Ahad, 4 September 2011

Kelebihan puasa 6 syawal

 

Mesti semua pernah puasa enam setiap tahun. Kebiasaannya orang tua-tua akan berpuasa bermula dari 2 Syawal lagi mereka berpuasa sehinggalah hari ke-8 Syawal. Barulah mereka beraya dan dipanggil pula Raya Enam. Ada kelebihannya mereka berpuasa lebih awal kerana mungkin hendak mengambil mood puasa di bulan Ramadhan yang belum lagi jauh. Jadi semangat nak berpuasa tu masih ada.

Dalam hadis nabi mesti semua pun dah tahu yang kelebihan berpuasa enam ini pahalanya seperti kita dapat berpuasa selama setahun. Kalau kita kira mengikut Matematikla, biasanya pada bulan Ramadhan setiap amalan kebaikan yang buat akan digandakan dengan sepuluh ganjaran. Kalau kita berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan, maka pahala kita akan menjadi 300 (30 X 10 = 300) bersamaan dengan 300 hari.

Kita tambah pula dengan 6 hari berpuasa di bulan Syawal, maka kita akan mendapat 60 (6 X 10 = 60) bersamaan dengan 60 hari. Cukuplah untuk setahun 360 hari, bermakna ibarat kita berpuasa selama setahunla tu. Semoga amalan puasa kita diterima dengan sempurna... Amin. Ini Nabi Muhammad yang beritahu pada kita semua cuma Nabi bagi KLU sahaja untuk kita berfikir mencari petunjuk seterusnya.

360 hari tu mengikut kiraan bulan Islam sebab dalam Tahun Hijriah cuma ada 360 hari sahaja. Kalau tahun biasa yang selalu kita guna ni ada 365 hari. Orang Islam menghitung perkiraan hari mengikut peredaran Bulan, yang orang putih buat ni mengikut peredaran Matahari. Dalam bulan Islam, setiap bulan ada 29 dan 30 hari sahaja pada setiap tahun. Kalau bulan yang biasa ni ada 28 hari, 29 hari, 30 hari dan 31 hari.

Bulan Februari pula mesti 28 hari setiap tahun dan setiap 4 tahun, barulah ada 29 Februari. Kesian orang yang lahir pada tarikh tu, kena tunggu 4 tahun sekali untuk sambut hari lahir. Orang yang bertanggungjawab memulakan Tahun Hijriah adalah Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang kedua. Beliau memulakan tarikh Hijriah bermula dari tahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Okla, itu sahaja perkongsian kali ini. Jom, sama-sama kita berpuasa enam ! Kena buat awal, kalau lambat-lambat nanti ada rumah terbuka sini, jamuan aidil fitri sana. Takut terlepas...

3 ulasan:

maszull berkata...

salam santri....selamat hari raya...

alhamdullilah sempurna sudah amalan berpuasa sebelum n sambung ngan puasa 6 yer...:)

ziraziz berkata...

blm stat lg pose 6.. :p

iMBobo berkata...

belum boleh start lagi, sbb byk jemputan open house hehe..