Selasa, 31 Mac 2009

Nasyid pilihan minggu ini...

Disini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang lagu yang boleh mengingatkan kita kepada kenangan lama sewaktu berada di alam persekolahan bersama rakan dan kawan kita dahulu.

Judul : Melodi Perpisahan
Album : Dunia Oh Dunia
Munsyid : Lambaian Kasih
http://liriknasyid.com

Bertahun kita bersama
Satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi

Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yg dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali

Sekarang masa berpisah kenangan pahit indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan silap dan salah
Kita insan yg lemah
Yang kuasa hanya Rabbul Izzati

Doakan kebahagiaan
Ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa

Untuk muaturun, klik disini : Download

Khamis, 26 Mac 2009

Lihatlah Betapa Hebatnya Kebesaran Allah...

Bumi yang kita duduki ini hanya tersangat kecil kalau nak dibanding dengan planet-planet lain yang diciptakan Allah s.w.t. Fikir-fikirkanlah... Subhanallah ! Allahu Akbar !

Disini, bumi kita paling besar kedudukannya.


Kalau disini...

Kalau disini pulak...




Agak-agak, dekat mana kita yer kalau berada disini? Bumi dengan matahari pun tak terkelihatan... Subhanallah !

Selasa, 24 Mac 2009

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN
KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
4) Banyak jimak.


4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Banyak jimak.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,
hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan
atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun
lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang
membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU
BERIKUT :

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) Selepas berjimak.
3) selepas makan atau sebelumnya.
4) Ketika sedang makan.
5) Selepas memakan buah-buahan.
6) Selepas keluar dari bilik mandi.
7) Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang
panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN
MEMPERCEPATKAN TUA

1) Banyak melakukan jimak.
2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3) Banyak minum air di waktu pagi.
4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6) Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA
PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
3) melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Isnin, 16 Mac 2009

Terkenang Kisah Lama (samb. 2)


Penulis merasakan pengalaman sewaktu mengajar di Nurul Iman adalah yang paling melekat sekali dalam hidup ini. Mungkin ini disebabkan kerana peristiwa2 yg tak dpt dilupakan. Penulis amat berterima kasih pada Mudir Nurul Iman Bapak Kiyai Haji Tunggul Wahidin Soekarno yang memberi peluang kepada penulis untuk menimba pengalaman ini. Mungkin sebab itulah setiap pelajar Nurul Iman yang menamatkan pengajian akan dilatih menjadi Tutor (guru sandaran) supaya mereka dapat bersedia jika khidmat mereka diperlukan untuk menjadi guru satu masa kelak.

Peristiwa yang paling penulis tidak dapat lupakan ialah ketika mengajar subjek Matematik. Bayangkanlah kami2 ini lansung tidak ada pengalaman mengajar subjek matematik sbb kami dari aliran agama. Result SPM untuk math pon cukup2 mkn jer... Ni pulak kena ajar orang dlm subjek matematik. Tentang result SPM tu, penulis rasa tak perlulah dibagi tau pd sumer sbb penulis rasa malu.... he3

Pada waktu tu Tuhan sajerla yang tau mcm mana dlm hati ini, dpn budak2 kita nk ajar maths. Ha2 nasib baik diaorng tk perasan yg penulis tgh gabra ( menggelabah) sbb penulis cover habis... Malam sebelum mengajar tu, penulis pulun hbs study tentang apa yg nk ajar pada diaorng. Penulis amik yg senang2 dulu lah sbb nanti kalau ada apa2, penulis blh cover blk n corner2 sikit. (he3).

Nak dijadikan cerita, sedang penulis mengajar ni adala dua tiga orang pelajar yang sibuk buat hal sendiri. Penulis memang perasan yg diaorng ni tak bagi perhatian penuh ketika belajar. Mungkin diaorg tak yakin dengan penulis kot, yela orang baru lepasan SPM pastu kena mengajar pulak. Sebab tula diaorg wat selamber je bila penulis tengah mengajar. Dalam hati ni rasa terkilan jgk, yela kita nk bagi ilmu pada dia tapi mcm tk nk terima jer. Nak marah rasa kesian pulak.

Pastu bila dh siap mengajar, penulis selalu bertanya pada diaorang kalau ada yg tk fhm boleh tanya. Ada yang tanya dan ada yg faham dengan apa yang diajar. Penulis sengaja bertanya pada yg tk amik perhatian td, manala tau diaorng ni dh fhm ke apa yg diajar atau pun dh tau apa yg diajar oleh penulis. Rupa-rupanya mereka ni tak tau jgk... Hampeh tulla, ingtkan diaorng ni fhm rupanya buat2 pandai. Konon dh taula tu. Jd kenala explain balik pada diaorng ni... Sbb nanti bila bagi latihan, tak tau nk buat pulak. Dlm hati ni panazz jgk...tp dek kerana diaorng ni adik-adik kepada penulis, jadi sabarkan hati jela.

Ada jgk yang nakal, suka wat bising dan main dlm kelas dan ada jgk yg baik dan skima. Setelah beberapa lama mengajar mereka,banyak yang penulis dapat pelajari tentang sikap dan perangai daripada mereka. Dalam hati penulis banyak berasa bersalah pada mereka kerana ketidaksabaran hati penulis.

Bersambung lagi... He3 sori lom hbs cerita lagi daa.

Selasa, 10 Mac 2009

Lagu Yang Tak Pernah Didendangkan

Rabiulawal bersejarah
Bulan lahirnya Rasulullah
Pada tanggal 12
Bersamaan tahun gajah

Lahirnya membawa agama
Untuk semua manusia
Datangnya mengubah segala
Kegelapan kepada cahaya

Ayahnya Abdullah telah pun meninggal
Sewaktu ia masih dalam kandungan
Ibunya Aminah tinggallah seorang
Dilindungi rahmat dari Tuhan yang Maha Esa

Pada pagi Isnin Rabiulawal
Lahirlah nabi junjungan kita
Nabi Muhammad rasul mulia
Seluruh alam mendapat rahmatnya

Nabi Muhammad
Nabi akhir zaman
Akhlaknya penuh dengan kasih dan sayang
Dan juga menjadi rasul pilihan

Nukilan : Kumpulan Sufimurni

Ahad, 8 Mac 2009

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Mac


Berpersonaliti yang menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.