Rabu, 8 Ogos 2012

How to show back the hidden file

Hehehe, tengok tajuk entri kali ni speaking sikit. Kalau dalam bahasa kita bagaimana nak munculkan semula file yang tersorok atau tersembunyi. Pernah mengalami situasi dimana, bila kita cucuk pendrive dan bila buka dalamnya semua jadi shortcut dan ada file yang pelik.

Ini mungkin disebabkan oleh virus yang dikenali virus shortcut dimana semua file-file kita yang ada dalam pendrive jadi shortcut dan tak nampak, padahal sebenarnya file tu ada. Cara untuk mengatasinya ialah mula-mula kita scan dan bersihkan pendrive tu dengan antivirus yang ada.

Selesai semua tu, shortcut yang ada tu kita delete semua. Padamkan semua dan jangan tinggalkan walaupun satu. Setelah tengok semua dah takde, bolehla kita pakai software di bawah ini untuk mengembalikan semula file-file kita yang tak nampak tu jadi ada semula. Sebelum tu pendrive kita jangan di FORMAT.


Senang je pakai software ni. cuma tekan recovery the hide je. Tunggu sampai Finish dan semua file kita yang hidden tu akan nampak semula. Selamat mencuba... Nak download klik pada gambar di atas.

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri...memang terbaik info ni...:)