Selasa, 2 Julai 2013

Kod-kod Pergigian


Salam hormat buat semua pembaca dan teman-teman blogger. Siapa yang pernah pergi ke klinik gigi? Kalau kita perasan, semasa gigi kita diperiksa oleh doktor atau jururawat pergigian, ada kod yang dibaca sambil memeriksa gigi dan akan ditulis oleh pembantu doktor.

Setelah beberapa lama penulis bekerja di bahagian pergigian, barulah penulis tahu apa maksud kod-kod tersebut. Kali ini penulis ingin berkongsi dengan semua tentang kod-kod pergigian. Ok jom kita periksa, apabila doktor memberitahu kod-kod ini :
  1. Sound = Gigi sihat/ ok
  2. Karies = Gigi perlukan rawatan kerana berlubang
  3. Missing = Gigi hilang/ telah dicabut
  4. Extraction = Gigi perlu dicabut
  5. Filling = Gigi ada tampalan
Oklah, itu sahaja yang penulis dapat kongsikan. jadi kalau gigi kita diperiksa dan banyak dengar doktor gigi kata SOUND bermakna gigi kita banyak yang sihat dan ok. Selamat memeriksa gigi, sekurang-kurangnya setahun sekali...

5 ulasan:

NA berkata...

Baru tahu juga. Terima kasih kongsi maklumat.

-wina1979-

eray berkata...

teringat pengalaman cabut gigi pertama dalam hidup
memang mendebarkan...tapi alhamdulillah doktor tu cekap, so tak rasa sakit :)

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/khasiat-gla-tak-habis-sebotol-dah-hamil.html

Kancil 8349 berkata...

wah...info yang menarik...tapi Kancil ndak suka gi klinik gigi nie...sakit jiwa...hahaha...apapun terima kasih

Knor berkata...

samalah knor pun tak gemar nak pg klinik gigi..kalau sakit tanggung sendiri le..

Mas Zull berkata...

assalamualaikum santri...yer betul tu mmg kena tulis semuanya n mmg kena ingat satu2 ...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...