Rabu, 11 Mei 2011
Tilawah Al-Qur'an...?
Di sini penulis ingin berkongsi sedikit, ni pun kalau adala yang sudi baca.... Waktu belajar di Nurul Iman dulu penulis memang ada belajar tilawah Al-Qur'an ni atau pun disebut dengan Tarannum iaitu seni membaca Al-Qur'an dengan berlagu. Tapi dek kerana malu disebabkan suara ni memang tak sedap, jadi belajarnya pun tak lama... Kalau tak silap masa tu belajar surah Ar-Rahman dengan surah Al-An'aam, pastu ada lagi beberapa surah yang tak habis belajar.
Memang betullah kata orang tua-tua, masa muda nila kalau nak belajar sesuatu, belajarlah dengan betul-betul dan biarlah sampai habis (Khatam). Pastu masa muda nila kena belajar banyak-banyak tentang semua ilmu (ilmu yang baik sahaja tau). Sebenarnya tak rugi pun malahan banyak manfaatnya nanti, cuma kita jer tak tau bila nak guna. Sampai suatu masa nanti pasti akan diguna semula. Yang penting kita belajar dulu dan belajar semua. Kaut jer mana yang ada dan mana yang dapat selagi boleh.
Penulis berkata begini sebab terasa sangatlah rugi kenapa dulu tak belajar betul-betul. Kenapa nak malu? Kenapalah belajar tak sampai habis.... Ish3 rugi sangat-sangat rasanya. Kalau nak tau sebenarnya nanti penulis kena bertanding tilawah Al-Qur'an ni. Lagu yang reti cuma Bayati jer...hu3. Tarikh pertandingan pulak memang dah dekat. Nak tau? he3... 12 hrbln Mei ni, esok jer selepas post ni diterbitkan.
Tapi di sini penulis ingin berkongsi ilmu kepada sesiapa yang berminatla, tu pun kalau ada yang nak... 2 hari sebelum bertanding ni penulis akhirnya dapat apa yang dicari-cari iaitu Lagu-lagu Tarannum Al-Qur'an untuk sesiapa yang ingin belajar. Dari mula Lagu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahwand, Rast, Sikah sampaila habis, kalau tak silap sampai lagu Jiharkah siap ada turutan harakatnya lagi. Boleh diluang-ulang dengar untuk sesiapa yang nak belajar. Surah yang digunakan adalah Surah Al-Mulk, cukup lengkap semua lagu Tarannum. Memang bermanfaat bagi penulis rasanya. Terima kasih kepada Kakak Jamilah yang sudi berkongsi ilmu ini, semoga Allah membalas jasamu, amin...
Kepada yang ingin mendapatkan software ini, dalam bentuk Flash Player kot tapi yang penting komputer korang mestila ada sound yer... he3. Jangan lupa berikan emel bagi sesiapa yang berminat kepada penulis dekat ulasan ataupun Komen C-Box yang disediakan. Insyaallah penulis akan mengirimkannya melalui emel. Sama-samala kita berkongsi ilmu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan