Hehehe saspen je tajuk entri kali ni... Sebenarnya tajuknya macam ni, betul ke ayam dengan ikan tak boleh dimakan sekali...? Sebab penulis ada terbaca semasa BW dalam entri tu bagi tau ayam dengan ikan tidak boleh dimakan sekaligus.
Sebabnya adalah untuk kesihatan kita. Ayam ni duduk dekat darat, ikan duduk dalam air jadi tak boleh dicampur sekali waktu makan. Kalau makan lauk darat, kena ambik yang darat je contoh ayam, lembu, kambing. Kalau lauk ikan, kena ambik yang jenis yang laut je. Tak boleh campur...
Betul ke cara ni...? Ada tak yang boleh jelaskan tentang ni sebab seingat yang pernah penulis belajar belum ada ada hadis Nabi yang mengatakan tentang ini. Cuma yang ada Nabi bagi tau semua hidupan di dalam laut, halal dimakan kecuali yang dua alam.
Contohnya buaya, memang haram dimakan sebab dia duduk dua alam. Dalam air pun boleh, darat pun boleh hidup. Tapi pelik juga kan orang yang buat statement tu, dia tak makan nasi ke...? Sebab padi ni duduk di darat, kalau makan nasi ambik lauk ikan mesti dah bercampur sekali juga....Hemmmm pelik-pelik, betul ke cara ni...? Apa pendapat anda semua...
10 ulasan:
heheheeh sajer buat gempak kann hehe...
err, kita makan je..hehe
betul la tu..untuk kesihatan makan 1 lauk je
xpenah dgr pun.. yg tau cume xboleh cmpur makanan sejuk dgn panas je..
betull... :)
pnah baca buku, baginda pn makan dgn tertib, xcampur makanan laut dan darat
hmm mcm mitos je? tp xprnah pn mkn skali..
ndak pasti pula...main makan je...hehehe. tapi dalam adat masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia...mereka tidak boleh makan lebih dari dua lauk. Kalau ari nie makan ikan...ikan je mereka makan. ndak ada makanan lagi. Kononnya, kalau bercampur, makanan boleh bergaduh dalam perut. Kalau tak silap ada dalam buku STPM sejarah Malaysia...
Betul..tak elok makan sekali ayam dgn ikan..
salam admin , saya nak tanya dari mana admin dapat hadis ikan n ayam x bole makan skali. saya cari x jumpa pon. tapi topik ini terkenal kat blogger je.
ps: jgn mudah terpercaya sesuatu jika kita tidak mengenal pasti punca nya
wslm jon smile, cuba baca balik apa yang saya tulis dalam entri ni, saya ada tanya pada kawan2 tentang hadis tentang perkara ni ada ke? bukannya saya tulis, yang saya pernah mendengar hadis ni... hehehe
Catat Ulasan