Ahad, 8 Mei 2011

Petua Kalau Mata Terkena Cili

Petua ni penulis dapat dari seorang teman seperjuangan semasa belajar di Nurul Iman. Masa tu memang penulis mengalaminya sendiri sewaktu menumbuk sambal belacan.


Masa tu penulis rasa boleh percaya ke dengan petua yang dibagi tau tu, dalam hati ni berkata "ish... boleh percaya ke?" Sebab masa tu mata tengah pedih kena cili. Jadi penulis pun cubala... Walaupun dalam hati ni rasa pelik dan macam tak masuk akal jer...

Tak lama selepas itu, dalam beberapa minit mata yang pedih ni mulai rasa hilang kepedihannya dan tidak lagi perit. Lega sungguh rasanya. He3 maknanya petua yang diberi tu menjadi... Nak tau apa petuanya??? Suka3 nih... Jadi selepas ni jangan risau kalau nak tumbuk belacan lagi.




Ini petuanya...

Kalau mata kita terkena cili, ambillah sedikit minyak masak (tak kirala minyak masak apa pun)
dan sapu dekat ibu jari kaki. Caranya macam ni kalau mata kanan yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kiri dan kalau mata kiri yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kanan pula.

Terima kasih kepada temanku Ismail Marodzi dengan petua yang diberikan... Pelikkan? tapi itulah petua yang penulis yang dapat. Selamat Mencuba...!

Tiada ulasan: