Bukan gambar dari Google tapi anyam sendiri ni.. |
Tengok tajuk entri, nak anyam ketupat? ada yang belajar ke, mungkin dalam You Tube atau mana-mana blog dah bagi tau hal ni. Cuma penulis nak berkongsi tentang pengalaman masa belajar buat ketupat. Tengok mak, kakak dan makcik buat ketupat rasa jeles jer. Tanya dekat diaorang macam mana nak buat ketupat yer?
"Senang jer..." mak cakap. Mula-mula macam ni, pastu macam ni, pastu macam ni, dah siap....Huhuhu tak sempat nak ikut dh siap satu ketupat mak buat. Dekat tangan penulis ni masih berbelit-belit lagi daun ketupatnya yang separa belum siap.
Dek kerana hati yang kuat untuk belajar anyam ketupat ni, akhirnya penulis belajar dari Junior penulis semasa di Nurul Iman. Ahmad namanya, dia punya terer buat ketupat BESAR punyaaa. Belajarlah penulis buat ketupat, mula-mula buat ketupat sate sebab senang. Ahmad cakap kalau dah boleh buat ketupat sate ni, mesti boleh buat ketupat jenis lain lagi seperti nasi, bawang, jantung dll.
Setelah beberapa lama dan satu petang yang damai, akhirnya terciptalah satu ketupat sate yang dah siap...Fuhhh punyala lama belajar, akhirnya dapat juga siapkan. Terima kasih Ahmad...Tapi yang penulis belajar cara menganyam ketupat ni lain sikit dari cara mak-mak kita. Kalau biasa kita tengok ekor ketupat dia akan naik sebelah kanan tapi yang penulis belajar naik sebelah kiri. Tapi takpela, asal jadi ketupat...
Ada yang nak belajar?... kalau ada, nanti penulis akan uplod video cara nak menganyam ketupat cara penulis, Senang jer sebab penulis lelaki. Kalau lelaki boleh anyam ketupat, mesti caranya senang jer.
1 ulasan:
anyam ketupat utk hiasan boleh..?^^
Catat Ulasan