Khamis, 29 Januari 2009

Nostalgia

Bingkisan - Piepie

Perjalanan ini tiada hujungnya
Telah ku lalui dengan hidayahNya
Bersama mu teman yang ku kasihi
Bimbingilah diri ini...

Aku dahulu yang datang ke sini
Dengan hidayah dariMu ilahi
Menukar arah yang telah pergi
Bimbingilah diri kami...

Bersama-sama kita harungi
Segala cubaan dan godaan
Dengan satu tekad dan satu matlamat
Terjalinlah persahabatan

Ku hamparkan kasihku padamu
Ku curahkan cintaku kepadamu
Wahai tuhanku kurniakanlah
Hidayah dan pentunjukMu

Aku sanjungi jasamu kepadaku
Yang mewarnakan iman dihatiku
Indahnya coraknya dihiasi taqwa
Menuju Mu oh ilahi...

Aduhai teman usah kau cemari
Ukhwah ini yang telah terjadi
Kita binakan persahabatan
Berbekalkan keimanan...

Kiriman : Akhi Ismail

Selasa, 20 Januari 2009

Sekadar Mengenang Memori Lama...

Disini, penulis ingin mencatatkan nama-nama pelajar yang pertama setelah Nurul Iman memulakan sesi persekolahannya pada tarikh 30 Disember 1994 temasuklah pelajar yang masuk pada tahun 1995 juga. Tanpa mereka, Nurul Iman hanyalah bangunan batu yang dibangunkan dan dibina di tengah hutan kelapa sawit, Kampung Bukit Cherakah, Meru Klang. Mereka adalah 'Pioneer' yang mengenalkan Nurul Iman ke dunia luar.

Pelajar Lelaki :

1) Subairi
2) Izwan Shahri
3) Fadhil
4) Fauzan
5) Bobby Kurniawan
6) Hasanuddin
7) Mahmusa
8) Zahari
9) Khairi Amri
10) Ismail
11) Saifudir
12) Shahrul Nizam
13) Syamsul Idham
14) Razi
15) Khairuddin
16) Mahsuni
17) Samri
18) Mohsen
19) Mohd Razif
20) Hairul Aqubar
21) Haswad
22) Anas
23) Shahrizal
24) Mazlan
25) Abg Sulaiman
26) Abg Khairul
27) Fadzli
28) Syuaib (darjah)
29) Faizal


Pelajar Perempuan :

  1. Farah Erniyanti
  2. Musrifah
  3. Nor Ain
  4. Abidah
  5. Khatijah
  6. Nur Fazillah Alias
  7. Nor Fadillah Suradin
  8. Nur Fadhilah Mahsan
  9. Nur Aini
  10. Suziana
  11. Siti Sulaiha
  12. Yusmaniza
  13. Hasniliana
  14. Norhana
  15. Ismah
  16. Ida Royani
  17. Nurul Jannah
  18. Nur Hainiyah
  19. Nor Shahida
  20. Norvita
  21. Nor Juma' (darjah)

Selasa, 13 Januari 2009

Peristiwa Lucu Ketika Perhimpunan Pagi


Peristiwa ini berlaku ketika kami semua ( pelajar nurul iman ) menyanyikan lagu dalam perhimpunan pagi di Dataran Nurul Iman. Ketika itu setiap hari akan dilantik seorang pelajar untuk ke hadapan sebagai "kondakter" untuk setiap lagu yang dinyanyikan oleh semua pelajar. Mula2 lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan selepas itu barulah lagu Nurul Iman.

Tugas kondakter tersebut adalah untuk memimpin pelajar2 untuk menyanyikan ketiga-tiga lagu tersebut (seperti orang yang memimpin orkestra). Cuma dalam hati penulis masih terbayang-bayang bagaimana perkara tersebut berlaku, hati ini masih rasa nak ketawa dan lucu walaupun ianya dah lama berlaku ( ha3 ketawa dalam hati ).

Ceritanya begini, kami (pelajar lelaki) ingin sangat mendengar suara pelajar putri ketika menyanyi bersama-sama, jadi kami pun bersepakat bersama-sama merancang sesuatu... (he3). Sebelah malam kami semua berkumpul di surau atas (kini menjadi pejabat guru2) dan kebetulan pada waktu itu penulis yang akan menjadi kondakter untuk pagi esok. Kami semua telah berbincang dan mendapat idea untuk membuat isyarat tangan yang hanya difahami oleh kami sendiri...(he3)

Setelah semua isyarat2 itu difahami, kami pun berlatih sehinggalah betul2 faham dan menangkap apa sahaja (peka) isyarat yang diberi oleh kondakter melalui tangan. Setelah semuanya berpuas hati, maka kami pun tak sabar untuk melaksanakan misi kami pada pagi esok. Masing-masing dah bercakap sesama sendiri dan ada yang tergelak, ketawa dan macam2 lagi lagak masing2.

