Ahad, 28 Ogos 2011

Renungan di pagi Syawal


Lagu : Renungan di pagi Syawal
Nyanyian : Nadamurni
Vokal : Arwah Ustaz Asri

Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula kehadapan bagaimana nasib kita
Adakah kita mati di dalam husnul khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
Ia hari bersyukur menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan kita sesama kita

Bertimbangrasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Ramadhan...

===============================

Follower terbaru penulis yang ke-181 : Ziraziz

8 ulasan:

Saiazuan berkata...

salam aidilfitri :)

maszull berkata...

salam santri...selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin dr mama sekeluarga ye....

saya cello191 berkata...

selamat hari raya..^^

Santri T.P.I.N.I berkata...

@Ziraziz

Terima kasih di atas tutorialnya, dan juga mama maszull...

ILA HonEyBuNNy berkata...

ramadhan dah nak berakhir...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

nelly berkata...

Nelly The Strange nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !
:)

アヌム ちゃん berkata...

selamat hari raya :)

Gen2Merah berkata...

salam aidilfitri nurul Iman.. juga tak lupa salam kemerdekaan buat semua..