Khamis, 4 Ogos 2011

Kenapa yer jadi macam ni...?

Sekarang banyak cerita dekat tv menayangkan tentang budak-budak yang kurang ajar dengan orang tua. Cara mereka bercakap dengan orang tua memang tak hormat lansung. Dengan nada yang tinggi melawan balik cakap orang tuanya. Kenapa yer? Kita mungkin tak boleh salahkan diaorang sebab budak-budak tu cuma ikut skrip drama yang diarahkan. Cuma sedih...mana adab orang muda kepada orang tua?

Ada yang cakap "sebab ayah menggatal dengan betina tula, kami jadi macam ni". Pehhh memang pedas ayat tu. Salah satu daripada dialog yang penulis dengar dalam skrip tu. Seingat penulis, dari kecik sampai besar tak pernah nak rasa tinggikan suara atau nak melawan balik cakap orang yang lebih tua dari kita. Sebab apa, sebab kita merasa hormat dan segan pada mereka yang lebih tua.

Masa penulis masih bersekolah darjah, kalau tengok budak darjah 6 lalu depan kita, mesti senyap je semua. Apalagi cikgu, lagi senyap dan sunyi. Cuma sekarang dah berlainan. mungkin sebab perubahan masa dan zaman. Budak dulu dengan budak sekarang dah lain karektornya. Diaorang dah banyak advance dari kita dan dah tak main mainan macam kita dulu-dulu.

Sedih tengok cerita macam tu, kalaulah diaorang tiru perangai macam tu, apala nak jadi dengan dunia kita nanti. Dari satu sudut, memang bagus untuk menunjukkan kepada mereka, supaya jangan meniru aksi dan perangai yang dilakonkan kerana itu adalah tidak baik dan tidak beradab pada orang tua. Cuma sekarang yang takutnya bila diaorang akan mengikut perangai seperti itu apabila tidak berpuas hati pada orang tua mereka. Jadilah macam orang putih, panggil bapak dengan nama jer. Nak ke anak kita jadi macam tu?...

7 ulasan:

Unknown berkata...

teringat satu artikel dalam blog Abg Ben yang menceritakan tentang cara budak-budak dalam rancangan jangan tidur lagi...lupa pulak link dia.

Syazwan Che Deraman berkata...

aah..saya pon perasan..kebnyakan cerita macam tu nak sampaikan mesej..tetapi kekadang..ada guna dialog yang tak sepatotnya..

maszull berkata...

slm...betul tu santri kalau kita lihat betul2 mmg byk drama yg menunjukkan sikap yg kurang ajar pd org tua2...kekadang bengang juga mama bila tengok...tapi mama lg suka tonton drama korea walau marah pun anak2 pada orang tua hormat pada org tua tu x pernah pun mereka tunjukkan beri tunduk hormat lg adalah...itulah perbezaannya budaya korea saling hormat menghormati...:)

Kakzakie Purvit berkata...

Sayangnya pihak penerbit kurang alert benda-benda begini....

Xavi De berkata...

yaaa...setuju...
mungkin niat penerbit nak bagi pengajaran pada penghujung cerita, tap muda mudi sekrg xpandang pd moral of da story tu, dorang lebih pandang pada aksi dan pertuturan yg kurang elok..
tambah2 lau budak yg tengok, dorang apa tau..
benda ni nmpak mcm remeh, padahal media elektronik n sama waktu dgnnya ni septtnya memainkan peranan penting utk mendidik penonton.

Unknown berkata...

terima kasih diatas pandangan semua, memang terbaiklah !!

cikgu berkata...

cikgu antara insan yg perlu kesabarn yang maksimum tuk hadapi budak zaman skrg...kanser tahap 4!