Ahad, 1 November 2009

Road To Nurul Iman ...


Simpang masuk ke Jalan Paip

Dulu Pasaraya Meru kecik jer. Dekat sebelah kiri simpang ni ada kedai makan, nama dia Kedai Makan Maimun. Penulis selalu pesan mi hailam sebab kuahnya banyak pastu orang cakap kalau nak makan murah dan kenyang pergilah kedai ni. Memang betul pun sebab bila makan nasi ayamnya penuh satu pinggan. Memang kenyangla bila makan. Masa harganya dalam RM2.50 lagi tapi sekarang tak taula berapa...


Ni permulaan nak masuk ke Jalan Paip, dekat sini kalau hari Jumaat ke Sabtu ada pasar pagi, penulis pon dh tak ingat sebab dah lama tak pergi sana. Bila sampai dekat pasar tu mesti kita akan dengar orang cakap macam ni : Bocor bocor bocor tampaaal.


Jalan Paip Meru

Penulis pernah berjalan kaki dari sini bila nak masuk ke Nurul Iman dan mengambil masa dalam 2 jam, tu pun dh ikut jalan shortcut. Dulu ada bas masuk ke sini sampai ke Kampung Budiman jer. Tapi sekejap je pastu dh takde dah mungkin orang kurang kot. Kalau kita jalan kaki mesti ada orang berhenti dan bagi tumpang.


Jalan Kem Bina Negara

Dekat tepi jalan ni dulu ada anak sungai dan empangan air, selalu jugak kitaorang mandi dekat sini bila habis jungle tracking. Besss air dia sejuuukk.


Jalan Kampung Bukit Cherakah

Jauhkan... sayup jer mata memandang dari sini. Pernah jugak jalan kaki kat sini bila balik dari solat Jumaat dekat masjid kampung budiman bila tertinggal van. Masa tu masjid al-barokah belum ada lagi jadi kami semua sembahyang dekat sana.


Kampung Bukit Cherakah

Dekat sebelah kiri jalan ni, ada kilang air mineral tau, nama dia Bleu kalau tak percaya cuba beli satu pastu tengok label dia. Lokasi punca air cuba baca kat situ mesti adalaa. Kilang air pernah memberi sumbangan ikhlas dekat Nurul Iman, berkaton-katon dapat air mineral free. Masa tu air paip mana ada lagi, kami pakai air hujan, air dalam tanah dan air sungai jer untuk kegunaan harian. Bila dapat air mineral ni sukaa sangat.


Jalan masuk ke Nurul Iman

Masa mula-mula penulis sampai ke sini, jalan ni masih lagi bertanah merah dan berlubang-lubang. Kiri dan kanan penuh dengan lalang dan rumah yang ada masa tu dalam dua tiga buah jer. Masa tu fikir betul ke jalan ni? dan betul ke ada sekolah dekat sini?...



Keadaan Nurul Iman ketika mula-mula penulis sampai ke sana. Hanya beberapa bangunan sahaja yang ada dan bangunan sekolah dua tingkat yang di atas bukit masih lagi belum dibina.

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri ...kat mana ek sekolah tu ?