Oleh kerana kami pelajar-pelajar Nurul Iman kekurangan guru yang mengajar, setiap pelajar yang telah menghabiskan pengajian disini akan dipilih untuk menjadi tenaga pengajar (Tutor) bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan pelajaran di Nurul Iman. Bagi yang terpilih akan diberikan matapelajaran yang akan diajar kepada adik-adik di Nurul Iman.
Pada waktu itu penulis diberikan tugas untuk mengajar matapelajaran matematik, sains, bahasa melayu dan subjek agama. Walaupun susah, namun penulis terima sebagai cabaran. Waktu pembelajaran di Nurul Iman ada 2 sesi, pagi dan petang. Pada sebelah pagi, penulis mengajar di sekolah menengah dan di sebelah petang sekolah rendah.
Memang banyak cabaran dan dugaan namun disebalik itulah banyak kenangan yang manis dan indah yang diperolehi penulis. Ada jgk yang nakal, suka wat bising dan main dlm kelas dan ada jgk yg baik dan skima. Setelah beberapa lama mengajar mereka,banyak yang penulis dapat pelajari tentang sikap dan perangai daripada mereka. Dalam hati penulis banyak berasa bersalah pada mereka kerana ketidaksabaran hati penulis.
Penulis amat berterima kasih pada mereka semua kerana banyak memberi pengalaman pada penulis. Paling terkesan ialah penulis dapat mempelajari bagaimana untuk 'tackel' hati budak2 yang nakal ni. Kalau pelajar yang skima ni senang sikit nk tangkap perhatian diaorg tp yg nakal2 ni susah sikit namun setelah beberapa lama akhirnya penulis memperolehi cara tersebut. Bagaimana untuk mengambil hati dan perhatian mereka supaya memberi perhatian penuh ketika belajar.
Kalau mengajar di sekolah rendah ni boleh la kita goreng2 sikit kalau ada soalan yang ditanya kita kurang memahaminya. Tapi di sekolah menengah ni lain sikit, kita kena betul2 mantap dan penuh ilmu dan pengetahuan di dada dan kepala. Kalau tak nanti kita pulak yang kena goreng... he3. Pernah satu ketika penulis tengah mengajar subjek maths, sekali ada yang tanya " macam mana nak buat yang ni ustaz?" hahaha penulis terkantoi sebab tak leh nk buat pada hal senang je cuma tak ingt formula. Nasib baiklah ada sorang pelajar yang tolong penulis waktu tu... ha3 terkena sungguh masa tu. Dia yg tolong selesaikan masalah maths tu. Alhamdulillah...
Setelah beberapa lama mengajar di kelas 1B, akhirnya penulis dapat menguasai dan mengawal mereka dengan baik. Sebenarnya mereka semua ni baik2 belaka cuma ada yang nakal tu kita kena pandai handle dan tackle mereka dengan bijak. Penulis pun dan sayang pada mereka semua kerana mereka baik sangat. Baik pelajar lelaki mahu pun perempuan. Waktu yang paling sedih ialah apabila penulis terpaksa meninggalkan mereka kerana ingin menyambung pelajaran, waktu tu penulis rasa sedih sangat2 sebab mereka semua dah baik dan sayang pada penulis. Bukan kelas 1B je, tapi kelas2 yang lain jugak 1A, 2A, 2B, 3A, 3B, Tingkt 4, 5 dan sekolah darjah.
Ada sikiiiit lagi, sambung lagi yer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan