Isnin, 27 Jun 2011

Doa Nabi Adam

  Tahukah kita, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Baginda sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurangnya.

    Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

    Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Inilah doa yang dibaca oleh Nabi Adam ketika baginda bertaubat kepada Allah :

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

2 ulasan:

Jangan Kalot berkata...

tazkirah :)

Blogwalking! lawati blog saya bgi saper yang belum lawat dan sudilah follow. :D

Unknown berkata...

trm kasih sbb sudi jenguk2 blog sy yg tak seberapa ni.