Ahad, 19 Jun 2011

AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI...

Assalamualaikum semua. Jom join lagi segmen yg dianjurkan oleh Abg Ben Ashaari. Nak join klik di SINI dan tutup kul 10 malam ni (19 Jun 2011). Segmen tentang ayah kita semua...


Erm....mungkin tak dapat nak menulis macam mana kasih sayangnya seorang bapa dan tidak dapat mengungkapnya dengan kata-kata. Pernah tengok cerita hindustan Kuch-Kuch Ho Ta Hai tu? Kisah tentang Anjali yang tidak dapat kasih sayang daripada ibunya cuma dapat baca surat-surat dari ibunya sahaja. Bila dapat tugasan untuk bercerita tentang ibu, dia kelu dan menangis... Nasib baik ada ayahnya (Shah Rukh Khan) datang bekap. Fuhhh.... sedih, mengalir air mata masa tu.
Kisah hidup penulis cuma begini, dapat bersama ayah sehingga umur 5 tahun dan selepas itu terus berpisah hidup. Waktu kecik-kecik, tengok kawan-kawan semua ada ayah. Orang pergi mana-mana dengan ayah, kita dengan mak. Lidah ni hendak bertanya tapi berat bila melihat muka mak.
Bila dengar lagu dari Nadamurni Di Pondok Kecil dan lagu Anak Pejuang dari Shoutul Jihad memang mengalir air mata ni... Betul, tak tipu... Dua lagu ni memang ada kena dengan hidup penulis sendiri cuma ayah penulis bukanlah pejuang... Namun apa pun, sebagai anak tugas kita sentiasa berdoa untuk kedua orang tua kita. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. Hargailah mereka sementara masa masih ada... Terima kasih abah...

4 ulasan:

Lulu Caldina berkata...

lulu datang baca kisah kamu..

SoLy SoLicious berkata...

suke sgt dengan lagu dipondok kecil tu...sungguh tacink kowt dgr lagu tu..

singgah dr segmen abg ben..
dtg bace kisah ayah kamu :)

pRiNCe berkata...

prince dtg membaca kisah ayah awk..:)
selamat hari bapa...
lau prince nak bagi rm50 awk nak x?

http://www.prince91.com/2011/06/contest-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html

Santri T.P.I.N.I berkata...

terima kasih lulu sbb sudi dtg jenguk2 blog yg x seberapa ni.

terima kasih soly sbb sudi jugak baca2 N3 dlm blog sy ni...

terima kasih prince sbb sudi bertandang di blog sy yg serba kekurangan ni.