Rabu, 10 November 2010

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Zulhijjah

Jika anda jahat, anda akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, anda akan menjadi terlalu baik. Anda sering mendapat padah hasil dari perbuatan sendiri. Anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana anda tidak dapat memberikan garis pemisah, anda sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatan anda itu. Anda seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.

Selasa, 9 November 2010

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Zulkaedah

Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada diri anda dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Anda seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti anda akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupan. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala anda menjadi keliru. Anda seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.