Esok pagi, kami semua bersiap seawal mungkin kerana tidak sabar untuk menjalankan rancangan dan selepas bersarapan kami terus beratur di dataran. Selalunya kami (pelajar lelaki) lambat datang untuk beratur tapi pada hari tu, kami pula yang awal. Semuanya dah stanby dekat dataran, jadi bila pelajar putri datang, dia orang jadi pelik kenapa pelajar lelaki hari ni semua dah ada, selalunya lambat jer...(kami beratur lelaki di depan dan perempuan di belakang) sebab tula lambat datang.

Mula kami semua dalam keadaan seperti biasa, menyanyikan lagu Negaraku. Penulis juga tak sabar untuk memulakan operasi, setelah selesai lagu tersebut penulis mula memberikan isyarat kepada pelajar lelaki ( yang bestnya diaorang ni semuanya spoting dan bekerjasama). Guru-guru juga tidak tahu rancangan kami ini. Penulis memberikan isyarat untuk menurunkan suara, diaorang ikut....Rancangan kami menjadi. Seterusnya isyarat untuk sebelah kanan diam, yg sebelah kiri jer yg nyanyi. Lepas tu tukar yg sebelah kanan pula yg nyanyi agar guru-guru tak sampai perasan plan kami ni.

Akhirnya sampailah pada lagu Nurul Iman. Kami mula menurunkan suara dan dari kiri ke kanan perlahan-lahan senyap dan tidak menyanyi tapi sekejap jer waktu tu. Rupa-rupanya selama ni barulah kami tahu yang pelajar putri ni juga tidak menyanyi, hanya beberapa orang je yang dengar suaranya. Mereka bergantung suara pada kami (pelajar lelaki) ketika menyanyi. Akhirnya rahsia mereka bocor apabila kami senyap seketika...

Setelah itu kami sambung balik nyanyian lagu Nurul Iman setelah mendapat isyarat daripada kondakter lagu. Dalam hati penulis masa tu nak ketawa je rasa sebab plan kami berjaya dan memerangkap pelajar putri yang tidak menyanyi bersama-sama dan untuk mendengar suara mereka. Kami semua pada masa tu dah senyum-senyum walaupun dalam keadaan menyanyi. Nasib baik guru-guru tak perasan sangat.

Begitulah ceritanya...hanya kami (pelajar lelaki) yang tahu rahsia ini selama bertahun sehinggalah penulis mencoretnya di dalam blog ini untuk tatapan semua...

Sekian. ha3..

Rabu, 7 Januari 2009

Rahsia Orang Yang Lahir Pada Bulan Januari


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.


( Berdasarkan kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah )

Sebarang pertanyaan sila hubungi : nis@ikhlas.com

Selasa, 6 Januari 2009

Senandung Nurul Iman

Nurul iman
Kota santri
Asyik senangkan hati
Tiap pagi sore hari

Putra putri berbusana rapi
Menyandang kitab suci
Pulang pergi mengaji
Mengaji ilmu agama

Mengaji ilmu agama (tafsir hadis)
Bermanfaat dunia akhirat (insyaallah)
Tempatnya di tepi hutan
Mahu jauh dari gangguan

Tempat romo kiyai Wahidin (soekarno)
Anak muridnya disuruh rajin (baca buku)
Belajar tafsir al quran
Juga ilmu pengetahuan

Nukilan : Ustaz Mukhlas Syarkun

Ahad, 4 Januari 2009

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS (1)

Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Khamis, 1 Januari 2009

Hidup Ibarat Roda


Aku melangkah pergi...
untuk menuntut ilmu...
sebagai menunaikan...
harapan ayah ibu...

Hidup ini...
ibarat roda....
Hidup di tengah kota...
Banyak dugaan dan cabaran

Dalam menempuh kehidupan harian
oleh itu marilah kawan sama-sama berusaha
agar nanti tidak ketinggalan
ibu bapa merasa senang....

Jangan biarkan ianya menangis
kerana kegagalan....
tapi biarlah ianya menangis
kerana kejayaan....

Marilah mari muda dan mudi
jangan bersusah hati..
berusaha tangga kejayaan
untuk masa hadapan...

Jikalau kau sudah berjaya..
ibu bapa dan guru jangan dilupa
kerna jasa mereka semua
kini kau telah berjaya..

Nukilan : Pendekar Laut 9414