Isnin, 30 Mei 2011

DOA KU BUAT MEREKA...



Ya Allah...

Ampunkanlah segala dosa-dosa ibu bapa ku kerana mereka telah membesarkan ku selama ini...

Ya Allah...

Kau berilah mereka kenyang ketika menyuapkan aku makanan sedangkan mereka amat lapar ketika itu...

Ya Allah..

Kau berilah mereka kesenangan ketika memberikan aku duit untuk belanja sedangkan mereka amat memerlukannya ketika itu..

Ya Allah...

Kau berilah mereka kerehatan ketika aku sakit dan tidak tidur malam sedangkan mereka amat penat dan mengantuk ketika itu...

Ya Allah...

Kau mudahkanlah segala urusan mereka ketika aku sedang susah dan mereka menolongnya sedangkan mereka amat susah ketika itu...

Ya Allah...

Janganlah Dikau menghukum mereka kerana memukul aku yang membuat kesalahan sedangkan mereka amat memerlukan keampunan Mu...

Amin...

p/s:

Jangan lupa untuk terus berdoa buat ibu bapa kita yer. Pernah tak kita imbas kembali waktu kecik-kecik dulu, kalau kita nak apa-apa mesti buat perangaila, menangis depan orang ramai, merajukla dan macam-macam lagi yang kita pernah buat. apa perasaan mereka waktu tu? Waktu kita lapar, minta makanan dengan mak. " Mak... nak makan, laparla." Mak pun masakla apa yang ada dekat dapur tu. Pernah tak kita fikir waktu tu mak kita sibuk ke? Waktu dia suapkan makanan pada kita, adakah mak kita juga lapar? Waktu kita sakit, jaga kita malam-malam, pada waktu tu mak kita sihat jugak ke tak? Kita mintak duit dengan mak kita sebab nak belanja, sedangkan waktu tu mak memang ada duit cukup-cukup je untuk belanja dapur... Kepada kawan-kawan, jangan lupa vote lagi untuk ABG BEN kita yer... Klik di SINI. Alfu Syukran...

3 ulasan:

Chempaka Sari berkata...

amin.....mudah mudahan awak anak yang baik.
follow awak dari blog ben.
XOXO, Chempaka Sari.

shopping2u berkata...

moga jdi ank yg solehah.. nway singah sini dan terus follow :)

Santri Nurul Iman berkata...

Amin... Semoga kita semua dpt menjadi anak yg soleh dn solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...