Pada zaman dahulu ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di tengah-tangah sebatang jalan. Kemudian raja itu bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang mahu menggalihkan batu besar yang menghalang sebahagian jalan itu. Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan raja itu, ketika melalui jalan itu dan berhadapan dengan batu besar lantas membelokkan langkah, agar dapat melalui jalan itu. Ramai juga merungut dan dengan lantang mengecam raja kerana tidak prihatin dengan rakyat dengan memastikan jalan yg dilalui itu sempurna tanpa halangan sebegitu.
Tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan atau mengalihkan batu besar itu. Kemudian kelihatan seorang petani, membawa sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di perintang jalan itu, ia meletakkan bebanannya lalu berusaha menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan. Dengan susah payah, ia akhirnya dapat mengalihkan batu itu.
Ketika petani itu hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet terletak di bawah batu besar tadi berada. Dompet itu berisi wang emas yang banyak serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahwa wang emas itu diperuntukkan bagi orang yang mengalihkan batu besar itu dari tengah jalan.
Pengajaran yang diperolehi:
Dengan kejadian itu si petani mengerti dan menerima suatu pengajaran yang takkan pernah difahami oleh ramai orang: "Setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan".Selain daripada itu kebanyakan orang suka komen sesuatu tanpa bertindak. Ramai orang juga sering memberi saranan dan cadangan. Cadnagn itu kadang-kadang amat bernas dan baik. Walaupun sebaik mana sesuatu cadangan, atau sehebat mana sesuatu komen. Apabila dia tidak betindak maka sebenarnya tidak ada apa-apa makna malah tidak menyelesaikan masalah itu. Orang sering mengatakan orang lain tidak betul tanpa apa-apa alternatif atau tindakan dari dirinya. . Usahanya yang kecil sebenarnya boleh mengubah keadaan dan selalunya akan memberikan keuntungan kepada dirinya sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan