Sabtu, 4 Jun 2011

Audit Solat...

Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak.

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari dah terbit).
3. Solat lima waktu tetapi subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu, tetapi solat sunat tarawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid/surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sakit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!!

Solat fardu lima waktu sehari-semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali ditanya Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak maka gagallah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa,sedekah, haji, zakat dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid/surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wassalam.

2 ulasan:

shida berkata...

yup...kekadang dalam solat pon ada window dressing(creative acc)..so kene audit betol2 through analytical procedure, test of control and substantive test..ho3..if u t acc student then u will understand what im talking about..:P

jom improve solat kita..:)

Unknown berkata...

Maafla bhs inggeris sy mmg fail, tp apa yg penting dlm solat rukunnya jgn lupa. Br sempurna dn dlm solat rukhsah pun ada.