nurul Iman.
Pada malam tersebut, penulis juga ada membuat persembahan terakhir untuk adik-adik Nurul Iman. Kalau tak silap penulis menyanyikan lagu Kumpulan Saujana kot tapi tajuknya tak ingtla walaupun suara tak sedap. He3 masa tu kumpulan nasyid saujana fames sekali, antara lagu yg best keluarga bahgia dan sepohon kayu. Kalau ada yang ingt dalam kumpulan nasyid Sufimurni, salah seorang dari anggotanya sekarang menjadi penyanyi terkenal masa kini. Dah pon jadi pelakon jgk tapi dalam drama gerak khas selalu jadi orang jahat. Dulu dia selalu jgk ikut berlakon dalam pentomen.
Dalam banyak-banyak kelas yang penulis mengajar, penulis masih teringt dengan kelas tingkatan 2B. Kalau ada diantara mereka yang membaca tulisan ini, penulis menyusun 10 jari ini untuk meminta maaf sebanyak-banyaknya sebab penulis ada banyak salah dengan mereka. Dek kerana ketidaksabaran hati penulis, mereka banyak kena denda. Maafkan penulis... Kalau diizinkan dapat berjumpa dengan mereka, penulis berharap dapat bersalaman meminta maaf dengan mereka semua. Mungkin sebab waktu itu penulis masih lagi cetek dan kurang pengalaman untuk melayani mereka.
Akhir kalam, walaupun penulis telah lama meninggalkan adik-adik Nurul Iman tetapi di dalam hati ini tetap mengingati mereka. Mungkin ada diantara mereka yg telah lupa pada penulis, itu memang sudah menjadi lumrah manusia. Seperti kata-kata yang selalu digunakan dalam pidato, tidak dinamakan lautan jika tidak bergelora dan tidak dinamakan manusia jika lalai dan lupa. Yang penting dalam hati ini masih tersimpan rapi kenangan-kenangan di Nurul Iman beserta orang-orang disana...
Jumpa lagi di In Memories Season 2!...
Ahad, 17 Mei 2009
Khamis, 14 Mei 2009
Satu Rindu ( Buat Ibu )

Lagu ini ditujukan khas buat insan yang bergelar ibu, mak, ummi, ma, mama, emak, mummy dan apa sahaja panggilan yang khas buat mereka. Jasa mereka amatlah besar dan tidak terbalas oleh kita sebagai anak. Jadi, kita jangan lupa untuk mendoakan kepada mereka agar menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh, amin... Terima kasih ibu...
Judul : Satu Rindu
Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick Feat Amanda
http://liriknasyid.com
Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu
Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu
Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu
Untuk muaturun lagu ini, klik disini : Download

Selasa, 5 Mei 2009
Rahsia Orang Yang Lahir Bulan 5 (Mei)

Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
Isnin, 4 Mei 2009
Kasih Ibu...

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,
ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya,
berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu
tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,
penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.
'HAYATILAH INTAN PERMATA KITA'
Selamat Hari Ibu...

Langgan:
Catatan (Atom)