Ahad, 17 Mei 2009

Last Chapter Of Terkenang Kisah Lama

Antara pelajar yang bersama penulis ketika mengajar di Nurul Iman adalah Ustaz Robaen, Ustaz Mahalli, Ustaz Ali Rahmat, Ustaz Zaki dan Ustazah Abidah. Mereka adalah di antara banyak2 pelajar yang dipilih untuk mengajar di sini. Paling sedih waktu majlis perpisahan yang diadakan untuk penulis, waktu tu Tuhan sajer yg tahu. Sebelum itu penulis tidak menyangka yang majlis tersebut akan diadakan, kiranya suprise la ni...

Penulis sangat kagum dengan semangat adik-adik di Nurul Iman yang sanggup membuat persembahan pada malam itu. Ada yang nasyid, bersajak, hadrah, dan ada jugakla pentomen. Sebenarnya diaorng sumer ni kreatif sbb boleh berlakon lawak spontan dan on de spot. Penulis masih ingt dimana persembahan hadrah diadakan, waktu tu mereka blom ada lagi kompang yang khusus untuk persembahan. Tau apa yang mereka guna? Ha3 kalau difikirkan balik memang kelakar tol...

Ada yang guna baldi, gayung, tin kosong, besen, botol dan buluh. Pengetuk mereka modifaid sendiri tapi yang bestnya bunyinya sedap... Kira unikla persembahan mereka ni. Memang kreatif sebab guna barang-barang terpakai dan yang ada jer. Sumer guru yang ada pada malam tu rasa terhibur dengan persembahan mereka. Antara nama pelajar yang penulis masih ingt dlm persembahan hadrah tu adalah mustafa sebab dia yang pegang buluh.

Yang paling terkesan adalah hadiah-hadiah yg penulis terima daripada adik-adik Nurul Iman. Sampai sekarang penulis masih lagi menyimpannya dengan baik (ada masa nanti penulis akan tunjuk dlm blog ni gambarnya). Macam-macam yang penulis dapat antaranya Al-quran, duit, baju, surat, kain sarung, pen, poskad dan pelbagai lagi. Sabun mandi pon ada jgk... Penulis amat berterima kasih pada mereka semua. Bila ada masa terluang, penulis akan membaca semula semua surat-surat daripada adik-adik Nurul Iman. Masa tu terkenang semula peristiwa lama di Nurul Iman.

Pada malam tersebut, penulis juga ada membuat persembahan terakhir untuk adik-adik Nurul Iman. Kalau tak silap penulis menyanyikan lagu Kumpulan Saujana kot tapi tajuknya tak ingtla walaupun suara tak sedap. He3 masa tu kumpulan nasyid saujana fames sekali, antara lagu yg best keluarga bahgia dan sepohon kayu. Kalau ada yang ingt dalam kumpulan nasyid Sufimurni, salah seorang dari anggotanya sekarang menjadi penyanyi terkenal masa kini. Dah pon jadi pelakon jgk tapi dalam drama gerak khas selalu jadi orang jahat. Dulu dia selalu jgk ikut berlakon dalam pentomen.

Dalam banyak-banyak kelas yang penulis mengajar, penulis masih teringt dengan kelas tingkatan 2B. Kalau ada diantara mereka yang membaca tulisan ini, penulis menyusun 10 jari ini untuk meminta maaf sebanyak-banyaknya sebab penulis ada banyak salah dengan mereka. Dek kerana ketidaksabaran hati penulis, mereka banyak kena denda. Maafkan penulis... Kalau diizinkan dapat berjumpa dengan mereka, penulis berharap dapat bersalaman meminta maaf dengan mereka semua. Mungkin sebab waktu itu penulis masih lagi cetek dan kurang pengalaman untuk melayani mereka.

Akhir kalam, walaupun penulis telah lama meninggalkan adik-adik Nurul Iman tetapi di dalam hati ini tetap mengingati mereka. Mungkin ada diantara mereka yg telah lupa pada penulis, itu memang sudah menjadi lumrah manusia. Seperti kata-kata yang selalu digunakan dalam pidato, tidak dinamakan lautan jika tidak bergelora dan tidak dinamakan manusia jika lalai dan lupa. Yang penting dalam hati ini masih tersimpan rapi kenangan-kenangan di Nurul Iman beserta orang-orang disana...


Jumpa lagi di In Memories Season 2!...

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri...moga kenangan itu menjadi sesuatu yg indahkn...walaupun mereka dah melupakn kita tapi kita masih mengingatinya...:)