Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.
Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?"
Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."
Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim."
Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya. Sebenarnya orang-orang barat sudah lama tahu akan perkara ini dan mereka sudah mengkajinya. Buktinya hari ini memang banyak seperti orang membuat Facebook, Friendster, My Space, Blogger dan macam-macam lagi.Rezeki yang mereka dapat melimpah-limpah kerana semua orang menggunakannya dan dengan menggunakan aplikasi internet tersebut mereka dapat menjalikan hubungan sesama keluarga, rakan dan semua orang. Jadi dengan hubungan silaturrahim ini memang punca murah rezeki dan bila ramai kawan hati pun senang sebab boleh berkongsi masalah dan tidak lagi susah hati.
klik untuk zoom |
Kepada kawan-kawan blogger dan My Follower, terima kasih diucapkan kerana sudi menjenguk-jenguk blog penulis ini. Semoga hubungan silaturrahim kita terus berkekalan, amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan