Selasa, 23 Ogos 2011

Kepuasan seorang blogger

Pinjam dari Mr. Google
Kiutkan kucing ni...? Siap bagi thumb up lagi. Ok, berbalik pada tajuk entri di atas, ini adalah pendapat penulis sendiri. Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Terserah pada pandangan masing-masing untuk menilai.

Bagi penulis sendiri, rasa kepuasan seorang blogger apabila ada yang datang menjenguk dan meninggalkan komen di dalam entri kita. Bermakna mereka mungkin membaca hasil entri kita, mereka suka atau tidak, itu terserah kepada hati mereka. Biarlah hanya satu komen sahaja, itu menjadi kepuasan bagi penulis kerana mereka menerima seadanya.

Rasa dalam hati ini, lega rasanya... Alhamdulillah, ada juga yang datang menjenguk kita. Merasa amat dihargai dan lebih-lebih kalau ada follower dan pembaca yang setia. Selalu mendapat komen dari mereka setia dengan blog kita. Tiada ucapan yang sesuai melainkan Jutaan Terima Kasih kerana sudi menjenguk dan memberikan komen seadanya...

Terima kasih buat semua yang telah menjadi Follower penulis selama ini. Follower terkini adalah 173 orang dan 5 orang follower baru tersebut adalah : Honey Bunny, Sutera Kasih, Arulchealsea, Minda Khayalan dan Panggil Aku Han. Semua follower penulis ada dan tersenarai di dalam My Bloglist.

7 ulasan:

arituarini berkata...

btul tu..yg dtg tu la semangat kita dlm berblog ni..

maszull berkata...

salam santri...betul tu ramai yg dtg komen lg bersemangatlah nak berblogging kn...:)

saya cello191 berkata...

feedback tu kasi semangat utk berblog..^^

najihahfara berkata...

saling berbalas komen tu yg bes..baru hidup dunie berblog

[sutera kasih] berkata...

dah pasang bendera ekk?hehe
sy dh buat tuto tu :)

semangat itu penting dlm blogging..keep blogging tau ^__^

Alif Haris berkata...

hehe .. memang itu antara perangsang utk kita terus menaip kan hehe :)

keep blogging ~

Wardah alisya berkata...

ye betul. alisya setuju!