Selasa, 15 September 2009

Renungan Di Pagi Syawal


Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula kehadapan bagaimana nasib kita
Adakah kita mati di dalam husnul khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
Ia hari bersyukur menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan kita sesama kita

Bertimbangrasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Ramadhan...


Nadamurni - Aidul Mubarak :Klik Download

Isnin, 14 September 2009

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan September


Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

Ahad, 13 September 2009

Lagu Gigi Warisan Kita


Gigi warisan kita
Bersama kita menjaga
Murid dan warga tua
Kita dan kanak istimewa

Khidmat pergigian
Prihatin professional
Pencegahan itu
Tanggungjawab semua

Kebersihan mulut kurangkanlah gula
Makanan seimbang diamalkan
Rawatan diberi gigi kekal abadi
Sejahtera bermula di sini

Di mana kita berada
Bersama berusaha
Kesihatan dijaga
Kepentingan bersama

Khidmat pergigian
Prihatin professional
Pencegahan itu
Tanggungjawab semua...


Untuk muaturun lagu ini dalam format MP3, sila klik di sini : Download